Tak Perlu Tunggu Kaya Nak Sedekah. Cukup Hantar Semangkuk Juadah Atau Belanja Hidangan Berbuka Puasa. Cara Mudah Ganda Pahala Di Bulan Ramadan.

Share

Bersedekah merupakan amalan yang terpuji dan sangat dianjurkan di dalam Islam. Amalan ini juga memberi keberkatan pada harta yang kita dimiliki. Serta akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Tidak dinafikan sedekah merupakan antara amalan yang paling berat dilakukan. Justeru, kadang kala, kita perlu ada kesedaran dalam diri untuk melakukan perbuatan baik ini.

Menerusi facebook Khairul Anuar Basri, berkongsi pendapat bahawa bulan ramadan adalah waktu untuk mengadakan pahala melalui amalan sedekah. Biarpun sedekah belanja makan untuk hidangan berbuka puasa, ia sudah memadai untuk kita menambah pahala di bulan mulia ini.

Ikuti perkongsiannya.

______________________________________________________________________

Belanja orang lain berbuka puasa bulan Ramadhan ni pahalanya sangat besar.

1. Belanja orang buka puasa tu kita dapat pahala.

2.Pahala puasa orang yang kita belanja tu kita dapat.

3 Orang yang kita belanja tu pulak tak kurang sikit pun pahalanya walaupun kita dah dapat pahala puasanya.

4. Allah akan ampunkan dosa-dosa kita.

5. Allah akan bebaskan kita dari azab api neraka di akhirat nanti.

6. Jika orang yang kita belanja itu kenyang dengan makanan yang kita belanja, Allah tak akan biarkan kita kehausan di hari akhirat sehinggalah kita masuk ke dalam syurga.

PELUANG TAMBAH PAHALA

Bayangkan ye..

Kalau setiap hari kita belanja macam-macam orang. Berapa banyak pahala yang kita berjaya kumpul?

Katakanlah ada 10 orang yang kita belanja. 10 orang ni pulak lain-lain tahap amalannya bulan Ramadhan.

Ada yang biasa-biasa. Ada yang istimewa. Ada yang luar biasa.

Misalnya kita belanja setiap orang sama je RM2.90. Tapi in return kita dapat pahala yang berbeza-beza mengikut tahap puasa orang yang kita belanja tu.

Subhanallah.. pemurahnya Allah di bulan Ramadhan. Bagi macam-macam peluang untuk kita jana pahala.

Berbuka puasa ni bukan hanya untuk kita. Tapi berbuka puasa juga peluang untuk belanja orang kita kenal dan tak kenal berbuka puasa.

Tak kira la orang tu kaya ke, orang tu miskin ke. Yang penting kita belanja orang yang puasa berbuka puasa. Kita akan dapat pahala yang sangat banyak.

Macamana nak belanja orang lain ni Ustaz? Musim PKP ni mana boleh keluar bazar Ramadhan? Mana boleh nak ajak kawan-kawan keluar berbuka puasa di kedai?

Tak perlu la fikir susah-susah.

Kalau kita duduk di rumah, hantar lah semangkuk dua juadah berbuka puasa kita pada jiran sebelah rumah kita.

Kalau kita tinggal di asrama universiti, bagilah secubit dua roti kita tu pada budak dorm sebelah.

Kalau kita rajin, boleh order apa saja makanan yang kawan kita jual. Minta dia pos terus ke rumah orang yang kita nak belanja tu.

Kalau kita berada di mana saja, intai dan carilah program-program belanja orang berbuka puasa di media sosial tu. Ada banyak program macam tu.

Ingat, salah satu sifat Nabi SAW ialah sangat pemurah. Dan Baginda SAW terlebih lagi pemurahnya dalam bulan Ramadhan.

Ingat lagi, sedekah paling baik ialah dalam bulan Ramadhan.

Jom kita plan elok-elok benda ni. Ganda pahala puasa kita dengan belanja orang lain berbuka puasa.

Sumber: Khairul Anuar Basri

*********************************************************

Kemanisan PKP yang akan jadi momen indah untuk dikenang. #Syukurbersama