Tak Perlu Tumbuk Daun Inai, Hanya Balut Di Jari Sapu Minyak Angin. 30 Minit Dah Merah Cantik!

Share

Kebiasaanya apabila nak pakai inai pada jari mengunakan daun ina akan diasingkan daunnya kemudian di tumbuk atau kisar. Untuk mendapatkan warna lebih merah akan tambah arang, nasi atau limau nipis. Itu petua yang sering digunakan. Nampak agak rumit tetapi itulah yang amalan yang dilakukan sebelum munculnya inai ‘ready made’.

Setelah kemunculan ini jenis segera ini, ramai yang menggunakannya kerana ia agak mudah namun ketahanan merahnya tidak lama seperti daun inai.

Namun, ada juga cara menarik untuk memakai inai dengan menggunakan daun serta minyak angin. Tidak perlu tumbuk atau kisar tapi balut sahaja di jari sert sapu minyak angin. Cara yang amat mudah dan cepat!

Nak tahu caranya ikuti perkongsian wanita ini.

Pokok inai saya sentiasa segar gemuk kerena saya rajin amik pucuk buat inai rambut dan tangan.  Bukan tanaman je yang kita layan, sesekali kite manjakan jari-jari kite dengan inai, dari pada membazir tak gi gunakan.

Guna minyak kapak 

Senang jer, hanya amik beberapa helai daun yg muda biarkan hingga layu agar mudah ditepekkan kt jari, hanya sapu guna minyak kapak, tak perlu di tumbuk, cukup sapu dgn minyak kapak, ikut saiz yang kita suka.

Tak kisah nak mana dulu, yang senang daun tu sapu minyak dulu. Pakai dalam 30 minit. Kalau nak dapatkan hasil yang cantik boleh buat ulang 2 atau 3 kali.
Bagi budak-budak pakai, senang tak comot. Tak panas, hanya sikit berangin je, lgi satu, wat hilangkan lenguh di jari, sehabis seharian wat kerje .

Dah siap! Cantik merah.

Selamat mencuba!

Sumber: Achik Anne Manje

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club