Kemahiran ini mungkin berguna pada yang belum tahu,ibu tunggal,pasangan berjauhan atau sesiapa sahaja yang belum ada pengalaman.
Kalau saluran paip tersumbat,ini langkah awal boleh dibuat sebelum anda panggil tukang sebenar.
Jom baca perkongsian dari saudara Ben Safwan menerusi page Tukang Apa Hari Ini.
JANGAN SESEKALI JOLOK DENGAN BATANG PENYAPU/BENDA KERAS/TAJAM PADA SALURAN AIR. Nanti pecah,banyak kerja dan kos tinggi.
Pergi hardware/Mr DIY cakap nak dawai spring bagi salur air tersumbat. Ada 3 meter dan 5 meter. Pilih. Saya pilih yang 5 meter tapi potong spring depan yang lembut sebab susah nk masuk ke saluran. Tinggalkan sikit je yang lembut lebih kurang sejengkal.
Jolok hingga masuk ke saluran. Guna lah 3-4 cara agar dia masuk.
Dah masuk,putar wayar. Dia sekali datang dengan pemutar manual. Saya pakai drill. Baru puas hati wayar berbelit menangkap punca tersumbat.
Saya kepitkan hujung dia dengan chuck drill dan ketatkan.
Tapi ianya sesuai untuk saluran yang jenis lurus ya untuk digunakan bersama drill. Kalau tak yakin/tak nampak saluran air camna,putar je manual pakai tangan.
Putar je sampai air mula mengalir. Putar sampai puas hati dan secukup rasa.
Dah tengok laju,cuba curahkan air sebaldi besar tengok kelajuan turun.
Dah ok,tarik wayar naik.
Siap.
Satu tips berguna jaga saluran sinki dapur : SEMINGGU SEKALI JIRUS AIR PANAS KE SINKI DAPUR UNTUK BAGI LEMAK MAKANAN MENGALIR.
Ibu bapa mana tidak gembira dan bahagia tatkala melihat anak-anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah punya keluarga sendiri. Segala pengorbanan membesarkan mereka dari kecil sehingga dewasa berbalas bila mana raut kebahagiaan melatari wajah si anak.
Apatah lagi jika membabitkan anak perempuan. Umum mengetahui, menjaga anak perempuan bukanlah semudah yang disangkakan. Kita juga sering mendengar orang tua-tua dulu berpesan, nak jaga dan didik anak perempuan ini bukan mudah berbanding dengan anak lelaki. Perlu beri perhatian lebih! Namun bila melihat mereka berjaya dan bahagia itu sudah cukup buat seorang ibu.
Mungkin itu juga yang dirasai oleh Puan Faizatul Akmar Hisan, ibu kesayangan pelakon dan hos terkenal Mira Filzah. Melihat ketiga-tiga anak perempuannya kini sudah pun bahagia dan mempunyai suami yang boleh membimbing mereka, wanita ini sudah bahagia.Luahan rasa ibu ini menerusi laman instagramnya cukup menyentuh hati.
Alhamdulillah syukur kepada Allah, segala puji bg Allah, tuhan yang mentadbir sekelian alam. Yg maha pemurah lagi maha pengasih. Dgn izin dan rahmatNYA telah melengkapkan keluarga kami. Dari 3 anak perempuan ENGKAU telah mengurniakan kami 3 anak lelaki serta diserikan dgn kehadiran seorang cucu.
Terima kasih Ya Allah , kurniaanMU amat besar kpd hambamu yg kerdil ini. Moga ENGKAU terus melindungi kami, membimbing kami dan menunjukkan jalan yg lurus kepada kami.
Kpd anak2 mak @ainfarhanah16_ @mfmirafilzah @ainafadhilah serta anak2 lelaki mak @izzathamdan12 @wanemirastar @mhmdafxf … mak abah syg kalian… jaga agama, jaga diri dan jaga keluarga
Mak doakan semua anak2 mak bahagia dunia dan akhirat. Pesanan mak * bahagia bukan memiliki segalanya, tp kebahagiaan sebenar apabila KITA MENCINTAI APA YG KITA MILIKI DAN layari bahtera rumahtangga dengan sederhana kerana RUMAHTANGGA YG SEMPURNA ADALAH RUMAHTANGGA YANG TIDAK MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN
Buat anda yang mementingkan keindahan dekorasi rumah pastinya bukan sahaja ruangan dalaman menjadi tumpuan utama malah dari pintu pagar juga akan diberi perhatian khusus untuk mencipta gaya ruangan agar nampak menarik dan bergaya.
