Mendidik anak di zaman ini sememangnya cukup mencabar. Mana lebih tepat, mahu berlembut dengan anak atau tegas tetapi anak memberontak. Payah bukan?

Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, elakkan sama sekali Permissive Parenting kerana ia memburukkan keadaan anak. Jom ikuti perkongsian beliau.

Tak Perlu Jadi ‘Permissive’ Parenting, Biar Berlembut Tapi Tegas!


Tolong jangan samakan ‘berlembut’ tu dengan Gentle Parenting. Gentle Parenting tak membesarkan manusia yang entitle. Sebab dalam Gentle Parenting masih ada ketegasan. Masih bergantung pada peraturan yang tegas.

Berlembut adalah Permissive Parenting. Terlalu berlembut dengan anak sampaikan takut untuk kecewakan anak. Biarkan anak buat sukati. Tanpa letak sempadan/ kawalan / peraturan.

Ya. Permissive parenting berisiko melahirkan anak yang perangai diva. Serba betul. Narsisistik. Dan rasa diri entitled.

Tak Perlu Jadi ‘Permissive’ Parenting, Biar Berlembut Tapi Tegas!

5 kesalahan dalam mendidik anak

Sehingga berisiko melahirkan anak yang entitle.

Ads

1. Memberi apa saja yang anak inginkan
Tak salah nak gembirakan anak. Saya pun bagi aje. Takut jugak kalau tak bagi apa dia nak, anak belajar panjang tangan.
Cuma, kita beringat. Kita berpada. Terlalu banyak dapat benda yang diingini, lama-lama anak makin hilang rasa menghargai.

Terlalu memewahkan membuatkan anak melihat dunia dari aspek material semata-mata. Kalau boleh letakkan ini sebagai reward atas kerjasama anak yang baik selama ini. Bukan anak yang letak syarat sampai pandai mengugut kita.

2. Tak ada kawalan/ sempadan/ peraturan
Anak nak buat apa, buatlah. Asal bahagia. Asal tak menangis mengamuk. Itu yang paling utama. Sehingga mak ayah takut nak letak peraturan pada anak.

Anak yang begini pandai memanipulasi mak ayah dengan rajuk dan tangisnya. Tanpa peraturan yang jelas, anak tidak belajar untuk menghormati peraturan. Sampai besar dia rasa dia berhak buat apa saja.

Tak Perlu Jadi ‘Permissive’ Parenting, Biar Berlembut Tapi Tegas!

Ads

3. Overprotective
Lawnmower parenting adalah antara ciri mak ayah yang overprotective. Terlalu takut anak susah dan gagal. Sampai mak ayah jadi tukang buatkan semua untuk anak-anak.

Kehidupan anak terlalu senang. Hasilnya, anak tak belajar untuk menghadapi cabaran dan belajar bersusah-susah sikit untuk capai sesuatu.

4. Tak diajar tanggungjawab
Anak perlu diajar untuk membantu kerja-kerja rumah. Supaya mereka belajar bekerjasama dan menyumbang tenaga dalam hidup bekeluarga.

Pun begitu, jangan sampai deligate kebanyakan kerja di rumah. Sampai anak hilang kehidupan kanak-kanak dia. Ada beza parentified kids dengan responsible kids.

5. Puji berlebihan untuk usaha anak yang sedikit
Anak akan lihat apa saja yang dibuatnya adalah sesuatu yang betul. Anak tak rasa mereka perlu berusaha. Sebab mereka tak belajar bahawa untuk dapat sesuatu, kita perlu berusaha keras.

Ads

Kelima-lima ciri ni sebenarnya adalah ciri-ciri mak ayah Permissive. Penting untuk kita jadi mak ayah yang bijak. Iaitu mak ayah penyayang dan berlembut. Tapi ada sempadan dan peraturan yang jelas.

Ini untuk ingatan saya sebagai ibu yang tak sempurna. Jangan biarkan anak-anak kita membesar dengan rasa entitled tanpa rasa tanggungjawab.

Dengan pendekatan yang seimbang, kita boleh membantu anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan menghargai setiap usaha yang dilakukan.

Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang memberi kasih sayang dengan penuh bijaksana.

Menarik: “Anak Dah Sepasang” Tak Mahu Czer Kali Ke-3, Shila Amzah Tak Rancang Tambah Anak!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI