Bersedekah merupakan amalan yang terpuji dan sangat dianjurkan di dalam Islam. Amalan ini juga memberi keberkatan pada harta yang kita dimiliki. Serta akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Tidak dinafikan sedekah merupakan antara amalan yang paling berat dilakukan. Justeru, kadang kala, kita perlu ada kesedaran dalam diri untuk melakukan perbuatan baik ini.
Menerusi facebook Khairul Anuar Basri, berkongsi pendapat bahawa bulan ramadan adalah waktu untuk mengadakan pahala melalui amalan sedekah. Biarpun sedekah belanja makan untuk hidangan berbuka puasa, ia sudah memadai untuk kita menambah pahala di bulan mulia ini.
Belanja orang lain berbuka puasa bulan Ramadhan ni pahalanya sangat besar.
1. Belanja orang buka puasa tu kita dapat pahala.
2.Pahala puasa orang yang kita belanja tu kita dapat.
3 Orang yang kita belanja tu pulak tak kurang sikit pun pahalanya walaupun kita dah dapat pahala puasanya.
4. Allah akan ampunkan dosa-dosa kita.
5. Allah akan bebaskan kita dari azab api neraka di akhirat nanti.
Ads
6. Jika orang yang kita belanja itu kenyang dengan makanan yang kita belanja, Allah tak akan biarkan kita kehausan di hari akhirat sehinggalah kita masuk ke dalam syurga.
PELUANG TAMBAH PAHALA
Bayangkan ye..
Kalau setiap hari kita belanja macam-macam orang. Berapa banyak pahala yang kita berjaya kumpul?
Katakanlah ada 10 orang yang kita belanja. 10 orang ni pulak lain-lain tahap amalannya bulan Ramadhan.
Ada yang biasa-biasa. Ada yang istimewa. Ada yang luar biasa.
Ads
Misalnya kita belanja setiap orang sama je RM2.90. Tapi in return kita dapat pahala yang berbeza-beza mengikut tahap puasa orang yang kita belanja tu.
Subhanallah.. pemurahnya Allah di bulan Ramadhan. Bagi macam-macam peluang untuk kita jana pahala.
Berbuka puasa ni bukan hanya untuk kita. Tapi berbuka puasa juga peluang untuk belanja orang kita kenal dan tak kenal berbuka puasa.
Tak kira la orang tu kaya ke, orang tu miskin ke. Yang penting kita belanja orang yang puasa berbuka puasa. Kita akan dapat pahala yang sangat banyak.
Macamana nak belanja orang lain ni Ustaz? Musim PKP ni mana boleh keluar bazar Ramadhan? Mana boleh nak ajak kawan-kawan keluar berbuka puasa di kedai?
Tak perlu la fikir susah-susah.
Ads
Kalau kita duduk di rumah, hantar lah semangkuk dua juadah berbuka puasa kita pada jiran sebelah rumah kita.
Kalau kita tinggal di asrama universiti, bagilah secubit dua roti kita tu pada budak dorm sebelah.
Kalau kita rajin, boleh order apa saja makanan yang kawan kita jual. Minta dia pos terus ke rumah orang yang kita nak belanja tu.
Kalau kita berada di mana saja, intai dan carilah program-program belanja orang berbuka puasa di media sosial tu. Ada banyak program macam tu.
Ingat, salah satu sifat Nabi SAW ialah sangat pemurah. Dan Baginda SAW terlebih lagi pemurahnya dalam bulan Ramadhan.
Ingat lagi, sedekah paling baik ialah dalam bulan Ramadhan.
Jom kita plan elok-elok benda ni. Ganda pahala puasa kita dengan belanja orang lain berbuka puasa.
“Anak saya ni nakal sangat, bila kita cakap dia buat tak tahu”
Keluh seorang ibu kepada saya semasa kami berjumpa di majlis rumah terbuka. Saya senyum sahaja, tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara.
Saya bukan pakar kanak-kanak, pengalaman masih sangat cetek. Namun saya percaya setiap anak yang dianugerahkan ada keistimewaan tersendiri. Ibu bapa adalah pendidik dan pembimbing yang diamanahkan untuk menyemai serta membaja benih kebaikan dalam diri anak-anak.
Sebagai ibu yang bekerja di rumah, kesabaran selalu diuji. Adakala terikut juga dengan panahan syaitan dan nafsu amarah. Jadi perkongsian ini untuk ingatan diri sendiri, bagaimana menangani anak nakal.
Tiada Istilah Anak Nakal
Tukar ‘anak nakal’ kepada ‘anak kreatif’ atau ‘anak bijak’ supaya sel-sel otak menterjemahkan yang sama. Setiap kali abang usik adik, tukar dari skrip “Jangan usik adik” kepada “Abang main dengan adik baik-baik”. Setiap kali ibu menyebut, ia adalah doa. Ingat bahawa Allah akan mengikut apa yang kita sangka.
Jangan Menjerit
Bercakap sambil menjerit sangat memalukan. Cukuplah menjerit, anak-anak juga punya harga diri. Mereka tidak nampak seperti berkecil hati tetapi memberi kesan dalam minda separa sedar. Apabila anak sudah biasa disuruh mendengar dengan jeritan bimbang anak tidak akan mendengar dengan cara lembut.
Beri Perhatian
Adakala anak bertindak keterlaluan hanya untuk menagih perhatian daripada ibu bapa. Apabila pulang ke rumah, berilah masa kepada anak-anak. Dengar apa yang mereka beritahu, pandang wajah dan berikan perhatian kepada apa yang dicakapkan. Bertanya kepada mereka, cakna apa yang berlaku. Teladani Rasulullah yang berpaling seluruh tubuh apabila bercakap.
