Sebenarnya tak perlu berbelanja besar untuk mencantikkan kediaman. Apa yang penting tahu mencari kelengkapan yang murah bersesuai mengikut bajet. Tak perlu mahal, asalkan simple dan serbaguna.
Begitulah yang dipraktikkan oleh wanita ini. Beliau menggunakan rak pada harga bajet untuk membuat ruang meja kopi.
Barang-barang dibeli mengikut suai padan. Tidak mengambil tukang untuk membuat perabot. Sebaliknya membeli perabot serba guna. Apabila dihias memang nampak superb.
Ikuti perkongsian wanita ini.
My Coffee Corner
Alhamdulilah siap 1 lagi ruang…My dream come true..Nak siapkan satu2 ruang bukan senang..tara nak dapat idea byk seacrh & jenguk2 web ikea..Balang2 pun kena cari yg kena dengan tema..Dah dapat idea kadang bajet pulak xmengizinkan..So pelan2 kayuh…himpun duit beli sikit2..
Kabinet – Ikea (Knoxhult)
Para – Ikea (Burhult)
Balang – Ikea & Eco & Ssf
Apa yang penting kreatif untuk suai dan padan.
Selamat mencuba!
Kredit: Nur Aziean Anuar
“Dulu Susah Mak Sibuk Niaga, Abang Jaga Dia Dari Lahir Sampai Besar.” Ds Aliff Syukri Ada Adik Lelaki Yang Ramai Tak Tahu
Isi Kandungan
ToggleSemalam Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi beberapa keping gambar berkenaan majlis pernikahan adik lelakinya yang bernama Ajim atau nama sebenarnya Aiman Hazim.
Mungkin ramai yang tak tahu, suami kesayangan Datin Seri Shahida ini mempunyai adik lelaki. Malah, empunya diri turut mengakui Ajim merupakan adik lelaki berlainan ayah yang dijaganya ketika kecil dahulu.
Tampil segak dan sedondon rona peach, Aliff Syukri turut mengimbau kenangan bersama adiknya sewaktu mereka masih kecil dahulu.
Sekitar majlis akad nikan..Ramai orang bertanya kepada abang siapa adik abang yang Bernikah pada hari ini?? dia lah adik lelaki abang yang bernama Aiman Hazim yang berusia 23 tahun.. Dulu waktu abang susah duduk di kampung Delik kelang… abanglah yang jaga dia daripada lahir..sampai lah besar.. ..
.
Abang macam tak percaya hari ini dia dah menamatkan kat mana bujang dia maklumlah abang dah anggap dia macam anak sendiri sebab waktu dulu mak abang begitu sibuk berniaga jadi abanglah yang mengambil tanggungjawab sebagai seorang ibu dan juga abah beliau ketika mak abang berniaga..
Adik abang ya ini adalah satu amat berlainan bapa tapi perangai kami agak sama yang membezakannya adalah saya lebih agresif dan banyak cakap berbanding yang apa pun abang doakan supaya adik abang ini menjadi seorang suami yang baik dan menjadi seorang ayah yang misali..
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Perkongsian tersebut mendapat respond dari netizen. Ada yang mengatakan wajah Ajim mirip anak lelaki Aliff Syukri iaitu Baem.
pykarhm_ Ajim mcm muka baem lah
izz_ayraayden mcm muka baim pulak😀
aning_norrizia alhamdulillah…tahniah buat adik dato, selamat pengantin baru n tahniah juga buat dato telah menjadi abang yg baik
liyana_bizzibody Tahniah Ajim…selamat pengantin baru….semoga Bahagia hingga ke jannah..Barakaallah Dato…mesti terharu sb adik dh beso Dan jd suami arini…🤗
juvita_zahmariah Walau belainan ayah dia lh adek hingga kesyurga kerna satu ibu.semoge kshsyg kekal tegoh hingga ke syurga.
iszleena Sempurnanya keluarga Dato…jgn sia2 kan kebahagiaan ni…sabar2 dgn isteri yg mengandung…tak terbalas jasa wanita yg telah melahirkan dan membesarkan anak2 Dato…semoga yg terbaik dan paling baik saya doakan utk keluarga besar Dato
Bawa Budaya Malaysia Di Perth, Raja Ilya Buat Cendol Waktu Raya
Bagi sesiapa yang merantau ke luar negara pastinya ada selit rindu pada makanan asli di negara asal.
Tak kurang juga seperti pelakon Raja Ilya yang kini sedang menyambut Hari Raya di Perth, Australia bersama keluarga tersayang.
Menerusi hantaran video yang dikongsikan di laman Instagramnya, Raja Ilya kelihatan membuat sendiri pencuci mulut popular di Malaysia iaitu cendol di rumahnya.
Katanya, cendol bukanlah satu hidangan raya terutama di Malaysia namun, untuk mencari rasa cendol asli adalah sangat susah di Perth.
“I know, tak semua buat cendol for raya kan.. especially Kat Malaysia. Ye laa cendol di mana-mana je kot kat sana.
“Tapi Kat sini lain, nak cendol authentic kene pergi cari restaurant Malaysia, obviously time raya mmg tak buka laa kan,” tulisnya.
Pada masa yang sama, Raja Ilya juga memutuskan untuk membuat cendolnya sendiri untuk merasai budaya Malaysia di sana.
“So just to bring the culture into our day.. Ilya decided utk belajar how to make cendol from scratch,” katanya.
Sempat berkongsi hasil cendolnya, Raja Ilya turut memberi komen dan perbandingan buatannya dengan yang dijual di Malaysia.
“90% dah mcm cendol tepi jalan.. lagi 10% tu tak boleh nak figure out pulak, apa top secret ingredient pakcik-pakcik cendol Kat utara tu.
“Apa yang penting, licin okay.. especially bila add Durian Musang King. Memang mantap raya kitorang,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Raja Ilya dan suami serta anaknya Talita kini menetap di Perth, Australia.
Sumber: Instagram Raja Ilya
Mawar Rashid Ikut Pantang Bersalin Dengan Betul Hingga Luah Perasaan Rindu Kepada Suaminya
Pantang bersalin memang kena ikut, jangan buat main-main kerana kesannya akan dilihat apabila apabila usia meningkat serta hubungan intim dengan suami. Baru-baru ini, Mawar Rashid yang berpantang buat pertama kalinya setelah kelahiran anak pertama, Raden Rafael Raff telah muat naik entri di instagramnya meluahkan perasaan rindu untuk melakukan aktiviti bersama suami.
Namun, suaminya tetap memberikan kata-kata motivasi bahawa pantang bersalin tidak lama lagi akan habis. Sweet pasangan serasi ini kala meluahkan perasaan rindu.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on