Nasi ayam antara menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Baik dimasak di rumah mahupun beli di luar, rasanya lebih kurang sama saja.
Kalau nakkan kelainan, apa kata ibu-ibu cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Emma Zakaria ini.
Selain simple dan mudah disediakan, Nasi Ayam Thai ini juga tak perlu digoreng. Sebaliknya ia cuma perlu direbus dan dihidang lembut begitu. Sosnya juga cukup special, ada rasa Thai yang tersendiri. Lagipun, sesekali tukar selera best juga kan?
Jom kita tengok resepi Nasi Ayam Thai yang dikongsikan ini.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
8 ketul ayam peha (Mana-mana bahagian ayam pun boleh pakai. Saya pakai ayam peha sebab anak suka peha)
2 batang akar daun sup @ akar ketumbar (ikut suka)
1 inci halia (hiris)
1 inci lengkuas (optional)
1 biji bawang merah
Beras (ikut banyak mana yang nak makan)
Air (agak-agak boleh buat untuk masak nasi dan sup sekaligus)
Garam
1 Kiub ayam
Sedikit marjerin
CARA MASAK AYAM
1. Rebus akar daun sup, halia ,lengkuas dan bawang sampai mendidih.
2. Kemudian baru masukkan ayam sampai betul masak.
Ads
3. Bila ayam dah cukup masak, boleh asingkan ayamnya dalam sebuah bekas lain.
resepi nasi ayam thai
CARA MASAK NASI AYAM
1. Basuh beras ikut banyak mana nak masak.
2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi, gunakan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi. Jangan lupa tinggalkan sedikit untuk buat sup nanti. (TIP: Paras air untuk nasi ayam kena lebihkan sedikit untuk dapatkan nasi yang lembut. Contohnya kalau nasi 2 pot, air 2 1/2 pot)
3. Letakkan sedikit marjerin (1 pot beras lebih kurang sesudu marjerin). Perasakan dengan garam secukup rasa.
Ads
Boleh tambah sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis. Menambah rasa sedap dan bau nasi pun sedap.
4. Masak nasi seperti biasa pakai dapur gas atau pakai rice cooker. Mana-mana pun boleh.
OK, ayam dan nasi dah settle. Sekarang kita buat kuah sup, kicap dan sosnya pula.
CARA BUAT SOSBahan-bahan
5 batang cili besar merah
4 batang cili api (kalau anak2 taknak pedas takyah letak cili api)
2 biji tomato
5 ulas bawang putih
3 sudu sos cili (nak lagi sedap guna sos cili Thai)
Gula (ikut manis)
Garam secubit
1/2 kiub ayam
Blender semua bahan di atas kemudian masak atas api sekejap sampai masak. Tabur sedikit daun sup.
CARA BUAT SUP
Ambil lebihan sup tadi cuma tambah garam atau perasa. Kalau nak lagi sedap dan wangi, perah limau sedikit letak dan taburkan daun sup/daun bawang.
Ads
CARA BUAT KUAH KICAP
Bahan-bahan
1/2 cawan air
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
Secubit kiub ayam.
Masak sekejap atas api, siap.
ULAM-ULAMAN
Ulaman ikut suka yang mana stok ada di rumah. Biasanya guna timun, salad, dan tomato. Hiris dan hidang bersama nasi dan kuah sup, kicap dan sos.
resepi nasi ayam thai
JIMAT MASA & TETAP SEDAP!
Wah, dah siap pun nasi ayam Thai kita. Mudah kan? Sekali jalan je semuanya.
Resepi ni sangat jimat masa sebab tak perlu perap ayam tak perlu goreng ayam. Sup pun tak perlu letak rempah. Walaupun simple, rasanya tetap sedap dan rasa ayam pun lebih fresh. Tak payah guna minyak, jadi memang sihat dan sesuai sangat bagi yang nak diet tu.
Bagi yang nak cuba sedikit kelainan, bolehlah save resepi nasi ayam Thai yang mudah dan lazat ini. Rugi tak cuba tau!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
‘Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’, ‘Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’, itu adalah antara peribahasa yang begitu sinonim dengan amalam menabung. Ini sekali gus mengingatkan dan menyedarkan kita, bahawa duit ini walau disimpan sedikit-sedikit akhirnya akan banyak juga jumlahnya.
