Tak Perlu Tunggu Duit Banyak Baru Nak Menabung. Pakar Ni Bagi Tahu Formula Boleh Follow!

Share

Formula kewangan yang ramai amalkan adalah biasanya bila dapat duit gaji, perkara pertama dilakukan adalah menolak mana yang perlu dibayar dan dibelanjakan, dan selebihnya barulah dijadikan sebagai wang simpanan.

Pun begitu menurut Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir, Pengasas & perunding utama HIJRAHWEALTH Management Sdn Bhd, formula kekayaan yang sebenar adalah Gaji – Simpan = Belanja.

“Setelah dapat duit gaji, perkara pertama perlu dilakukan adalah simpan dahulu. Hal ini jika dipraktikkan akan selamat. Bila peruntukkan duit simpan diambil awal, akan mengekang belanja terlebih.

“Contoh gaji RM1,500 terus simpan 20%. Itu adalah peratusan minimum yang perlu disimpan terlebih dahulu. Jadi ini bermakna RM300 daripada gaji sudah disimpan dan hanya boleh belanja RM1,200 sahaja.

“Pun begitu 20% ramai yang mengatakan terasa untuk menyimpan. Tapi dengan car aitu sahaja dapat mantapkan lagi kewangan kita. Dengan disiplin yang kuat, sedar tak sedar anda dapat menyimpan 2 bulan setengah gaji untuk setahun, anggaplah ia bonus untuk diri sendiri.

“Untuk pastikan berjaya menyimpan secara konsisten 20% setiap kali dapat gaji, perlu ada disiplin dan istiqomah. Doa dengan Allah untuk beri kekuatan agar hati tidak berbolak balik dengan wang yang telah disimpan. Bila kita tahu itu terbaik untuk kita, maka kita perlulah lakukan untuk masa depan,” jelasnya panjang lebar.

Kurangkan Makan Di Luar
“Buat apa yang anda suka untuk tambah income, jika tidak boleh kacau sangat dengan gaji yang sedia ada. Apa yang penting usahakan juga untuk menyimpan 20% itu untuk masa depan. Berjimatlah, itu antara solusinya.

“Kajian ada menunjukkan perbelanjaan paling tinggi itu adalah disebabkan kos makan diluar, jadi kena berjimat dengan makan di rumah, bawa bekal ke tempat kerja dan sebagainya. Sebab apa, kita tidak mahu, duit simpanan untuk masa kecemasan pun tiada disebabkan tidak menyimpan.

“Ada orang RM1,000 ringgit sekali pun, tiada dalam simpanan. Ini cukup membimbangkan dan sewajarnya wang kecemasan perlu diadakan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji,”terangnya lagi.

Fahamkan Ianya Aset Atau Liabiliti
“Trending mungkin juga mengacau perancangan kita, kena lihat diri sendiri jangan melangkau kemampuan dengan terikut-ikut trending semasa. Contoh memiliki telefon terkini dipasaran, apa yang ingin dimiliki, ajukan terlebih dahulu pada diri sama ada ia adalah keperluan atau kemahuan semata-mata.

“Ingat, perlu itu adakah perlu yang mahal atau memadai sahaja yang murah. Apa yang perlu didahulukan dan bukannya kemahuan hingga sanggup menanggung hutang dan membebankan diri sendiri.

“Namun kalau perlu berhutang juga kena pastikan setiap pembelian tersebut boleh menjadi aset atau liabiliti. Aset adalah sesuatu yang dibeli tetapi memungkinkan duit masuk ke dalam poket dengan menggunakan barangan yang dibeli tersebut.

“Namun membeli barang yang tidak memberi hasil pulangan hanya untuk kepuasan sahaja, barangan tersebut akan menjadi liabiliti, duit poket akan keluar dan sekali gus menambah bebanan hutang dan  menyukarkan lagi untuk membuat tabungan,” terangnya lagi.

Bahkan banyak lagi perkongsian bermanfaat daripada Puan Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir dan anda boleh tonton di video ini.

 

ARTIKEL MENARIK:Jual Minyak Masak Terpakai Secara Sambilan, Ayah Anak Lima Ni Boleh Dapat RM3,000 Setiap Bulan!

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club