Tak Perlu Panik Satu Keluarga Bila Tercekik Tulang. Segera Telan Nasi Kepal Atau Guna 8 Cara lain!

Share

Walaupun tercekik tulang sering dianggap tidak begitu serius namun jika dibiarkan akan menyebabkan kita rasa tidak selesa. Jika anda telah cuba dengan minum air yang banyak namun tidak juga berhasil, bolehlah mencuba 8 petua ini untuk mengatasi masalah tersebut.

Pun begitu, jika tidak berhasil, disarankan segera berjumpa doktor untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk terjadi. Selamat mencuba.

1.NASI
Ini petua tercekik tulang yang paling biasa kita dengar daripada mak-mak. Kepalkan nasi hingga membentuk bola yang besar. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat dibawa bersama ke dalam perut.

2. BUAH PISANG
Masukkan sedikit buah pisang ke dalam mulut. Kulum dan biarkan sehingga cairan terhasil dalam mulut kemudian telan perlahan-lahan.Minum juga sedikit air untuk memudahkan tulang yang tersekat keluar bersama buah pisang yang ditelan tadi.

3. MINYAK ZAITUN
Minum satu sudu minyak zaitun untuk melincirkan tisu-tisu sekeliling kerongkong. Dengan ini tulang yang tersekat akan mudah keluar.

4. ROTI DAN MENTEGA KACANG
Sapu mentega kacang pada roti dan kemudian makan. Sebaiknya biarkan dalam mulut beberapa minit sehingga air liur berkumpul disekelilingnya barulah ditelan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat akan tertanggal bersama roti.

5. CUKA MAKAN
Salah satu petua tercekik tulang adalah dengan menggunakan cuka. Minum satu sudu cuka makan untuk mengeluarkan tulang yang tersekat.

6. GARAM
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sekerap mungkin sehingga tulang tidak lagi melekat pada tekak.

7. KACANG
Makan segenggam kacang. Tak kisahlah apa-apa jenis kacang. Sebab anda akan makan dalam kuantiti yang kecil saja. Teksturnya yang keras membantu menanggalkan tulang yang tersekat.

8. MADU

Ambil madu dan celupkan jari kemudian selawat tiga kali. Kemudian hisap jari tersebut dan  buat seperti menelan madu tersebut. Lakukan beberapa kali dan dikatakan cara ini dapat membantu hilangkan rasa tercekik tulang.

9. AIR

Ambil air, masuk dalam senduk, selawat 3 kali dan minum dalam 1 nafas.