Tak perlu Paksa Anak Belajar Terlalu Awal Untuk Cepat Pandai, Bimbang Hilang Minat. Didik Cara Betul Ikut Usia!

Share

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tidak hairanlah pelbagai perancangan bermain di kepala ibu bapa, itu belum bab beli buku atau carian di internet berkenaan hal mendidik anak sebaik mungkin.

Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Tidak disangkal benar pepatah tersebut, namun ibu bapa juga kena tahap pemikiran anak-anak. Tidak boleh semberono memaksa mereka menerima segala hal itu ini sedangkan belum sampai tahap umur mereka. Bimbang nanti ia membawa kesan tidak baik.

Perkongsian Puan Kartini Sulaiman wajar dijadikan panduan bersama supaya tidak terlalu memaksa anak-anak untuk belajar.

Lihat sejauh mana tahap mereka dan jangan sekat jika mereka suka bermain  terutama bagi yang masih kecil. Minat untuk belajar itu boleh dipupuk perlahan-lahan ikut usia dan kemampuan mereka.

Nak anak cepat pandai

Sebelum ada anak dulu, macam-macam saya plan untuk Amaani. Lahir je anak, terus beli flash card. Pantang nampak mainan yang bagus untuk anak cepat membaca, mengira, hafal doa, belajar mengaji, semua beli.

Konon nak anak cepat pandai semua tu. Supaya nanti darjah 1 senang. Tak stress cikgu nak mengajar. Anak pun tak rasa terbelakang.

Lepas tu kalau boleh nak anak start mengaji awal, khatam Quran awal. Kalau boleh hafal surah pendek-pendek sebelum sekolah. Pandai baca doa harian. Beradab.

Begitulah. Nak anak pandai tu semua, tapi masalahnya mak nya tak berapa nak rajin nak sentiasa monitor anak nak buat semua tu. Beli-beli tapi nak pakai tak reti.

Jadi mula lah meneroka sekolah-sekolah yang boleh memenuhi keperluan tu semua. Banyak betul saya spend masa untuk cari sekolah yang terbaik nak hantar Amaani.

Gambar sekadar hiasan

Perkembangan otak anak tak bersedia

Lepas banyak membaca, baru saya tahu antara sebab mental issues yang banyak berlaku sekarang adalah disebabkan perkembangan otak yang paling kritikal masa 6 tahun pertama tidak dipenuhi.

Kita sibuk dengan perkembangan IQ anak. Tapi rupanya perkembangan EQ memainkan peranan yang sangat besar untuk IQ dan seluruh kehidupan anak-anak kita.

Komponen-komponen asas yang berkembang pada 6 tahun yang pertama menghasilkan 90% dari otak kita. Dan ia akan terus berkembang sehingga anak lelaki berumur 25 tahun dan anak perempuan berumur 25 tahun. IQ cuma meliputi 10% sahaja.

Kita risau nanti anak darjah 1 tak pandai membaca, tak boleh cope dalam kelas kalau tak start dari awal. Rupanya start awal dalam keadaan perkembangan otak anak tak bersedia lagi cuma merugikan kita dan anak-anak.

Jadi tak hairan pun anak-anak ada yang boring pergi sekolah sebab dia dah start awal apa yang tak sepatutnya terlalu awal. Dia dah hilang minat, tak eager lagi nak belajar dan meneroka.

Gambar sekadar hiasan

Anak start awal terdedah stress dan depression

Mula-mula memang nampak macam menyerlah, tapi bila dah umur 10-11 tahun, sama saja perkembangannya dengan anak-anak yang start lambat membaca/mengira, mengaji.

Dan yang paling merisaukan anak-anak yang start terlalu awal ni lebih terdedah kepada stress dan depression kerana perkembangan EQ nya masa 6 tahun belum sempurna.

Mungkin bukan pada zaman persekolahan. Tapi benda ni akan terserlah juga bila umur meningkat ke 20-an. Dan melarat hingga terbawa ke alam perkahwinan. Sebab tu mental issues sekarang makin meningkat dan sangat menakutkan di Malaysia.

Statistik menunjukkan seawal 5 tahun pun dah boleh kena depression. Banyak kes cuma kita yang kurang ambil tahu.

Berbeza dengan anak-anak yang fokus 6 tahun pertama tu kepada perkembangan EQ nya. Bila dah sempurna ikut usianya, bagi lah apa saja task, dia akan dapat cope, lebih relaks, berani, confident, tinggi empati dia, kreatif dan pandai selesaikan masalah.

Gambar sekadar hiasan

Tak perlu paksa anak

Makin banyak saya baca baru saya tahu yang sangat-sangat penting masa 6 tahun pertama ni fokuskan anak kepada BERMAIN.

Tak perlu pun kita terlalu tekankan anak-anak untuk pandai ABC, 123, alif ba ta. Apatah lagi untuk belajar sains dan menghafal Al-Quran. Kita tu saya lah. 😅Tak kata orang lain.

Cukup BERMAIN, semua benda ni akan datang seiring dengan natural. Tak perlu dipaksa, nanti anak-anak sendiri yang akan tunjukkan minat. Dan di situlah peranan kita sebagai ibu bapa untuk bagi galakkan dan sokongan kepada anak-anak.

Gambar sekadar hiasan

Habis semua sekolah yang berkonsep playschool saya baca review, pandangan mak ayah. Of course masa tu saya fikir pasal cost jugak. Dan dari situ saya tahu BERMAIN bukan sekadar BERMAIN. Bermain pun ada seninya.

Dan macam mana cara cikgu nak handle dan monitor perkembangan anak tu yang membawa saya kepada Kinderkaizen dan Dr Putri Afzan Maria pada 2017.

Begitulah. ♥️

P/S : Terima kasih Miss Ain & Play Leaders yang jaga Amaani 2 tahun ni. Amaani seronok pegi school, seronok jugak balik rumah. Soon, Aqil Salim pulak. Insya Allah.

Kartini Sulaiman
#makanaktiga
#masihbelajarjadimakdanisteri See less

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club


Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520