Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tidak hairanlah pelbagai perancangan bermain di kepala ibu bapa, itu belum bab beli buku atau carian di internet berkenaan hal mendidik anak sebaik mungkin.
Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Tidak disangkal benar pepatah tersebut, namun ibu bapa juga kena tahap pemikiran anak-anak. Tidak boleh semberono memaksa mereka menerima segala hal itu ini sedangkan belum sampai tahap umur mereka. Bimbang nanti ia membawa kesan tidak baik.
Perkongsian Puan Kartini Sulaiman wajar dijadikan panduan bersama supaya tidak terlalu memaksa anak-anak untuk belajar.
Lihat sejauh mana tahap mereka dan jangan sekat jika mereka suka bermain terutama bagi yang masih kecil. Minat untuk belajar itu boleh dipupuk perlahan-lahan ikut usia dan kemampuan mereka.
Nak anak cepat pandai
Sebelum ada anak dulu, macam-macam saya plan untuk Amaani. Lahir je anak, terus beli flash card. Pantang nampak mainan yang bagus untuk anak cepat membaca, mengira, hafal doa, belajar mengaji, semua beli.
Konon nak anak cepat pandai semua tu. Supaya nanti darjah 1 senang. Tak stress cikgu nak mengajar. Anak pun tak rasa terbelakang.
Lepas tu kalau boleh nak anak start mengaji awal, khatam Quran awal. Kalau boleh hafal surah pendek-pendek sebelum sekolah. Pandai baca doa harian. Beradab.
Begitulah. Nak anak pandai tu semua, tapi masalahnya mak nya tak berapa nak rajin nak sentiasa monitor anak nak buat semua tu. Beli-beli tapi nak pakai tak reti.
Jadi mula lah meneroka sekolah-sekolah yang boleh memenuhi keperluan tu semua. Banyak betul saya spend masa untuk cari sekolah yang terbaik nak hantar Amaani.
Gambar sekadar hiasan
Perkembangan otak anak tak bersedia
Ads
Lepas banyak membaca, baru saya tahu antara sebab mental issues yang banyak berlaku sekarang adalah disebabkan perkembangan otak yang paling kritikal masa 6 tahun pertama tidak dipenuhi.
Kita sibuk dengan perkembangan IQ anak. Tapi rupanya perkembangan EQ memainkan peranan yang sangat besar untuk IQ dan seluruh kehidupan anak-anak kita.
Komponen-komponen asas yang berkembang pada 6 tahun yang pertama menghasilkan 90% dari otak kita. Dan ia akan terus berkembang sehingga anak lelaki berumur 25 tahun dan anak perempuan berumur 25 tahun. IQ cuma meliputi 10% sahaja.
Kita risau nanti anak darjah 1 tak pandai membaca, tak boleh cope dalam kelas kalau tak start dari awal. Rupanya start awal dalam keadaan perkembangan otak anak tak bersedia lagi cuma merugikan kita dan anak-anak.
Jadi tak hairan pun anak-anak ada yang boring pergi sekolah sebab dia dah start awal apa yang tak sepatutnya terlalu awal. Dia dah hilang minat, tak eager lagi nak belajar dan meneroka.
Gambar sekadar hiasan
Anak start awal terdedah stress dan depression
Mula-mula memang nampak macam menyerlah, tapi bila dah umur 10-11 tahun, sama saja perkembangannya dengan anak-anak yang start lambat membaca/mengira, mengaji.
Dan yang paling merisaukan anak-anak yang start terlalu awal ni lebih terdedah kepada stress dan depression kerana perkembangan EQ nya masa 6 tahun belum sempurna.
Ads
Mungkin bukan pada zaman persekolahan. Tapi benda ni akan terserlah juga bila umur meningkat ke 20-an. Dan melarat hingga terbawa ke alam perkahwinan. Sebab tu mental issues sekarang makin meningkat dan sangat menakutkan di Malaysia.
Statistik menunjukkan seawal 5 tahun pun dah boleh kena depression. Banyak kes cuma kita yang kurang ambil tahu.
