Umum ibu bapa pening kepala bila melihat anak-anak mula buat hal. Pelbagai kerenah yang dipaparkan oleh mereka.
Hakikatnyqla, dalam tempoh tumbesaran ia perkara normal untuk kanak-kanak.
Sebagaimana perkongsian ini.
Growth Minset penting untuk anak
Antara tanda anak yang ada “Growth Mindset”
Growth mindset adalah gaya pemikiran tanpa batasan yang sentiasa belajar dan cepat berkembang.
Ini tanda-tandanya :
1 – Dia suka bertanya
Setiap benda kalau boleh dia tahu. Pantang lalu depan mata, mesti dia nak tanya. Kenapa awan biru, rumput hijau. Bahkan sampai macam mana adik keluar dari perut mama tu pun dia tanya.
Anak yang ada growth mindset ni memang tinggi nafsu “belajar” dia. Jangan malas jawab soalannya ya, terbantut dia nak belajar nanti.
2 – Dia susah nak takut
Walau kita dah kata itu bahaya, tak boleh buat. Tetap dia nak buat juga. Bukan sebab dia tak tahu tu bahaya, tapi sebabnya dia tak “rasa” pengalaman tu lagi.
Anak begini dia kalau dah pasang azam nak tahu sesuatu perkara, dia akan buat juga. Larang la macam mana pun, kalau dapat peluang mesti dia buat juga.
3 – Dia suka experimen
Pantang nampak benda pelik atau baru sikit. Mesti di bedahnya nak tengok apa isi dalamnya. Yang selalu jadi mangsa ialah alat mainan dia sendiri.
Baru beli dah rosak. Bukan anak tu ganas tapi anak jenis yang suka “explore” benda-benda baru ni.
Kalau tak nak rosak kena la layan dia bedah dan experimen dengan cara yang betul supaya tak rosak.
4 – Dia tak boleh sabar
Selalunya anak yang ada growth mindset ni susah nak bersabar. Contohnya kalau dia dah tanya soalan, dia nak jawapan segera. Selagi tak dapat selagi tu dia duk tanya.
Lagi satu, kalau kita dah cakap awal dengan dia nak pergi bercuti. Setiap hari dia akan duk tanya, “bila nak pergi”
Dengan anak begini tak boleh cakap awal-awal sebab nanti otak dia tak boleh berhenti berfikir selagi dia tak pergi.
5 – Dia bijak dan kreatif
Hah habis periuk, senduk dan tudung saji jadi bahan experimentasi dia. Semua benda dia nak main.
Anak begini senang nak bermain, apa sahaja yang ada di sekeliling dia boleh jadi mainan. Imaginasi tanpa batasan betul.
Tu yang tudung saji kadang jadi spaceship di baling sana sini konon terbang la. Sabar jela, huh!
Walau banyak keletah anak-anak, syukur alhamdulillah. Anak sihat fizikal dan paling utama sangat sihat mindanya.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim
S
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club