Tip mengendalikan anak yang sukar untuk mengikut arahan, duduk biar level kita dan anak sama dengan kata lain rendahkan badan, pegang muka dan pandang mata anak. Biar mata bertentang mata pada aras yang sama. Cakap dengan nada yang perlahan dan jelas.
Puji Mereka
Berilah perhatian kepada kelakuan baik anak. Puji serta merta. Apabila melihat abang ambilkan mainan adik yang jatuh, usah tunggu terus puji, “Ibu kagum abang tolong ambilkan mainan adik yang jatuh. Abang memang abang yang baik, ibu suka”.
Jangan perli dengan berkata, “Amboi baik sangatlah abang tu!” atau pujian yang bercampur dengan kenyataan negatif seperti ini, “Nanti lepas ambil mainan, usik adik pula”.
Doakan Anak-Anak
Sentiasa doakan anak-anak apabila teringat. Bukan hanya selepas solat. Mohon Allah dorongkan kita menjadi ibu bapa dan kawan terbaik untuk anak-anak. Moga anak-anak sentiasa lembut hati dan dijauhkan dari kebatilan yang berada di sekeliling mereka.
Tidurkan Anak-Anak
Lazimnya anak-anak suka tidur berteman. Ambil masa berkualiti ini untuk bercakap dengan anak-anak, selami hati mereka. Bercerita kisah teladan atau kisah kita masa kecil dahulu sebagai pengajaran buat mereka. Bacakan Al-Fatihah, Selawat, An-Nasyrah dan Surah Thoha 1-5 ke ubun-ubun anak semasa mereka tidur.
Sediakan Makanan Yang Baik
Makanan yang diambil sedikit sebanyak memberi kesan. Kurangkan pengambilan gula atau coklat sekiranya anak kita sedia aktif. Berikan makanan yang baik daripada air tangan sendiri. Sesekali suapkan anak-anak makan.
Bacakan Al-Quran Dan Hadis Di Rumah
Hadis adalah kata-kata Rasulullah yang penuh hikmah. Membacanya boleh melembutkan hati.
Berilah perhatian dan kasih sayang kepada anak, jika kasih sayang itu adalah ubat, maka ubat ini adalah yang terbaik untuk menyembuhkan segala penyakit yang ada.
Apakah kita banyak senyum atau masam di depan anak-anak? Renungkan.
Penulis : Puan Wan Rohani Wan Ismail
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kita sering mendengar pelbagai pengalaman yang dilalui oleh orang lain ketika melancong keluar negara. Selain kisah menarik yang dikongsikan sepanjang berada di tempat orang, tidak kurang juga ramai turut berkongsi tip dan info di media sosial untuk dijadikan panduan buat yang pertama kali ingin berkunjung ke tempat tersebut.
Contohnya melalui perkongsian daripada Haya Yahya, berkongsi tip menarik kepada sesiapa yang ingin bercuti ke negara China, Korea atau Vietnam.
Menurutnya bila ke negara tersebut, ada satu persamaan yang memerlukan kita membawa bekas berisi air atau botol air ke dalam tandas!
Mungkin ada yang berasa pelik dan nak tahu lanjut jom baca perkongsian daripadanya di sini.
Bekas Ni Lah Penyelamat.
Saya pasti semua orang tahu kegunaan barang di dalam gambar ni. Tapi kita bukan nak guna softenernya. Kita nak guna bekas softener ni.
Bekas nilah yang saya akan bawa travel jika ke negara-negara seperti China, Korea, Vietnam dan sewaktu denganya.
Kenapa nak nak bawa? Bekas ni amat berguna jika ke toilet. Kebanyakkan negara yang saya sebutkan tadi, toiletnya tiada paip air atau bidet. Jadi bekas nilah penyelamatnya.
Sebelum masuk toilet isi dulu bekas ni dengan air di singki, lepas tu pandai-pandailah setel masalah anda.
Mudah dibawa, ringan dan boleh recycle beberapa kali.
Sekian tips dari saya…. HAPPY TRAVELING TO ALL TRAVELERS……
Dalam bahagia hidup berpasangan, pasti akan ada satu masa berdepan dengan konflik. Cumanya, kita mampu atau tidak sahaja untuk menghadapi ujian itu. Bagi yang kuat, pasti mampu untuk menangani dan berbaik semula. Namun ada juga disebaliknya.
Tapi… Kalau dah jodoh tak ke mana! Itulah perumpamaan yang sesuai buat pasangan veteren ini yang kembali bersatu setelah berpisah lebih enam dekad!
Pasangan ini disatukan semula 16 Oktober lalu di mana video momen majlis mereka telah dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok Khai_nisa91.
Mengenakan baju songket biru, pengantin lelaki dikenali sebagai Mahmood Mamat dan pengantin perempuan, Fatimah Mohd Nor dikatakan pernah berkahwin pada 1958, namun berpisah setahun kemudiannya.
Ujar cucu pengantin viral ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata dan berpisah pada tahun 1959 kerana lelaki berusia 84 tahun itu berhijrah ke Pahang manakala isterinya berada di Kelantan.
“Tok Ayah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Tok Mek setelah 63 tahun tidak bertemu.
“Tok Mek bersetuju dan pihak keluarga juga tidak membantah malah menyokong keputusan itu.” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan pengantin ini. Malah, ada juga di antara mereka yang mendoakan agar kedua-duanya bahagia hingga ke akhir hayat.
Sumber : khai_nisa91, Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.