Pintu pagar atau ‘gate’ menjadi tempat keluar masuk bagi sesebuah kediaman dan jika diilhamkan dengan rekaan yang menarik ia juga dapat melahirkan perasaan selesa dan privacy buat kita seisi keluarga.
Umumnya jika tinggal di kawasan perumahan, setiap rumah telah tersedia pintu pagar dengan rekaan yang ringkas oleh pihak pemaju. Pun begitu, tanpa perlu menukar pagar baharu sebenarnya anda juga boleh memiliki pagar rumah yang nampak mewah dengan bajet yang rendah.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini sepertimana idea tranformasi yang dikongsikan oleh Mohamad Izwan Mohamad Noor yang pada mulanya pagar rumahnya yang standard menjadi lebih eksklusif.
Jadikan ini sebagai panduan;
“Ambil idea dari group ni jadikan pagar rumah standart pemaju pasang aluminum panel. Nampak mewah dan jimat juga la dari tempah pagar baru sebab besi mahal sekarang. Yang penting hati wife berbunga sebab pagar rumah da cantik,” kongsinya di group facebook Tukang Apa Hari Ini.
Gambar asal pagar tak ambil. Ambil gambar google je
Ads
SEBELUM
SELEPAS
Melihat tranformasi pagar yang pada mulanya nampak biasa menjadi luar biasa telah menarik tumpuan warganet untuk turut teruja memiliki pagar sedemikian.
Dikongsikan sedikiti info buat anda yang berminat untuk hasilkan sendiri pagar seperti ini.
-Material tu aluminium panel gate. Beli shopee. Saya pakai skru dan bracket untuk lekatkan panel.
Ads
-harga aluminium panel ukuran 5kaki RM23 beli shopee. boleh request seller potong ikut panjang kita nak. Pakai skru je blkg tmbah bracket.
-Jika ingin guna shera plank pun boleh. Cuma bagi saya berat shera tu. aluminium ni ringan je cuma harga mahal sikit je la.
– Pada bahagian hujung pagar perlu potong sebab buat design melintang. Pakai grinder je.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Warna emas yang dipakai apabila terlihat berkilat dan berkilau akanbmenjadikan ianya nampak begitu menyerlah.
Namun bila barang kemas tersebut dipakai setiap hari, lama kelamaan terlihat pudar dek kerana kesan daki dan kotoran yang melekat pada emas tersebut.
Biasanya, untuk mengembalikan kilauan yang memukau selaian boleh dihantar ke kedai emas untuk dicuci, sebenarnya kita sendiri juga boleh melakukannya dengan mudah.
Cara dan tekniknya telah dikongsikan oleh peniaga emas ini dan boleh dicuba. Ianya cukup mudah dan jimat!
RAHSIA CUCI SENDIRI BARANG KEMAS DI RUMAH
Lepas ni tak payah dah susah-susah ke kedai emas untuk cuci barang kemas.
Petua ni dah lama saya amalkan, jimat duit dan jimat masa, buat sambil- sambil buat kerja lain je. Jangan duk tunggu depan mangkuk tu je berejam tak siap la kerja lain.
Boleh juga cuci guna sodabikarbonat atau garam atau airteh atau ubat gigi
Bahan apa ada di rumah, cara sama je semua.
1. Rendam Barang kemas dalam air panas + sabun basuh pinggan + lemon, sekurangnya setengah jam.
2. Sental, gonyoh barang kemas anda guna berus gigi, sental semua bahagian, depan belakang dan bahgian dalam nya.
3. Bilas guna air paip.
4. Rendam sekejap dalam air panas dan keringkan dengan kain bersih. Tada… Hasilnya sangat naiz. Barang kemas kembali berkilat lip lap lip lap macam baru beli.
Daun limau purut memang sering kali kita gunakan dalam masakan harian, jika tidak dibuat penyedap rasa masakan paprik, tidak sempurna pula jika tidak dimasukkan daun limau purut ini di dalam masakan tomyam.
