Kita ni banyak tabiat yang kita selalu buat, tapi sebenarnya tak perlu pun! Lebih-lebih lagi beberapa bahagian anggota badan yang kita kira perlu cuci tapi sebenarnya boleh self-cleaning. Jom ikuti perkongsian Dr Erna Nadia.
Ada beberapa anggota badan yang kita rasa kita perlu korek/keluarkan tapi sebenarnya Allah dah jadikan ianya self-cleaning aka dia boleh cuci atau keluarkan kotoran sendiri, iaitu:
1. Telinga
Tahi telinga akan keluar dengan sendiri. Kita tak perlu korek pun. Masa mandi atau ambil wuduk boleh bersihkan sikit sikit di hujung hujung telinga guna tisu atau tuala bersih. Please elakkan guna cotton bud dan of course jangan guna besi untuk bersihkan telinga, ianya boleh menyebabkan gegendang telinga anda pecah/rosak.
Gegendang telinga kita cuma senipis bawang(lebih nipis lagi sebenarnya). Jika ada tahi telinga tersumbat, jumpa doktor, nanti dapat ubat titik untuk cairkan tahi tersumbat tu. Pendengaran yang rosak dah tak boleh kembali normal semula.
Dan jangan dengar muzik kuat kuat guna earphones/headphones, nanti organ dalam telinga akan rosak juga. Jangan pukul2 bahagian telinga atau belakang telinga juga. Sayangi telinga anda.
2. Faraj
Saya taktau kenapa tapi ada juga wanita yang suka nak korek korek kemaluan mereka. This is so wrong. Elakkan. Faraj kita boleh self cleansing. Cukup sekadar selepas buang air kecil atau bersama suami atau cuci haid, basuh dengan air dan lap sahaja. Tak perlu korek korek ya.
3. Hidung
Tahi hidung juga seeloknya tak dikorek korek. Jika rasa hidung penuh tahi, cuci guna air. Masa mandi dan nak ambil wuduk tu, boleh basah kan sedikit dalam hidung dan bersihkan. Jika selalu korek, nanti dalam hidung akan mudah luka, jadi hidung berdarah dan of course kotor tangan anda.
4. Usus
Ini pun pelik sampai ada yang jual produk untuk bersihkan usus. Allah jadikan elok dah organ kita ni. Jika sudah penuh usus kita, kita akan buang dengan cara buang air besar. Tak ada apa yang akan tersumbat.
Jika ada masalah sembelit, ubah menu harian supaya lebih banyak serat, minum lebih banyak air kosong dan bergeraklah. Jika tak bergerak atau tak bersenam, memang mudah sembelit. Kurangkan makanan yang heavy heavy. Kunyah dengan perlahan dan elok.
5. Mata
Air mata kita ni sebenarnya pencuci mata paling hebat Allah cipta. Kita cuma perlu pastikan kita rajin kelip mata sahaja supaya mata kita kek lembab. Jika berkerja memerlukan fokus yang banyak bahagian mata ( guna pc, laptop, handphone), jangan lupa kelip mata.
Masa kita kelip mata tu la, ada satu lapisan air mata akan basahi mata kita. Jangan selalu guna ubat titik mata, ianya boleh buatkan mata anda kering lama lama. Mata kering boleh bawa banyak masalah kemudian hari. Dan of course jangan tenyeh tenyeh mata, tak bagus dan boleh buatkan mata ‘trauma’ tanpa disedari.
Haa. Mungkin ada yang dah tau tapi masih buat buat taktahu. Lepas ni dah kena ambil tahu.
Sebab organ yang Allah bagi kita pinjam ni, kalau rosak, susah nak diganti. Maka, sayangilah setiap satunya ok😊
Jika dah terbiasa korek korek, itu semua hanyalah tabiat sahaja. Tabiat boleh diubah jika kita mahu menjadi pembersih dan sihat🤙🏻
Sumber : Dr. Erna Nadia
Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Jom sertai E-Keluargagader https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/