Berbeza dengan anak-anak yang fokus 6 tahun pertama tu kepada perkembangan EQ nya. Bila dah sempurna ikut usianya, bagi lah apa saja task, dia akan dapat cope, lebih relaks, berani, confident, tinggi empati dia, kreatif dan pandai selesaikan masalah.
Gambar sekadar hiasan
Tak perlu paksa anak
Makin banyak saya baca baru saya tahu yang sangat-sangat penting masa 6 tahun pertama ni fokuskan anak kepada BERMAIN.
Tak perlu pun kita terlalu tekankan anak-anak untuk pandai ABC, 123, alif ba ta. Apatah lagi untuk belajar sains dan menghafal Al-Quran. Kita tu saya lah. 😅Tak kata orang lain.
Cukup BERMAIN, semua benda ni akan datang seiring dengan natural. Tak perlu dipaksa, nanti anak-anak sendiri yang akan tunjukkan minat. Dan di situlah peranan kita sebagai ibu bapa untuk bagi galakkan dan sokongan kepada anak-anak.
Ads
Gambar sekadar hiasan
Habis semua sekolah yang berkonsep playschool saya baca review, pandangan mak ayah. Of course masa tu saya fikir pasal cost jugak. Dan dari situ saya tahu BERMAIN bukan sekadar BERMAIN. Bermain pun ada seninya.
Dan macam mana cara cikgu nak handle dan monitor perkembangan anak tu yang membawa saya kepada Kinderkaizen dan Dr Putri Afzan Maria pada 2017.
Begitulah. ♥️
P/S : Terima kasih Miss Ain & Play Leaders yang jaga Amaani 2 tahun ni. Amaani seronok pegi school, seronok jugak balik rumah. Soon, Aqil Salim pulak. Insya Allah.
Kartini Sulaiman #makanaktiga #masihbelajarjadimakdanisteri See less
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, ajal maut jodoh dan pertemuan semua di tangan Allah. Siapalah kita untuk menghalangnya. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari rasa sedih memikirkan apa terjadi.
Allah berfirman yang bermaksud: “Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.” (Surah an-Nisa’: 78).
Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa seseorang manusia itu tidak boleh memisahkan dirinya dari ajal kematian. Paling menyedihkan apabila kita perlu menghadapi pemergian dan kehilangan orang yang kita kasihi buat selama-lamanya.
Bagi yang pernah melaluinya pastinya merasa perit dan rindu. Namun hati kena kuat dan sabar akan takdir Allah. Benar ia bukan perkara mudah. Sesungguhnya ia perlukan kekuatan yang dalaman.
Apa yang pasti bukan mudah melalui kehidupan baru tanpa tersayang, namun hidup harus diteruskan demi anak-anak.
Seperti perkongsian ini buat warganet sebak. Suami ini berkongsi gambar keluarga bersama isteri dan setahun selepas tu tanpa isterinya. Paling menyentuh hati lokasi gambar di tempat yang sama.
”
Nak tahu rindu yang paling perit tak?” Tadi dok bersiap kami anak beranak nak bertolak balik Shah Alam. Masa dok loading barang dalam kereta, tengok lah laluan keluar ni di rumah Toktam Juru.
Spontan teringat yang raya tahun lepas kami sekeluarga pernah ambik gambar di sini. Dah alang-alang semua anak-anak ada. Kami acah-acah retake. Mama je takde. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.
Ini lah kehidupan kami anak-beranak sekarang. Up till now still survive walaupun tanpa Mama. Besar harapan dapat membesarkan anak-anak ni dengan baik walaupun hilangnya seorang ibu. Saya lah abah.
Saya lah Mama. Bil dah jadi macam ni, macam tersedar yang saya jadi lebih over protective dengan anak-anak . Nak tahu rindu yang paling perit tak? Rindu pada yang telah pergi buat selamanya.
Sumber: FB Nazri Ahmad
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Secara zahirnya apabila seorang isteri melahirkan anak, itu bermakna dia sanggup berkorban nyawa untuk suaminya demi melahirkan anak penyambung zuriat. Bayangkanlah betapa sukar dan kepayahan yang dilalui dan apa yang nyata, begitu besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri ini.