Begitu juga dengan penggunaan limau kasturi, alangkah sedap rasa sambal belacan andai diperahkan bersama limau kasturi. Cukup sempurna rasanya. Atau paling tidak pun, sering kita gunakan buah limau kasturi tersebut untuk dijadikan minuman yang menyegarkan untuk seisi keluarga.
Menyedari betapa kerapnya kita seisi keluarga menggunakan beberapa jenis limau ini, alangkah baiknya andai ada sepokok dua ditanam di laman rumah. Jika terasa ingin menggunakan, terus boleh dipetik.
Pun begitu sebelum ada yang berangan lebih jauh tentang hal tersebut, jom kita pelajari cara menanam pokok limau kasturi yang dikongsikan oleh Pyan Sempoy dan semoga ianya bermanfaat.
POKOK LIMAU KASTURI – Teknik semai keratan batang
Hangpa tau dak selain guna biji benih & tut, kita boleh juga semai pokok limau kasturi guna keratan batang ?? Mesti ramai yang tak tau kan?
Daripada buang macam tu ja dahan-dahan pokok yang dipangkas, baik hangpa ‘cucuk’ kat tanah..nanti boleh dapat anak pokok limau yg baru..
Cara saya semai keratan limau kasturi :
1. Pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, dah pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut/muda & tidak terlalu tua
2. Potong & buang pucuk/daun/duri & sisakan 2-3 daun sahaja..
3. Potong separuh daun2 tu cucuk ke media yang lembap..saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam sawit..padatkan media di sekeliling keratan jangan bagi dia bergoyang..boleh guna penggalak akar jika ada..lagi cepat dia berakar nanti
4. Sungkup menggunakan plastik atau apa-apa..saya guna cup atas bawah
letak kat tempat teduh sampai keluar tunas baru dan akar..siram sikit-sikit jika media nampak dah kering..kena buka sungkup pastu tutup balik
5. Boleh pindah ke bekas lebih besar jika anak pokok dah stabil
Boleh guna teknik ni untuk jenis2 limau yang lain seperti limau nipis, purut (susah sikit), lemon dll..selain tu semua jenis pokok jambu air pon boleh guna teknik ni juga..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki anak istimewa bukanlah semudah yang disangkakan. Kerana itu, ibu bapa tersebut benar-benar terpilih Dia untuk melalui semua ujian tersebut.
Melihat sejauh mana baik ayah mahupun ibu dalam menerima ketentuan tersebut dengan jiwa yang penuh reda dan hati yang penuh kasih sayang.
Membaca perkongsian ibu bernama Syahirah Omar, hati admin turut tersentuh. Ini bukan kali pertama ibu tiga cahaya mata ini menitipkan kata-kata yang cukup menyentuh hati buat puteri kesayangannya itu.
Bahkan, dia juga sering berkongsi cerita dan pengalamn serta tip untuk ibu-ibu lain yang sekasut dengannya dalam melalui kehidupan penuh warna warna bersama anak istimewa.
Berkongsi luahan rasa mengenai anaknya yang mesra dengan panggilan Lana, akui Syahirah walaupun ‘istimewa, namun dia terharu kerana dalam usia 13 tahun, banyak pencapaian yang diperoleh anaknya. Struggle tetapi si anak meniti kehidupan dengan baik.
Seronok sebenarnya bila tengok anak kawan kawan yang sebaya Lana buat persiapan untuk ke MRSM, SBP , dan anak-anak yang sudah mula sarungkan uniform sekolah menengah. Sungguh, tumpang happy sangat. Cuma, mengalir juga air mata ni.Tipulah kalau tak ada rasa sebak.
Lana, anak autistik.
Biarpun ada sesetengah perkara dia matang, tapi kalau bab bersosial, dia masih sedikit delay dua tahun lebih kurang. Sebab tu, aku memang sengaja turunkan kelas dia. Jadi sekarang Lana di tahun 5.
Biarpun ramai saja tak faham kenapa aku buat begitu, aku lantakkan saja. Aku cuma rasa dia tak bersedia nak harung hidup umur budak sebaya dia.Tak perlu kejar akademik terus untuk jadi seorang manusia. Bagi anak seperti Lana, terlalu banyak dia perlu belajar untuk biasakan diri dengan “dunia kita”.
