Tak Perlu Tunggu Duit Banyak Baru Nak Simpan, Yang Penting Kena Konsisten. Idea Menyimpan Duit Raya Anak Oleh Ibu Ini Wajar Dicontohi!

Share

Selepas habis raya, cepat-cepat pergi simpan duit raya anak tersebut dalam bank atau tabung khas pelaburan agar anda tak “terguna”. Kalau terguna, anda kena bayar balik, satu pula kan nak kena ganti.

Buat ibu bapa di luar sana. boleh cuba tip yang dikongsikan oleh ibu bernama Mcyah Joanjett lakukan sejak dulu lagi dalam menguruskan duit anak-anaknya.


 

Hidup aku tak senang. Jadi sejak aku mula mula posting kerja tahun 2015, aku terus tolak gaji ke account anak2. Aku tak ckup makan xpe, janji simpanan anak2 ada. At least kalau aku susah pun, ada duit untuk dorang sambung belajar. Aku sangat berdisiplin. Sengkek xboleh makan sekalipun, aku takkn curi duit anak2. Mereka amanah aku. Jadi aku perlu jujur dengan diri sendiri.

Ramai orang bgtau aku, kau pun tak cukup makan. Lagi nak menabung untuk anak. Aku jawab ” xpe, kalau ikutkan perbelanjaan harian, duit berapa2 pun xpernah ckup”. Sebab duit ni berhantu, ada sikit xckup ada banyak pun xckup. J

adi aku belajar punya kewangan yang sedikit harini, demi kesenangan masa depan.

Walaupun dah berenti kerja, aku tetap konsisten tiap bulan pergi masukkan duit simpanan anak anak. Ada sikit simpan sikit, ada banyak simpan banyak. Yang penting konsisten. Segala duit raya anak, duit orang sedekah kat anak, masuk sini semuanya ye. Jangan pernah guna. Nanti tak terganti☺️.

Orang cakap lagi “bila la nak banyak duit tu kalau kumpul sikit2 je, sampai tua lah gamaknya menabung”. Tapi aku tetap tak kisah. Aku menabung shaja semampu aku. Sebab aku percaya, sedikit itu lama lama boleh jadi bukit.

Pada tahun 2018, dimana anak2 aku baru berumur 5 tahun,4 tahun dan 1 tahun. Tapi simpanan mereka mengalahkan orang dewasa yang lain.

Maka menabunglah. Berjimat cermat. Usah dengar kata kata orang.

P/s : Point penting kat sini. Menyimpanlah. Menabunglah. Amount tu belakang cerita☺️. Helaian buku banyak skip. Kalau snap semua xmuat gambar?.

#9088legacy #9088legacybrandstory

Selain kaedah yang dipraktikkan oleh ibu ini, admin sertakan tip lain dalam menguruskan duit raya anak. Pertama sekali – anda perlu:

1 – Asingkan duit tersebut

Pastikan anda telah asingkan setiap duit raya anak-anak anda siap-siap. Jangan tercampur pula! Biasanya, ibu bapa akan memastikan setiap anak mendapat jumlah duit raya yang sama.

2 – Simpan dalam bank/ tabung khas pelaburan

Selepas habis raya, cepat-cepat pergi simpan duit raya anak tersebut dalam bank atau tabung khas pelaburan agar anda tak “terguna”. Kalau terguna, anda kena bayar balik, okay. Ada banyak tabung khas pelaburan yang bermanfaat untuk membuat penyimpanan. Antaranya adalah Tabung Haji.

Untuk membuka akaun Tabung Haji, anda hanya memerlukan RM2 saja. Jom simpan duit raya anak dalam tabung khas ini.

Apa yang anda perlukan: Sijil lahir anak dan sijil nikah anda.

3 – Akaun ASB Remaja

Siapa tak kenal dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB)? Semua orang tahu kebaikan tabung simpanan ini.  Tunggu apa lagi? Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga telah memperkenalkan skim amanah saham terbaru – iaitu untuk bayi berusia 6 bulan ke atas. Jadi, anda boleh senang-senang buka akaun ASB untuk anak anda dan simpan semua duit rayanya!

Apa yang anda perlukan: Borang pendaftaran unit Amanah, kad pengenalan/sijil lahir anak, dan kad pengenalan penjaga

4 – Akaun SSPN-i

Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i adalah sebuah gabungan tabung pendidikan dengan takaful. Ia amat sesuai untuk dijadikan tabung pendidikan untuk anak-anak anda.

Lagipun, sekarang jika ingin meminjam Pinjaman Pendidikan PTPTN, anda kena ada akaun SSPN-i. Lebih baik buka siap-siap kan? Satu lagi yang menyenangkan – akaun ini boleh dibuka menerusi online saja! Tak payah pergi beratur panjang-panjang di kaunter.

Sekarang ibu bapa sudah tahu bagaimana ingin menguruskan duit raya anak-anak itu kan? Janganlah segan untuk menyimpan. Dengan ekonomi sekarang, lebih baik anda sediakan payung sebelum hujan.

Jangan dek kerana tekanan ekonomi, anak-anak anda tak berpeluang untuk mengecapi impian mereka kelak. Simpan duit raya ini untuk kegunaan pada masa akan datang, okay?

Selamat mencuba semua ibu bapa!

Sumber rujukan: TheAsianparent Malaysia