Mengimbau saat memulakan hidup berumah tangga, perkara biasa ramai antara kita pernah melalui fasa kehidupan yang bukan terus hidup senang seperti hari Ini.
Pun begitu, rasa bahagia dan ingin membahagiakan keluarga tetap dapat dikecapi walau sumber kewangan terhad.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang suami bernama Mohd Yazid Ismail.
Ini perkongsiannya.
Gambar tahun 2009. Masa ni kami menyewa sebahagian rumah orang, kena masuk ikut tangga belakang rumah. Sewa bahagian di tingkat atas je.
Ads
Alhamdulillah boleh berteduh. Tak mampu nak sewa rumah yang lebih sempurna.
Masa nak meraikan birthday Bashir yang pertama, tapi kami tak mampu buat majlis macam orang lain. Duit untuk beli 1 kek pun kena kira betul-betul.
Saya korbankan sedikit bajet untuk beli kek. Alasan sebab nak ambil gambar sebagai kenangan. Alasan ni sedikit menyusahkan diri sebenarnya, kalau tak ada duit tak perlu la beli kek kan, tak perlu ikut trend. Tapi saya tetap beli, saya nak isteri dan anak gembira, jadikan kenangan.
Ads
Selepas lama berlalu…
Gambar ni betul-betul menjadi kenangan yang besar bagi saya. Bila tengok gambar ni, saya menangis terkenang kisah lama.
Dalam gambar ni Widyana Ali tetap senyum gembira walaupun hidup kami susah. Dia sentiasa bersabar tanpa mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan suaminya.
Ads
Alhamdulillah hidup sangat bahagia walaupun banyak kekurangan.
Dia sangat gembira dan teruja sebab saya belikan kek ni. Sampai sekarang dia ingat.
Kadang-kadang benda kecil dan murah macam ni jangan kita sebagai suami abaikan, ia memberi kenangan yang tak ternilai satu hari nanti. Terutamanya bagi orang perempuan.
Tak perlu tunggu ada duit banyak untuk bahagia. Orang yang tinggal bawah jambatan pun boleh bahagia. Yang penting, suami isteri sama-sama menghargai pasangan. Mencintai tanpa syarat. Menyayangi tanpa prasangka. Dua-dua sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik.
Boleh dikatakan semua antara kita menggunakan aplikasi Whatsapp untuk berhubung dengan ramai orang. Malah tidak dinafikan juga melalui aplikasi Whatsapp terbentukkan pelbagai group untuk memudahkan semua pihak. Sebagai contoh group famili, group jiran, group sekolah anak-anak, dan pelbagai lagi group whatsapp yang ada di dalam telefon kita, lain tidak bukan tujuannya untuk memudahkan komunikasi untuk bertanya khabar, berkongsi info dan sebagainya.
Pun begitu, sedar atau tidak sebenarnya penggunaan aplikasi whatsapp ini juga ada risikonya bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menggodam Whatsapp anda untuk tujuan yang tertentu.
Jadi apa cara untuk anda lakukan bagi menyelamatkan akaun whatsapp anda daripada di ‘hack’ atau di ‘hijack’ daripada sesiapa pun?
Jadi usah risau, ikut sahaja paparan video yang dikongsikan oleh seorang pegawai polis ini menerusi laman facebook Polis Daerah Taiping. Kaedah yang disarankan cukup mudah untuk dilakukan.
Langkah 1 : Pergi ke aplikasi whatsapp di telefon anda.
Langkah 2 : Tekan titik tiga di bahagian kanan atas, kemudian akan keluar settings dan tekan Settings tersebut.
Langkah 3 : Setelah itu klik pula pada Account
Langkah 4 : Klik pula pada Two-step verification.
Langkah 5 : Akan keluar paparan seperti ini dan klik bahagian bawah ENABLE
Langkah 6 : Tetapkan nombor pin anda dan setelah ia dimasukkan scammer tidak akan dapat memasuki atau mengambil alih whatsapp anda.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Mengemas rumah adalah rutin harian yang biasa dilakukan oleh setiap ahli keluarga tidak kira suami atau isteri termasuk anak-anak. salah satu rutin yang paling tidak digemari adalah melipat pakaian. Jika ada mesin melipat sudah tentu, ramai yang membelinya!
Bayangkan jika mempunyai anak yang ramai, sudah tentu pakaian yang dibasuh selang sehari menimbun. Ketiadaan masa membuatkan pakaian yang dibasuh dibiarkan sehingga kadang kala dilihat membukit! Ia memang terjadi buat mereka yang sibuk dengan kerjaya.
Bagaimanapun ia tidak menjadi masalah rumit buat seorang wanita ini yang bergelar cikgu ini. Menurutnya dengan hanya mengunakan pelekat nama, pakaian anak mudah diuruskan. Malah tidak sampai 10 minit mengemas kain menimbun dapat diuruskan dengan baik.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Bila pakaian menimbun.
So seperti yang cikgu janjikan, cikgu nak share cara cikgu setelkan baju bajan anak-anak 4 orang tu.
Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang SEHARI. Baju tido, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12pasang sehari.
Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain.. Haaa.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadiknya.