Menyedari hal ini, terpanggil seorang lelaki yang juga merupakan suami untuk menyeru lelaki-lelaki lain agar menghargai pengorbanan wanita yang bergelar isteri. Ayuh kita baca isi hatinya agar dapat menjentik hati lebih ramai suami agar tahu hargai isteri mereka.
HARGAI ISTERI
Saya selalu pesan kepada adik dan kawan-kawan lelaki. Hargai isteri walau apa pun terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan ada pada perempuan lain. Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat bahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang. Isteri yang ada sekarang ‘pernah mati’ untuk kita.
Mereka tiada sesiapa lagi setelah sah bergelar isteri kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Menangis gembira dalam masa yang sama, mereka risau dan harap agar kita jaga anak mereka dengan baik.
Saya kesian setiap hari terima mesej masalah rumahtangga, kita dengar suami pukul isteri,mula berkasar terhadap isteri,curangi isteri. Mula tidak sayang isteri, mula ada perempuan lain. Kenapa ada lagi lelaki sanggup ceraikan isteri dan tinggalkan mereka sebatang kara bersama anak-anak semata-mata kerana perempuan lain.
Kita sepatutnya sebagai suami lindungi mereka, bimbing mereka, jaga amanah yang diberikan oleh mak ayah mereka. Sebelum kahwin, semua syarat kita boleh terima. Kenapa setelah kahwin kita lupa segala syarat yang diberikan?
Sebelum kita pukul isteri, tampar isteri. Cuba minta kawan tampar ibu kita. Apa kita rasa? Kalau tak koma, mungkin mati kawan kita itu.
Semua Kerana Allah
Sebab itulah saya pesan kepada remaja sekarang, suka perempuan niat kerana Allah. Jika kita letak hukum Allah dalam cinta kita kepada perempuan, kita akan hargai mereka sampai mati.
Jika kita mahu isteri baik,solehah kita perlu usaha untuk jadi soleh,jadi lelaki yang taat Allah dan Rasul. Perkahwinan bukan hanya diletakkan rasa seronok pada hati sahaja, sebalik ia merangkumi tanggungjawab yang besar.
CINTAperlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari, putus tangan, kaki, kepala untuk dapat CINTA Allah. Khadijah r.ha asalnya orang yang sangat kaya, sanggup KORBAN kekayaan demi Allah dan Rasul. Begitulah juga jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga untuk ikut kehendak Allah. Dalam hubungan ketepikan KEHENDAKkita, berusaha tunaikan KEHENDAK pasangan.
Suami isteri setiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu kepada pasangan. Luangkan masa untuk dengar setiap keluhan, masalah pasangan. Jadi pendengar yang setia setiap perkongsian.
Tuan puan. Banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kepada Allah, tiada sesiapa pun dapat selesaikan masalah kita kecuali Allah. Tiada siapa pun dapat tenangkan hati kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun dapat bahagiakan kita kecuali Allah.
Pelakon dan pengacara, Neelofa berkongsi hasratnya untuk mengikut suaminya, Haris Ismail yang ingin melanjutkan pelajaran ke tanah Arab.
Perkara tersebut dikongsikan bersama dengan pengacaranya, Amyra Rosli menerusi program Nona yang disiarkan di TV3 baru-baru ini.
Dia yang yang muncul sebagai pengacara undangan sempena ulang tahun ke-38 TV3 turut memberitahu ingin mendedahkan anaknya, Muhammad Bilal kepada persekitaran baharu.
“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke Tanah Arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar di sana.
“Dalam masa sama kami mahu dedahkan anak kepada persekitaran di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya.
Neelofa turut berhasrat untuk mendalami Al-Quran supaya memberi kebaikkan untuk dirinya di masa hadapan.
“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya. “
“Kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” jelasnya lagi.
Ditanya perihal anak sulung iaitu Muhammad Bilal yang masih tidak didedahkan wajah comelnya, Neelofa memberikan sedikit gambaran bahawa Bilal kini lebih mirip dengan wajahnya.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.