Sejak kisahnya disiarkan melalui media masa dan media sosial, warganet tidak putus-putus mengambil tahu akan perkembangan terbarunya.
Daripada perjalanan bidadari kecil kesayangan Malaysia ini mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan di mulutnya, sehinggalah dia beransur pulih.
Terbaru, khabar gembira dikongsi oleh ibu Ainul iaitu Nurul Erwani Zaidi menerusi Instagramnya apabila anak sulungnya yang kini berusia dua tahun itu tidak perlu lagi memakai alat bantuan pernafasan.
Semakin hari semakin banyak perubahan dari Ainul. Alhamdulillah. Yang paling syukur sekali, Ainul dah tak perlu pakai oksigen lagi. Yeayy! Ainul dah bebas nak bergerak tanpa halangan.
Ainul yang kini dalam fasa untuk mempelajari makan dan minum mengikut mulut. Malah, ibunya turut berkongsi detik bahagia apabila anaknya sudah pandai meminta makanan.
Meskipun perubahan ini agak lambat berbanding kanak-kanak lain, namun Nurul Erwani percaya bahawa Ainul pasti boleh melakukannya.
Sekarang tengah fasa ajar Ainul makan dan minum ikut mulut pulak. Ainul pun dah pandai mintak-mintak makanan 😁 Sikit lagi Ainul, Ainul pasti boleh💪.
Perkembangan terbaru Ainul tersebut mendapat respond dari warganet. rata-rata gembira dan terharu dengan perkembangan si kecil ini.