Pun begitu, tidak dinafikan ramai sahaja yang memberi alasan tidak dapat menyimpan wang gaji dek kerana merasakan gaji yang diterima terlalu kecil.
“Bang saya tetap susah nak menyimpan bang”
“Ok, apa masalahnya?”
“Gaji saya kecil bang, tak sempat menyimpan duit dah habis”
“Ok, lagi?”
“Itu sahaja bang, dah kerja 7 tahun simpanan saya tak sampai pun sebulan gaji saya”.
“Ok, begini. Kesalahan paling besar kita bab menyimpan ini ialah kita beranggapan GAJI BESAR BARU BOLEH MENYIMPAN”
“Betul bang”
“Paling penting bukan GAJI BESAR, tetapi kita kena ada pemikiran yang besar tentang wang.
Betulkan Cara Fikir
Inilah yang cuba dijelaskan oleh Dr Azizul Azli Ahmad di dalam perkongsiannya di facebook. Bersamalah kita pegang kata-katanya dalam usaha untuk membuat tabungan untuk masa depan. Apa yangpPaling penting bukan gaji besar, tetapi kita kena ada pemikiran yang besar tentang wang.
Betulkan cara kita berfikir dan faham tentang wang dulu. Nilai kembali betulkan apa yang kita beli selama ini sesuai dengan gaji kita?
1. Gaji tak cukup atau kereta kita telan semua gaji kita?
2. Gaji tak cukup atau rumah mahal tak padan gaji?
3. Gaji tak cukup atau kita utamakan gaya hidup atau keperluan hidup?
“Nilai kembali hidup kita, yang namanya GAJI tak akan pernah cukup jika kita guna untuk GAYA HIDUP dan BUKANNYA KEPERLUAN HIDUP.”
Maka bagaimana kita ingin menyimpan?
Kawan kawan yang mulia,
Mulakan menabung sekecil nilai yang ada, jangan ikut orang dan bina versi menabung kita sendiri. Paling utama adalah KONSISTEN menabung sepanjang masa.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Selepas hampir dua minggu pemergian suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari atau BCL kembali ke pentas buat pertama kalinya.
Biarpun masih berduka, namun dia tetap bangkit dan mengenepikan segala rasa pedih kehilangan insan tersayang demi meneruskan kehidupannya sebagai seorang anak seni.
Penampilan pertama BCL di di Friday Fusion di SQ Quarter Dome, Cilandak, Jakarta Selatan. Di susuli pula dengan kemunculan di Konsert Valentine Romantic yang diadakan Sabtu lalu sekali lagi menyentuh hati ramai orang. Biarpun nampak tersenyum manis ketika menyampaikan beberapa buah lagu, namun ada masanya dia tidak dapat menahan emosi dan menitiskan air mata kerana masih lagi terkesan dengan pemergian mengejut suami tersayang.
Menurut BCL, walaupun lagu ini sudah berulang kali dinyanyikan, dia berharap agar semua orang dapat harga waktu dengan orang yang kita cintai kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari esok.
“Dalam waktu secepat ini, saya harus kehilangan cinta sejati saya. Tapi saya harap setiap kali saya menyanyikan lagu ini atau ada orang yang mendengarkan lagu ini.
“Saya harap kita semakin menghargai namanya ‘waktu’ dengan tersayang, dengan keluarga untuk dinikmati untuk saling mencintai.” Ungkap BCL dengan nada sebak sebelum mengalunkan lagu Cinta Sejati penuh emosi.
Anai-anai bagaikan musuh nombor satu pada kediaman kerana ia boleh merosakkan barangan lain seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.
Kos untuk menghapuskan serangga perosak ini pula mampu mencecah ribuan ringgit.
Jadi sebelum masalah anai-anai ini melanda, kami kongsikan cara mengesan kehadiran serangga ini serta petua membasmi tanpa menggunakan racun yang bukan saja selamat sekaligus menjimatkan kos.
Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai
Laluan Anai-anai
Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot.
Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.
Kesan Perubahan Tekstur Warna
Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai parquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warnakayu berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.
Kehadiran Kelkatu
Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.
Rekahan atau Lubang
Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda.
Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.
Petua Menghalau Anai-anai
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja.
Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.
2. Air Kapur sirih
Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.
Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.
4. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.
Selamat Mencuba!
Sumber: Pelikdunia.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.