“Tak Perlu Malu Jika Salah.” Tip Lancar Berbahasa Inggeris Perkongsian Dr. Amalina Bakri Yang Boleh Kita Praktikkan!

Share

Sapa yang tak kenal dengan figura dalam bidang perubatan ini. Siapa lagi kalau bukan Dr. Amalina Bakri. Dahulu, belliau pernah mengharumkan nama negara dan buat rakyat Malaysia bangga dengan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004.

Dr Amalina dan ibu.

Kini berjaya mengapai cita-citanya menjadi seorang doktor pakar bedah. Bahkan, beliau merupakan antara individu yang terlibat secara langsung dalam pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulut adik Ainul Mardhiah yang kini semakin sihat.
Jika anda ikuti Dr. Amalina di Twitter, dia gemar berkongsi pelbagai jenis petua, malah dia juga rajin membalas Tweet dari pengikutnya. Beliau juga tidak lokek untuk berkongsi petua.

Antaranya termasuklah membantu mengajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dalam English kepada masyarakat.

Menurut Amalina, tip yang beliau kongsikan itu boleh dipraktikkan. Malah beliau menasihati supaya tidak malu jika ada kesalahan, janji kita belajar. Betul tak?

1. Yakin semasa bercakap. Biarpun mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa dan struktur penggunaan ayat dalam English, hiraukan saja. Seperti juga kalau kawan ejek kita ‘acah-acah’ nak bercakap dalam English. Pekakkan saja telinga.


2. Kemudahan internet. Tidak dapat dinafikan, terdapat banyak kemudahan internet yang sangat membantu kita belajar dalam English. Beliau juga menyarankan agar menyertai mana-mana education group online di interne
3. Lihat dan dengar. Sumber radio dan rancangan TV berbahasa English juga penting dalam membiasakan diri kita tahu untuk menyusun struktur ayat. Malah ianya juga mengajar kita perkara yang baru.
4. Belajar dari kesilapan. Dia juga menyarankan untuk sentiasa berkomunikasi berbahasa English jika mahu ada penambahbaikkan dalam pergaulan seharian. Tidak perlu juga berasa malu apabila ditegur kesalahan ayat.

Perkongsian tersebut mendapat pujian ramai, ada yang berterima kasih dengan tip yang dikongsikan tersebut.

Sumber: Twitter Dr. Amalina Bakri