Anak kita,kita tahu lah kan dia macamana.
Tapi sebenarnya,
Aku cukup bersyukur lihat pencapaian dia. Dia unik cara dia. Struggle macam dia tapi dia boleh survive sampai setakat harini pun dah buat aku sangat gembira.
Banyak yang boleh disyukuri. Ya, sekecil kecil perkara.
1. 16 April ni genaplah 13 tahun umur dia. Alhamdulillah dia boleh bangun pagi awal tak perlu guna jam loceng. Kemas katil kemudian ambil towel terus pergi mandi. Lepas siap semua dia solat subuh, buat breakfast untuk dia dan adik adik. Selalunya roti spread lah.
Nampak biasa? Besar sangat untuk ibu anak istimewa.
2. Dia sangat taat menghafal surah. Walaupun dia struggle juga nak hafal, tapi dia rumikan kemudian dia hafal bersungguh-sungguh. Setiap pagi dia akan minta aku semak, kemudian tandatangan dalam buku hafazan. Ok malu dengan anak sendiri.
3. Dia tahu bila nak mandi, bila nak solat, bila nak ngaji. Kalau mama bagi masa main handphone 15 minutes, dia taat. Tak lebih dari tu, terus dia pulangkan semula.
Nampak biasa, tapi sebenarnya kita sendiri pun tak boleh disiplin gunakan handphone seperti dia.
4. Kalau dia tak suka apa-apa, dia tak bentak atau protest. Dia cuba discuss baik baik. Dia cuba nego dulu kalau boleh. Tak ada lagi Lana yang dulu yang suka tantrum.
Kecuali kalau gaduh dengan Mayraa, nangis juga dia berlari. Tapi sekarang nampaknya mereka sudah berdamai.
Alhamdulilillah.Adik beradik begitulah.
5. Dia selalu tanya, ” Are you ok mom?”. Dia, adik adik dia semua begitu. Soalan simple, tapi sangat besar nilainya untuk seorang ibu macam aku.
6. Selalunya dalam perjalanan ke sekolah, aku memang akan berbual dengan anak anak. Banyak la benda mereka nak cerita.
Lepas tu dak Lana pun ceritalah.
” Yesterday, at my school, my friend Nabila gave me 1 hello panda chocolate flavoured biscuit,”
” Oh that’s your favourite biscuit right,”
“It’s a long time I haven’t ate a hello panda biscuit,” katanya.
Tak pernah la dia nak apa apa terus cakap nak.Sejenis nak apa apa, dia punya kias, hmmmmmm. Ingatkan autistic jenis cakap direct. Dia berlapik sungguh cenggitu kalau teringin apa apa. Katanya dia cuma tak mahu menyusahkan sesiapa
.
.
.
Sengaja aku tulis disini untuk ingatkan diri aku sendiri. Biasalah, manusia memang mudah lupa.
“Take time daily to reflect on how much you have. Just count your blessings, not your troubles”
Terkadang kita lupa bersyukur untuk sekecil kecil nikmat disekeliling kita.
Bila terlalu sibuk mengintai kehidupan orang lain, akhirnya kita terus mengeluh pada Tuhan apa yang kita tak ada. Sedikit sebanyak terkadang kita terlalu sibuk menginginkan hidup seperti orang lain, langsung dah terlupa nak bersyukur dengan apa yang kita ada.
Sebenarnya terlalu banyak Allah berikan kita rezeki, kenikmatan hidup yang tidak disangka. Macam aku, walaupun pernah banyak ujian sebelum ni, Alhamdulillah sekarang Allah dah beri bahagia.
-Diberi peluang untuk hidup pada harini adalah rezeki,
-Diberi pasangan untuk melengkapi hidup adalah rezeki,
-Diberi keluarga kecil anak yang comel macam macam kerenah juga rezeki,
– Diberi anak istimewa juga satu rezeki,
-Diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah, serta dapat membantu orang lain adalah rezeki,
-Di kelilingi orang yang baik seperti kalian juga rezeki.
Sesungguhnya, nikmat apa yang perlu kita dusta lagi.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.