Formula kewangan yang ramai amalkan adalah biasanya bila dapat duit gaji, perkara pertama dilakukan adalah menolak mana yang perlu dibayar dan dibelanjakan, dan selebihnya barulah dijadikan sebagai wang simpanan.
Pun begitu menurut Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir, Pengasas & perunding utama HIJRAHWEALTH Management Sdn Bhd, formula kekayaan yang sebenar adalah Gaji – Simpan = Belanja.
“Setelah dapat duit gaji, perkara pertama perlu dilakukan adalah simpan dahulu. Hal ini jika dipraktikkan akan selamat. Bila peruntukkan duit simpan diambil awal, akan mengekang belanja terlebih.
“Contoh gaji RM1,500 terus simpan 20%. Itu adalah peratusan minimum yang perlu disimpan terlebih dahulu. Jadi ini bermakna RM300 daripada gaji sudah disimpan dan hanya boleh belanja RM1,200 sahaja.
“Pun begitu 20% ramai yang mengatakan terasa untuk menyimpan. Tapi dengan car aitu sahaja dapat mantapkan lagi kewangan kita. Dengan disiplin yang kuat, sedar tak sedar anda dapat menyimpan 2 bulan setengah gaji untuk setahun, anggaplah ia bonus untuk diri sendiri.
“Untuk pastikan berjaya menyimpan secara konsisten 20% setiap kali dapat gaji, perlu ada disiplin dan istiqomah. Doa dengan Allah untuk beri kekuatan agar hati tidak berbolak balik dengan wang yang telah disimpan. Bila kita tahu itu terbaik untuk kita, maka kita perlulah lakukan untuk masa depan,” jelasnya panjang lebar.
Kurangkan Makan Di Luar
“Buat apa yang anda suka untuk tambah income, jika tidak boleh kacau sangat dengan gaji yang sedia ada. Apa yang penting usahakan juga untuk menyimpan 20% itu untuk masa depan. Berjimatlah, itu antara solusinya.
“Kajian ada menunjukkan perbelanjaan paling tinggi itu adalah disebabkan kos makan diluar, jadi kena berjimat dengan makan di rumah, bawa bekal ke tempat kerja dan sebagainya. Sebab apa, kita tidak mahu, duit simpanan untuk masa kecemasan pun tiada disebabkan tidak menyimpan.
“Ada orang RM1,000 ringgit sekali pun, tiada dalam simpanan. Ini cukup membimbangkan dan sewajarnya wang kecemasan perlu diadakan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji,”terangnya lagi.
Ads
Fahamkan Ianya Aset Atau Liabiliti
“Trending mungkin juga mengacau perancangan kita, kena lihat diri sendiri jangan melangkau kemampuan dengan terikut-ikut trending semasa. Contoh memiliki telefon terkini dipasaran, apa yang ingin dimiliki, ajukan terlebih dahulu pada diri sama ada ia adalah keperluan atau kemahuan semata-mata.
“Ingat, perlu itu adakah perlu yang mahal atau memadai sahaja yang murah. Apa yang perlu didahulukan dan bukannya kemahuan hingga sanggup menanggung hutang dan membebankan diri sendiri.
“Namun kalau perlu berhutang juga kena pastikan setiap pembelian tersebut boleh menjadi aset atau liabiliti. Aset adalah sesuatu yang dibeli tetapi memungkinkan duit masuk ke dalam poket dengan menggunakan barangan yang dibeli tersebut.
“Namun membeli barang yang tidak memberi hasil pulangan hanya untuk kepuasan sahaja, barangan tersebut akan menjadi liabiliti, duit poket akan keluar dan sekali gus menambah bebanan hutang dan menyukarkan lagi untuk membuat tabungan,” terangnya lagi.
Bahkan banyak lagi perkongsian bermanfaat daripada Puan Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir dan anda boleh tonton di video ini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Mengalami kulit wajah bermasalah membuatkan sedikit sebanyak keyakinan diri merudum, begitu juga dengan Nana Mahazan yang menghadapi masalah kulit wajah. Bagaimanapun dia beruntung kerana suaminya, Mohammad Raqeem Brian ini masih sentiasa memberi nasihat dan tip agar tidak berasa sedih.
Kulit wajah teruk breakout
Bekas pelajar rancangan realiti TV, Akademi Fantasia musim pertama ini mengambil masa setahun lebih untuk bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
“Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.
“Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit ‘breakout’ atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.
Suami penyokong & terima kekurangan diri
“Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tips atau produk itu ini.
“Dia penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya,” ujar Nana membuka cerita.
Tertutup pintu rezeki pasti ada punca lain
Bertitik tolak daripada itu, dia mendapat idea memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri pada tahun 2020.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka,” ungkap Nana yang kini memiliki produk jenama sendiri yang diberi nama Mahazan Beauty.
Dia dalam pada itu percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya.
“Saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.
“Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik. Tertutup pintu rezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya.
“Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan. Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa. Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan kini,” jelas ibu kepada sepasang cahaya mata yang mengambil keputusan untuk berhijab sejak tahun lalu.
Sejak anak-anak telah memulakan persekolahan secara giliran, ramai ibu-ibu mula menghadapi masalah untuk membersihkan baju putih sekolah.
Biasalah anak-anak aktif, baju putih pasti akan meninggalkan kotoran apabila pulang ke rumah.
Sebenarnya ada caranya untuk memastikan baju putih yang kusam dan kotoran degil dapat dihilangkan melalui pengunaan sabun legend ini. Paling menarik, dah tak perlu asyik nak sental baju, letak je dalam mesin basuh, pasti baju kembali putih macam baru!
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
Bahan: -Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun Cap Kapak / Buruh (ada di Mydin) -Sabun basuh baju (cecair atau serbuk) -Air -Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Ini rupa sabun-sabun yang dimaksudkan di atas. Pilihlah salah satu yang senang jumpa. Caranya sama saja.
CARA-CARA Ini pula langkah mencucinya.
1. Masukkan baju sekolah ke dalam mesin basuh.
2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Bubuh air.
5. Guntingkan suku sabun A1 ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun A1 di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Kemudian, masukkan semula ke dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh dan biarkan cucian diteruskan seperti biasa.
8. Pergilah keluar berjimba dengan anak-anak dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap.
9. Balik rumah dah siap.
10. Sidailah baju putih tersebut sambil ‘kembang hidung’ melihatkan kebersihannya.
Beginilah hasilnya. Tak perlu sental pun. Senangnya!
Tips yang dikongsikan ini sangat berkesan pada baju sekolah jenis kain cotton.
Masa untuk berharga buat wanita yang bergelar ibu. Kadang kala akibat kesuntukan masa, hal penampilan diri jadi ‘biasa-biasa’ aje.
Selain masak nak nak mudah dan cepat, ada juga mahu masa yang cepat kala memakai tudung terutama selendang yang memerlukan masa yang lama untuk mengosoknya.
Akibatnya selendang yang lama dibeli simpan jadi ‘khazanah’. Hanya selesa menggunakan tudung sarung untuk ke mana-mana.
Namun, ada berita gembira buat mak-mak yang super busy, ini tip mudah nak gosok tudung hanya menggunakan alat melurus rambut sahaja.
Hanya beberapa minit sahaja, selendang kelihatan kemas dan tidak berkedut.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini yang menunjukkan cara mudah ‘gosok’ tudung hanya menggunakan alat meluruskan rambut untuk melicinkan bahagian tudung yang berkedut.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.