Apabila kes Influenza meningkat dan media massa banyak membicarakan isu ini, terdapat pelbagai khidmat nasihat yang berlebih-lebihan pula disebarkan. Nampak terlalu panik dan obses pulak masyarakat dalam mencegah dan merawat kes selesema dan demam.
Elakkan daripada berada di tempat terbuka serta yang mempunyai ramai orang. Minum banyak air kosong, pakai mask apabila keluar rumah, kerap cuci tangan dan sebagainya lagi antara langkah mengelakkan tularnya virus Influenza.
Ikuti perkongsian doktor Suhazeli Abdullah empat langkah ini dalam mencegah penyakit Influenza. Moga bermanfaat.
JANGAN TERLALU OBSES
EMPAT langkah ini sudah memadai dalam mencegah penyakit Influenza.
1. Jaga Etika batuk. Di mana anda perlu menutup mulut ketika batuk/bersin samada menggunakan tisu atau sapu tangan. Jika tak sempat capai tisu atau sapu tangan, tekup dengan tapak tangan pun ok. Jangan hembur wap batuk atau bersin itu kepada orang sebelah. Adat sopan perlu dijaga.
Virus influenza tidak kekal lama di persekitaran. Kajian menyatakan antara 5 minit hingga 2 jam sahaja. Kemudian jika virus tidak memasuki manusia sebagai perumah tetap mereka, akan mati di persekitaran. Virus influenza juga boleh melekat di peralatan rumah atau pejabat yang mempunyai sentuhan terus dari pesakit yang positif influenza. Tidak perlulah terlalu obses dengan spray / sembur semua peralatan rumah. Hinggakan kipas dan TV pun kena spray. Keterlaluan tu. Kita bukannya bercium berpeluk dengan TV pun. Memadai persekitaran kita senantiasa bersih.
.
Janganlah beri nasihat yang melampau kepada masyarakat sehingga isu influenza ini menjadikan negara seperti darurat. Tidak perlulah semua orang wajib berkurung dalam rumah, membeli barang harian pun secara online sahaja. Nasihat keterlaluan itu menimbulkan sasau-minda orang ramai. Jika anda atau anak-anak mempunyai tanda-tanda influenza, berjumpa segera dengan doktor bukannya berkurung dalam rumah. Cuma jika mempunyai gejala, hadkan pergerakan anda supaya tidak berada di kawasan tumpuan orang ramai. Kuarantin dilakukan atas nasihat doktor bukannya jurujual produk.
Begitu juga dengan petua tabur bawang merah sekeliling rumah. Tidak perlu membazir. Bawang merah bukan anti virus. Kesian pula rumah anda jadi bersepah dengan bawang di segenap penjuru. Cukuplah bawang merah atau putih itu menjadi resepi masakan sahaja.
Kekalkan gaya hidup sihat, selalu bersenam, pemakanan seimbang, cukup minum air seharian dan banyakkan berdoa agar dihindari penyakit. Sekian pesanan dari suhazeli.com
fb.com/Suhazeli.abdullah
14.1.2020
Putrajaya .