
Bagi anda yang nak kurangkan masalah habuk memenuhi lantai, apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh saudara Hong Guan. Caranya cukup mudah dan tak banyak modal, hanya gunakan kertas A4 dan masking tape sahaja.
Salam semua warga sekalian. Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat2 dan masking tape lekat dekat bawah lubang yg nak tebuk utk kumpul pasir yg keluar masa drill.
Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa2 je yg boleh kumpul pasir. Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul buang je kat tong sampah.
Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli kat Daiso di tepi cordless drill utk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga. Harap bermanfaat.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Nanti Check Atas Meja. Kot Ada Apa-Apa Rezeki Ya. Love You.” Suami Tinggal Nota & Duit Nafkah Buat Isteri. Sweetnya!

Mungkin ramai yang tak tahu soal duit belanja bulanan patut diberikan kepada isteri. Tak kurang ada yang anggap itu tidak dikira sebagai nafkah. Tetapi sebenarnya itu tanggung jawab seorang suami selaku ketua keluarga.
Satu perkongsian oleh Dr Ahmad Zakimi Ini wajar dijadikan contoh buat semua.
“Nanti Ita check atas meja. Kot ada apa-apa rezeki ya. Love you.”
Biasanya aku akan menghantar whatsapp begitu jika aku siap dulu ketempat kerja setiap pagi. Jika isteri pergi dulu, biasanya dia akan periksa sendiri atas meja apa yang ada sambil-sambil dia sediakan sarapan pagi untuk kami.
Jika sempat, aku kongsikan sepotong ayat Alquran atau hadis pada nota. Kalau tak sempat aku hanya tinggalkan nota ringkas atau hanya duit saja.
Setiap hari aku akan bagi duit belanja makan minum untuk kami sekeluarga. Bermula dari 18 tahun lepas lagi. Ya, itu nafkah suami kepada keluarga. Itu tanggungjawab seorang suami selaku ketua keluarga.
Sejak dari awal perkahwinan kami, aku mulakan dengan sedikit. Dari tahun ke tahun, gaji aku naik maka aku tambah sikit demi sedikit. Almaklumlah, keluarga pun semakin besar. Belanja pun semakin tinggi.
“Abang, takyah lah bagi duit belanja banyak sangat. Ita pun kerja. Ada gaji,” ujar isteri.
“Eh mana boleh. Belanja makan dan pakai keluarga mesti abang. Itu kan nafkah. Tanggungjawab abang. Jangan sesekali guna duit ita,” balas aku.
Duit isteri adalah untuk belanja diri dia sendiri. Bukan untuk keluarga.
Setiap kali aku memberi, isteri akan tanya, “eh abang! Banyak sangat ni. Nanti abang tak cukup duit lak.”
“Alah tak banyak mana pun. Abang ada lagi ni,” balasku. Itu selalu akan aku jawab.
Tak ternilai dengan wang ringgit pun pengorbanan seorang isteri kepada kita dan keluarga.
Walaupun kadang kala aku ‘kekeringan’, aku tetap berusaha untuk beri belanja kepada keluarga. Itu tanggungjawab suami dan bapa kepada anak-anak. Muka mesti buat tenang. Takut dia terperasan.
“Alah, takde duit. Benda boleh settle lah. Kita kan anak jantan” – aku bermonolog kadang-kadang.
Rezeki sikit, sikit lah. Jika banyak maka banyak lah. Alhamdulillah, masih cukup untuk kami sekeluarga.
”Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’ : Ayat 31)
Segala makan minum, pakaian, rumah, kereta, pendidikan anak-anak dan lain-lain keperluan rumahtangga aku yang bertanggungjawab. Itu kewajipan. Itu juga prinsip aku.
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (Surah al-Nisa’ ayat 34)
Membelanjakan harta untuk isteri dan keluarga bukan sekadar kewajipan malah ia satu amalan yang disukai Allah.
Walaupun si isteri bekerja dan makan gaji, tak kiralah gaji si isteri lagi besar dari si suami, kewajipan itu harus diletakkan kepada ketua keluarga iaitu si suami.
Semoga si suami seluruhnya dimurahkan rezeki. Amin.
Dr Zek
Sumber: Dr. Ahmad Zakimi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kembalikan Tenaga Dengan Makanan Superfood. Dr Ni Dah Lama Amal & Nyata Berkesan!