Apa yang pasti dalam memilih rekaan pagar di keliling rumah dengan rekaan yang indah akan mencipta gaya yang tersendiri dan ianya nampak begitu ketara.
Umumnya bila dilihat dari sudut kos untuk membina pagar yang menepati citarasa, harganya bukanlah murah. Pun begitu, itu semua telah memberi idea kepada Muhammad Faizal untuk lakukan diy bagi mencipta gaya pagar rumahnya dengan bermodalkan ratusan ringgit sahaja, namun apabila siap nampak seperti pagar berharga ribuan ringgit.
Nak tahu apa bahan yang digunakan. Jom ikuti perkongsian daripadanya. Semoga ianya dapat memberi inspirasi untuk anda upgrade pagar lama menjadi lebih menarik dengan modal yang sedikit. Selamat mencuba!
Ini perkongsiannya:
Alhamdulillah setelah 3 hari siap jugak pagar DIY. Asalnya nak tukar tapi bila pikir balik cost dalam 3-4k jugak. Dengan bantuan skill tukang masa belajar kemahiran hidup di sekolah maka terhasil la nya. Cost rm350 ada balance. Misi utama untuk tertutup supaya lebih privacy. Terus nampak pagar berharga rm 3k.
Suatu ketika dahulu, beliau sangat digilai oleh anak gadis. kemunculannya baik dalam bidang peragaan mahupun lakonan dinantikan.
Namun, kelibatnya hilang di halaman bidang seni tanpa dikesan. Edika Yusof dalam satu sesi temu ramah sebelum ini pernah berkongsi kisah hidup dan perasaannya menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, kira-kira 14 tahun lalu.
Rata-rata mengkagumi beliau kerana sanggup berkorban menjaga isterinya yang sakit itu. Bahkan, dia juga enggan berkahwin lain, dan sanggup mengharungi susah payah bersama isterinya.
“Dua tahun lepas kahwin, isteri jatuh sakit dan lumpuh. Tak boleh cakap dan dengar. Banyak peristiwa memori yang dia lupa.
“Saya waktu itu tak stabil, keliru dan rasa kenapa ini berlaku pada saya. Membuatkan saya nak berkongsi dengan seseorang, jadi jalan yang saya cari adalah dengan berkongsi dengan Tuhan. Daripada situ saya dapat hidayah dan kekuatan untuk menempuh segala yang berlaku.
“Waktu itu saya memang sudah putus asa tetapi isteri saya bersungguh-sungguh dan tak give up. Daripada situ saya mendapat kekuatan. Malah saya tak anggap dia OKU atau yang lumpuh malah saya anggap dia seperti manusia biasa yang sempurna.
“Kerana itu, isteri kadang-kadang tidak sedar yang dirinya lumpuh kerana saya layan sama rata seperti beri kasih sayang, bercakap, bergaduh dan sebagainya. Jadi, saya create benda ni supaya dia dapat tahu yang dia ni normal.
Ada yang tanya kenapa tak kahwin lagi satu. Tapi katanya kata kahwin lain bukan selesaikan masalah.
“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpuh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.
“Isteri juga pernah beritahu , kalau nak kahwin lagi saya dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hati nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan.
“Jadi kalau saya nak ‘pulangkan ‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.
“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.
Pesanan Edika Yusuf kepada para suami di luar sana, dia menyarankan supaya sama-sama susah dan senang.
“Anggaplah kita ni bila dah berkahwin kita dengan pasangan 50-50, sama susah sama senang. Kita tanggung semuanya bersama. Janganlah bagi beba kepada isteri sahaja sebab kita ni ketua keluarga.
“Jangan anggap isteri sebagai maid, tetapi anggaplah mereka sebagai soulmate kita. Dan nak buat apa pun buatlah bersama-sama, ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
"Yang saya tak pernah berfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri sebab satu yang saya ada ini pun dah alhamdullilah cukup sempurna dan saya suka apa yang saya buat " Itulah kata Edika Yusof yang telah menjaga isterinya yang lumpuh selama 12 tahun sehingga sekarang. #SinarKongsi
Pastinya apabila kita berada dalam satu perkahwinan, kita ingin melayarinya dengan penuh ketenangan dan kasih sayang.Namun, kadang kala, badai tetap melanda sebuah rumah tangga...