Ni semua akan mengganggu mental&emosi mak2 kan? Nanti mulala stress, nak marah, penat bertingkat2, sakit mata dan hati. Hiii… (mak-mak je memahami situasi gini)
Jom tengok nak kasi setel macam mana. Baca caption di gambar
Langkah 1 ========== ✔Sediakan bakul untuk setiap anak ✔Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa ✔Jangan beli bakul besar-cari yg sederhana aja.. Makin besar bakul, kecenderungan untuk “nanti la lipat” akan menggunung jua.. Kikiki Kalau kita tak sempat nak lipat pon, lebih senang dan cepat kita nak buat carian baju untuk anak-anakPinjam gambar Nur Wanny naa.. Nampak tak beza dia.. Gambar atas dan bawah sama ja. Kain baju yang belum dilipat. Bezanya yg atas ada 1 bakul macam-macam saiz baju. Yang bawah kita dah sort, tau dah baju sapa. Walaupun belum berlipat, kurang sakit mata mak-mak kan..Percaya tak, Bagi setiap bakul tu, masa yg diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pon. Kenapa? ✔Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul. Sejooook hati mak nak melipat. Permainan emosi kat situ. ✔Pengkhususan: pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama. Ini semua menjimatkan MASA. ✔Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yg belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal 2.sekali lagi.. PSIKOLOGI.. kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang. ✔MOTIVASI YESSSS. tinggal satu bakul je belum lipat maka lebih semangat nak melipat, berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyakkkkk nau nak lipat!!! Mak2 ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan.Cara ni pon cikgu jumpa dalam FB.. Lama dah. Bagus sangat. Dulu susun bertindih. Sekarang dah pandai susun gini, anak2 pun senang nak pilih baju sendiri Dan takda kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat.. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawahYang ni je cikgu susun berlapis. Hero 3 orang tu banyak baju yg seragam Mana yang seragam je cikgu susun berlapis gini. Nak pakai seragam, tarik je. Takya bukak sampai 3 laci..
*jemput share sekira nya tips ni membantu mak2 bz yang lain
Tanpa sedar, minyak angin sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan tubuh anda andai disalah gunakan.
Manakan tidak, sejak dahulu lagi kita sudah biasa dengan minyak angin. Sama ada sakit perut, pening kepala, loya dan sebagainya, pasti minyak angin yang akan dicari terlebih dahulu.
Bahkan ibu bapa kita sejak dahulu lagi suka bergantung kepada minyak angin berbanding ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Jom baca perkongsian dari Dr Rushdan Noor berkenaan hal ini.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MINYAK ANGIN
Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak angin di pasaran. Ia boleh dikatakan minyak serbaguna untuk mengurangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga dan lain2 lagi. Sebenarnya di dalam minyak angin itu terkandung ubat yang dicampurkan bersama minyak.
Ada 3 jenis ubat yang seringkali dimasukkan ke dalam minyak angin iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor. Ketiga2 ingredient ini bertindak sinergistik utk mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan. Methyl Salicylate adalah antikeradangan dan bertanggungjawab menghasilkan kepanasan, Menthol pula adalah untuk aroma dan memberi kesan kesejukan. Camphor juga mempunyai kesan yg sama disamping mengurangkan kegatalan, mudah meruap dan menyamankan. Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sebagai ubat.
Ketiga2 ubat yg dinyatakan di atas sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul dan digunakan ke atas kanak2 (rujuk pautan di bawah). Ubat2 ini jika disapukan pada permukaan kulit dalam kuantiti yg banyak boleh meresap masuk ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan. Terdapat lapuran keracunan salicylate ke atas kanak2 dan orang dewasa yg menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan Camphor, masing2 ada kesan sampingan yg tersendiri.
Kami pernah melapurkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ke tiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi. Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yg dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit. Semasa usia kandungan cukup bulan, beliau mengalami masalah loya dan pening. Ujian CTG/jantung ke atas anak mendapati anak lemas dan pembedahan Caesarean Section perlu dilakukan. Semasa pembedahan, pakar bius terkejut dengan kesukaran mereka mengendalikan kes ini. Ujian darah menunjukkan asidosis dan selepas pembedahan,pesakit perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi. Anak tidak dapat diselamatkan dan ibu perlu di rawat di ICU selama beberapa hari. Berdasarkan kepada sejarah menggunakan minyak angin, ujian darah untuk mengukur kandungan Salicylate menunjukkan kandungan yang tinggi dan ini mengesahkan kes keracunan Salicylate.
Pada hari ini minyak angin sangat mudah dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana ketiga2 ubat di atas mudah dibeli melalui atas talian dalam bentuk serbuk. Ada juga pengilang yang menghasilkan ubat ini dalam bentuk krim, losyen dan juga tempelan. Untuk melariskan lagi jualan, penjual akan memasukkan bermacam2 herba ke dalamnya termasuk pati gamat, akar kayu dan lain2. Apa sahaja yg ditambah ke dalam minyak angin ini sebenarnya tidak ada peranan yg besar kerana semua kesan mengurangkan gejala itu diberikan oleh 3 ubat yang saya sebutkan di atas.
Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat2 yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga2 atau salah satu daripada ubat2 di atas, gunakan dengan berhati2 pd bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak2. Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya. Paling baik jika anda mengalami apa2 gejala, berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca penyakit daripada cuba untuk merawat diri sendiri. Minyak angin dan bum tidak merawat penyakit tetapi hanya mengurangkan gejala. Ubat2 yang tersebut di atas boleh juga dimasukkan secara diam2 tanpa pengetahuan pengguna.
DDr Rushdan Noor Medical Mythbusters Malaysia 30hb Jan 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...