Berkongsi amalan pemakanan kesihatan bagi membantu mengembalikan tenaga, dr ini ada pilihan makanan superfood untuknya.
Oleh yang demikian, andai ada antara kita berasa keletihan melakukan tugas harian atau menempuh perjalanan panjang yang meletihkan, bolehlah cergaskan diri dengan cara mudah ini. Jom amalkan mana tahu serasi dengan tubuh badan kita.
Pagi ni dengan sup kaki ayam dan kurma merah China atau jujube. Campur sekali dengan goji berries. Cuma dalam gambar tak nampak.
Biasanya bila balik travelling saya memang akan buat sup ayam red dates ni. Atau buat sup kaki red dates. Nak kembalikan energi.
Travelling memenatkan. Kawan kawan selalu komplen penat bila travel. Penat sebab kita tidak ambil makanan sesuai untuk kembalikan tenaga.
Bayangkan duduk menunggu pesawat 2-3 jam. Lepas tu duduk berjam jam dalam pesawat. Terpaksa pula hirup udara recycle dalam kabin pesawat. Walaupun hanya duduk ia tetap memenatkan.
Kenapa red dates dan goji berries?
Banyak khasiatnya res dates ini. Dalam buku perubatan Cina Ben Jin, kurma merah bagus untuk seimbangkan tenaga di limpa dan usus. Bagus untuk hati.
Dengan vitamin C yang tinggi pengambilan kurma merah dapat tingkatkan sistem imun, remajakan semula kulit. Itu yang penting. Cantikkan kulit semula.
Biasanya travel sebabkan kulit kusam. Kulit jadi kering duduk dalam air cond lama lama. Memang tak sempat nak pergi belek muka dan jaga kulit.
Goji berries juga adalah superfood. Banyak khasiat. Ada macam macam nama pula tu. Contohnya nama saintifiknya ialah Lycium barbarum, dikenali juga sebagai wolfberries, fructus lycii dan gougizi.
Dalam Journal of Dietary Supplements tahun 2015 disebut kebaikan goji berries sebagai penghalang kepada kanser dan penyakit jantung. Juga tingkatkan sistem imun.
Boleh cuba lepas ni.
sumber : DrRizal Abu Bakar
Perlu Imbas QR Kod MySejahtera Ke Tak? Elak Keliru, Ini SOP DI Stesen Minyak Yang Anda Perlu Tahu!

Baru-baru ini menjadi kekeliruan mengenai keperluan pengunjung stesen minyak untuk mengimbas kod QR MySejahtera ketika berada di premis berkenaan.
Mengulas mengenai perkara itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil memberi pencerahan mengenai kekeliruan prosedur operasi standard (SOP) di premis berkenaan menerusi sidang media pada Selasa.
“Jadi mesyuarat hari ini memperincikan lagi SOP di stesen minyak. Dulu ada SOP, tapi bila sebut premis, timbul kekeliruan… ada yang menganggap premis itu di dalam kedai, ada yang menganggap premis itu di seluruh kawasan stesen minyak.
“Jadi mesyuarat hari ini bersetuju untuk meperincikan lagi supaya tak timbul kekeliruan,” katanya.
Yang mana masih lagi keliru, perlu ke tidak nak scan ni? Jangan risau, lihat ringkasan untuk SOP di stesen minyak ini!
Berikut adalah SOP di stesen minyak:
1. Jika individu membuat pembayaran atau transaksi dalam kedai, membeli barang atau membayar di dalam atau keluarkan duit, maka perlu scan QR MySejahtera atau isi buku manual. Ini penting jika berlaku apa-apa senang dikesan kontak rapat.
2. Jika individu di surau dan tandas stesen minyak, perlu scan QR MySejahtera atau isi buku manual.
3. Isi minyak di pam atau bayar pakai kad tak masuk ke kedai dan tiada kontak dengan sesiapa, tidak perlu scan.
Nak cari hadiah menarik untuk yag tersayang? Meh tengok di SINI!
4. Individu buat transaksi dan bayar melalui tingkap, tiada pertemuan antara cashier, tidak perlu scan.
5. Individu yang singgah di stesen minyak hanya untuk mengisi angin dan bersendirian, tidak perlu scan.
6. Individu hantar kenderaan repair di workshop di stesen minyak, maka perlu scan QR MySejahtera atau isi buku manual.
7. Individu menggunakan khidmat cuci kereta secara manual, perlu scan QR MySejahtera atau isi buku manual. Namun jika menggunakan auto carwash dan tidak membayar di dalam kedai tidak perlu scan.
Sumber : Sidang Media, Sinarplus
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club