Tak Perlu Lauk ‘Kayangan’ Pun Jika Nak Anak Bijak. Biasakan Bagi Makan Ikan 2 Kali Seminggu Berbanding Ayam Goreng!

Share

Ibu bapa mana yang tak nak lihat anak-anak mereka berjaya kan. Sebab itu, mereka sanggup berbuat apa sahaja, termasuklah berhabisan demi melihat kejayaan anak-anak.

Makanan antara salah satu perkara penting yang harus dititikberatkan oleh ibu bapa. Kena tahu apakah jenis makanan yang boleh membantu perkembangan otak anak-anak.

Gambar hiasan

Jangan anggap makanan mahal sahaja yang boleh membuatkan otak anak-anak cergas dan pintar. Pengambilan ikan misalnya sangat baik untuk otak kerana ia mengandungi DHA. Ini perkongsian daripada Dr Mazliana Mazlan

berkongsi info mengenai kebaikan yang ada pada ikan berbanding ayam.

Biasakan anak kita dengan ikan, berbanding ayam, daging, sotong, udang, dan lauk pauk yang lain. Pastikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mesti kena ada menu ikan. Kalau lebih, lagi bagus.

60peratus daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA. Anak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak.

Gambar hiasan

Ikan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak. Buat singgang kosong, letak bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas, sampai habis nasi pun anak saya minta nak makan lagi.

Bagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.

Tak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan. Kita cuba ya, perbanyakkan menu ikan untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.

Gambar hiasan.

Mazliana Mazlan

Follow saya untuk perkongsian lebih lagi tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.