Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat kejayaan anak-anak kan. Namun apabila dikurniakan anak syurga, ujian dan cabaran ini lebih besar dibandingkan dengan ibu bapa biasa.

Tetapi mereka adalah ibu bapa yang cukup kuat dan hebat, kerana itu dipilih oleh Yang Maha Esa untuk mengharungi cabaran tersebut.

Bagi Ummu Syirin, ibu kepada anak autisme, demi anak tersayang dia berkorban berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak syurganya itu.

Nyata pengorbanan tersebut berbaloi bila mana anaknya menunjukkan perkembangan yang baik. Jom baca perkongsian ibu berhati waja ini.


My autisme angel….(SEVERE autisme)
Ada yang minta saya share perkembangan Syirin-10 thn…(yg lmbt bls pm,maaf kdg sy sibuk urus anak atau menjahit-cari duit he he?)sebenarnya malu nak share krn sy lmbt mula tp tengok yg inbox ada yg mcm sy dulu teragak2 krn faktor kewangan-baiklah sy share dr hati)

Terima kasih tak terhingga kerana ada ramai ibu2 berhati emas dan admin yg tubuhkan group ni…ada yang hadiahkan suplement, tolak jual dulu stock yg ada kpd sy dan ramai yang memberi kata2 semangat dan ilmu…Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Anak saya severe autisme…bru dijaga sepenuhnya semula oleh saya….Sebelum ni dijaga maid dan adik sy, tinggal dgn saya dan suami yg sibuk niaga(niat nak cri byk duit utk kos rawatan Syirin d luar negara setelah disahkan severe autisme d usia 4 tahun)kemudian bisnes kami jatuh dan kerana ada lg 4 anak lain Syirin dijaga dgn baik oleh keluarga mertua ketika umur 7-10 thn, byk doktor juga mereka dah p sana sini apoitment x putus.

“Tak Perlu Tunggu Banyak Duit Baru Nak Pergi Terapi, Tengok & Belajar.” Ibu Anak Autisme Ini Kongsi Tip Jaga Anak Severe Autisme.

Sebelum ni Syirin 2 tahun PDK dan 2 tahun d Nasom…belum ada perkembangan kerana dia tak mau ikut langsung aktiviti dan laporan pun smua x ok.Dalam kelas dia merengek hampir setiap hari dan mungkin kerana ini selalu sangat balik dgn lebam di dahi(minggu lepas 2 kali di dahi)…Pernah lebam kesan gigitan di belakang betis dan pelbagai kesan lebam lain.Ckgu ckp pelajar lain terganggu.Sambil tu sebulan sekali teraphy d hospital.

Ads

Masih berpampers,trkdg trmakan poo sndiri
Tak ckp langsung walau ada suara
I.Q sgt rendah,mcm lg rendah dr budak umur setahun-kita rentangkan reben dia terus tak boleh lalu dah,bru skrg setelah seminggu amal 2 jenis suplement ni pndai ckt dah boleh alih kerusi penghadang pintu bilik dia dan angkat reben tinggi n langkah reben rendah.(nyesalnya x usaha dptkan dr awal)
Adik2 Syirin pun terkejut, Syirin dah pandai sikit.Tempat simpan biskut pun dah pndai buka?

Sekarang dalam proses dilatih sepenuhnya oleh saya sendiri daripada panduan yang diberi pusat teraphy yang kami pergi.

“Tak Perlu Tunggu Banyak Duit Baru Nak Pergi Terapi, Tengok & Belajar.” Ibu Anak Autisme Ini Kongsi Tip Jaga Anak Severe Autisme.

“Tak Perlu Tunggu Banyak Duit Baru Nak Pergi Terapi, Tengok & Belajar.” Ibu Anak Autisme Ini Kongsi Tip Jaga Anak Severe Autisme.

Memang sangat susah kerana agak lambat mula. Jd pd yg ada anak autisme tak perlu tunggu byk duit bru nak p teraphy tak mampu seminggu 2 kali, p seminggu sekali, atau paling kurang sebulan sekali.PASTIKAN YANG ANDA BOLEH TENGOK DAN BELAJAR.

Ads

Pada mulanya saya nak fokus pd Syirin saja tetapi memandangkan kos teraphy agak tinggi pada kami, saya ambil upah menjahit smula…doakan saya ya kawan2…..Mudahan dapat usaha yang terbaik untuk Syirin walau agak terlambat.Sedang usaha nak beli beberapa peralatan teraphy.Ada yang dah order dari pakar teraphy.

“Tak Perlu Tunggu Banyak Duit Baru Nak Pergi Terapi, Tengok & Belajar.” Ibu Anak Autisme Ini Kongsi Tip Jaga Anak Severe Autisme.

“Tak Perlu Tunggu Banyak Duit Baru Nak Pergi Terapi, Tengok & Belajar.” Ibu Anak Autisme Ini Kongsi Tip Jaga Anak Severe Autisme.

Tips buat yang bertanya2….saya pun tak pandai,cuma elak jd mcm saya lambat mula dgn serius kerana faktor kewangan-Pada mulanya hanya jumpa doktor2 dan tidak terus ke pusat teraphy.
#Usaha sedaya upaya, jaga pemakanan, dapatkan suplement jika perlu
#Jangan biasakan gadget walau dia menangis,cuba beraktiviti
#Jangan bg anak duduk bentuk W-anak saya dah 10 tahun buat, mcm dia sakit bila kami nak betulkan
#PENTING!!!!Jangan tunggu banyak duit baru nak bawa teraphy yang perlu, sekarang saya dah boking untuk next2 apoitment walau duit belum ada, saya yakin dapat sdiakan sebelum masa teraphy insya’Allah.
#Anak saya tidak mahu pegang mainan dan tak mahu main apa2 sejak kecil, bw p tempat permainan mana2 pun dia akan merengek ja,,jadi ototnya agak keras dan ketat..#Video nampak mudah dan lancar tapi di sebaliknya berpeluh2 juga saya, walau hanya membantu pakar teraphy.
#Mild autisme mungkin ok stakat p PDK atau Nasom tapi SEVERE autisme…ibu kena berkorban lebih, jika perlu juga bantu suami cri rezeki, usaha yg boleh buat dr rumah.

Ads

Yg baik dari Allah, yg tersilap dari kelemahan saya…

YA ALLAH…YAA RAHMAN….YA RAHIM…YA RAZZAK…YA FATTAH…YA ALIIM…

KAMI PERCAYA PADA JANJIMU, KERANA TAHU APA DI GENGGAMANMU…

Posted by Ummu Syirin on Wednesday, 24 October 2018

Dalam pada itu Ummu Syirin turut mengalu-alukan ibu bapa yang mempunyai anak severe autisme  untuk bertukar pendapat dan tips terutama menghadapi dan menangani bila anak ni akil baligh dan lain-lain masalah.

“Terapist lain, yang ibu bapa terpaksa hadapi hari-hari lain pula. Jadi, kalau ada yang sudi berkongsi pandangan dan tip bolehlah hubungi saya untuk kita sama-sama berkongsi demi kebaikan anak-anak kita.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI