Rasanya lembut di dalam dan sedikit garing di luar, cicah pula dengan kari, sambal, sardin, gulai atau kalau yang suka manisan boleh juga dimakan dengan sekaya memang terbaik.
Jom ibu-ibu cuba buat Roti Puri ni sebagai sarapan untuk keluarga.
Breakfast today. wahh speaking kemain
Makcik Kiah happy dpt bantuan
akk pun happy roti puri menjadi
Alhamdulillah 1st time mencuba bolehlah utk isi perut cicah dengan sambal sardin
RESEPI ROTI PURI TANPA YIS
Bahan
Tepung gandum – 3 cawan
Gula – 1 sudu besar
Garam – 1 sudu kecil
Marjerin – 1 sudu kecil
Air suam – 1 cawan
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
Ads
1. Buat doh
Mula-mula kita masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik.
Uli sampai doh tak lekat di tangan.
2. Rehatkan doh
.Biar kejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat
3. Bentukkan
Ads
Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecik.
Canai leper macam dalam gambar di bawah ni.
4. Goreng
Kemudian terus masukkan doh yang telah dicanai ke dalam minyak yang betul-betul panas. Guna api sederhana ya.
Tengah goreng tu siramlah minyak panas atas puri biar gemuk mengembung.
Ads
5. Siap! Agak-agak dah masak tu bolehlah angkat. Kemudian ulang balik sampai habis semua doh tadi. Lepas tu bolehlah hidangkan.
TIPS NAK BAGI PURI KEMBUNG ELOK Minyak mesti betul-betul panas. Bukan panas macam baru bukak api. Waktu goreng, guna api sederhana. Sambil goreng, curah minyak panas tu bnyk kali atas roti puri sampai dia kembung sendiri. Masa canai tu tak payah nipis sangat pun tak apa.
Mudah kan? Confirm anak-anak pun suka makan roti puri ni.
Biasanya bila anak demam kita akan bawa anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan daripada doktor, namun tidak kurang juga ada ibu ayah bila dapat tahu anak mula menunjukkan tanda-tanda suhu badannya panas, akan terus membeli ubat di kedai atau difarmasi untuk meredakan demam tersebut.
Adakah cara ini selamat dan bagaimana pula untuk kita tentukan sukatan ubat yang diberikan adalah tepat? Perkongsian daripada doktor ini diharapkan dapat memberi pencerahan.
Jom semak.
Ubat demam ialah ubat ” over the counter”, yang boleh dibeli tanpa prescription doktor. Post ini bertujuan beri pencerahan secara ringkas, apa yang anda wajib tahu kalau NAK BELI UBAT DEMAM UNTUK ANAK ANDA.
Ubat demam yang biasa di gunakan di Malaysia ialah PARACETAMOL. Nama lain ialah ACETAMINOPHEN. Tak kisah la apa jua brandnya, belajar tengok label pada botol. Cari tulisan Paracetamol atau Acetaminophen.
Selain untuk demam, Paracetamol juga boleh kita guna untuk TAHAN SAKIT . Contoh, anak sakit gigi. Atau sakit kaki sebab jatuh dan lebam sikit.
Post ini tidak bincang tentang IBUPROFEN (ubat demam lain) atau penggunaan Paracetamol suppository (ubat masuk punggung).
Di sebabkan dalam market ada 2 persediaan (2 strength) ubat Paracetamol kanak kanak (dalam bentuk cecair / syrup), maka kadangkala ada parents yang tersalah bagi dos.
Ada 2 persediaan Paracetamol syrup:
1) 120mg / 5ml
* atau ada juga yang 125mg / 5ml
2) 250mg / 5ml
Untuk anak kita, kita kena peka dengan dos ubat. Dalam kes Paracetamol, terlebih bagi dos, berisiko rosak hati. Ya … ROSAK HATI
Terkurang dos maka suhu badan tak turun. (Underdose) Apabila kurang dose makan suhu badan tak dapat turun ke tahap yang sepatutnya, jadi kawalan suhu ketika demam menjadi tak stabil.
Kena ingat ini:
> Baby umur kurang 1 bulan / berat kurang 4kg, SILA JUMPA DOKTOR. Jangan bagi ubat Paracetamol memandai. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
> Demam start bila temperature > 37.5 degree.
> Berapa kerap? Setiap 6 jam / 4 kali dalam tempoh 24jam.
> Apa apa demam yang berserta simptom yang merisaukan, jumpa doktor cepat. Contohnya demam dah 2 hari tak sembuh lepas bagi Paracetamol. Atau demam tinggi sangat berserta kanak-kanak meracau. Atau demam dengan cirit birit teruk. Atau demam yang berserta ruam.
Perlu tahu ya, datangnya demam bersebab. Kadang kala Paracetamol hanya dapat mengawal suhu badan, tapi ia bukan rawatan. Rawatan akan diberi berdasarkan Diagnosis doktor terhadap penyakit yang dihidapi.
KESILAPAN yang sering berlaku bila parents bagi ubat IKUT UMUR. Sekian sekian mL untuk umur 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun…etc.
Sila ikut berat badan anak ya. Ada budak umur 1 tahun yang berat macam budak 2 tahun. Ada pula yang umur 5 tahun macam budak umur 3 tahun. So dos ubat ikut umur TIDAK TEPAT.
KESILAPAN lain ialah salah KIRA DOS ubat ( dah ambil kira berat anak), sebab salah persediaan. Di sangka ubat paracetamol yang 120mg / mL, rupa rupanya guna Paracetamol yang 250mg/ 5mL. So perhatikan label betul betul.
Ada formula berapa banyak Paracetamol dalam miligram yang perlu di bagi ikut berat badan anak.
FORMULA :
15mg / kg of Paracetamol, every 6 hour
Ini formulanya. Maknanya, kita bagi 15mg ubat Paracetamol untuk setiap 1 kg berat badan anak. Ulang ubat setiap 6 jam.
* Formula ini terpakai untuk kanak-kanak yang beratnya <50KG ya.
Contoh:
Berat anak 10kg.
So berapa ubat Paracetamol yang patut kita bagi?
15mg X 10kg = 150mg Paracetamol
Kalau kita guna persediaan Paracetamol 120mg / 5mL, berapa banyak nak bagi ( berapa mL) untuk dapatkan 150mg tu?
Kiraan nya:
150 / 120 x 5ml
= 1.25 x 5ml
= 6.25ml
So, kita bagi anak 6.25ml ubat Paracetamol 120mg/5ml setiap 6 jam.
Perhatikan, kalau kita beli Paracetamol 250mg pulak berapa ml perlu bagi?
150 / 250 x 5ml
– 0.6 x 5ml
= 3ml
So, kita bagi anak 3ml ubat Paracetamol 250mg/5ml setiap 6 jam.
Nampak tak, beza 12.5ml VS 6ml ?
Kesilapan boleh berlaku kalau kita salah guna formula dan salah pilih ubat..
Pastikan ambil kira berat anak. Jangan bagi TOTAL melebihi 3750mg Paracetamol dalam masa 24 jam.
Formula maksimum dos dalam 24 jam ialah:
75mg / kg in 24 hours.
Maximum dos ini TERMASUKLAH ubat Paracetamol dlm bentuk suppository ( makna nya kalau kita ada guna ubat syrup + suppository)
Ambil contoh anak yang berat 10kg tu, so maksimum dos yang dia boleh ambil sehari semalam ialah 75mg x 10kg = 750mg.
Perhatikan, kalau ikut kiraan berat di atas, kita bagi 150mg setiap 6 jam. So total 24 jam = 600mg. Ini dalam range safe dose over 24 hours.
*Jumpa doktor dahulu sekiranya anda tidak pasti dengan dose yg ingin diberikan..
Dr Shazwan
Dr Syahida
KLINIK AVICENNA
KLINIK LATHIKA
Adab seorang anak salah satunya bila disahut namanya segeralah menjawab dengan nada yang lembut dan menenangkan.
Pun begitu andai di dalam situasi sedang solat, bagaimana pula harus dilakukan oleh seorang anak. Hendak dijawab maka terbatallah solat, manakala jika terus tidak dihirau panggilan ibu, bimbang dianggap anak derhaka.
Memahami kekeliruan ini, ustazah Asma’ Harun berkongsi ilmunya untuk manfaat semua.
Ini perkongsiannya.
PANGGILAN ALLAH VS PANGGILAN IBU
“Assalamualaikum ustazah. Semoga ustazah sentiasa sihat walafiyat. Ustazah, boleh saya bertanya? Bila kita sedang solat, tiba-tiba ibu panggil, mana yang perlu saya utamakan? Adakah saya perlu menjawab panggilan ibu atau teruskan solat?”
JAWAPAN :
Waalaikumussalam. Subhanallah, terima kasih kerana mendoakan kesihatan buat saya. Moga doa ini berbalik buat Puan jua.
Masya-Allah, soalan yang sangat baik. Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu melihat kepada jenis solat yang didirikan.
Sekiranya kita sedang mendirikan solat fardhu, maka para fuqaha’ bersepakat tidak boleh untuk seseorang itu membatalkan solat fardhunya dengan sengaja tanpa ada sebarang keuzuran. Mereka berdalilkan firman Allah S.W.T :
وَلا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu membatalkan amalan-amalan kamu.”
(Surah Muhammad : ayat 33)
Namun begitu, jika panggilan tersebut adalah di dalam keadaan darurat, seperti meminta pertolongan kerana terjatuh, urusan kecemasan melibatkan bahaya seperti nyawa dan seumpamanya, maka dibolehkan untuk membatalkan solat fardhu tersebut.
Manakala bagi solat sunat, para fuqaha’ menetapkan boleh menyahut panggilan ibu dan membatalkan solat sunat. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA :
Maksudnya: Juraij adalah seorang yang sangat kuat beribadat di satu ruang khususnya. Pada satu hari, ibunya datang ketika dia sedang mendirikan solat. Humaid (perawi hadith ini) berkata, Abu Rafi’ menggayakan perbuatan ibu Juraij tersebut seperti yang ditunjukkan oleh Abu Hurairah yang digayakan oleh Rasullah SAW sendiri. Ibu Juraij memanggil anaknya dengan meletakkan tapan tangan pada keningnya dan mengangkat kepalanya seraya memanggil: “Wahai Juraij, ini ibumu, bercakaplah denganku.”
Ibunya mendapati Juraij sedang solat, dan Juraij berkata dalam hati: “Ya Allah, ibuku memanggilku ketika aku sedang khusyuk dalam solat”. Dia memilih untuk terus solat, lalu ibunya pulang dan datang pada kali kedua dan berkata: “Wahai Juraij, ini ibumu, bercakaplah denganku.” Juraij berkata dalam hati: “Ya Allah, ibuku memanggilku ketika aku sedang khusyuk dalam solat”. Dia memilih untuk terus solat.
Ibunya berkata: “Ya Allah, Juraij anakku ini, aku berhajat ingin bercakap dengannya, tapi dia enggan. Ya Allah, jangan Engkau mematikannya hinggalah dia berjumpa (digoda oleh) pelacur. Sekiaranya ibunya mendoakan balasan buruk ke atas Juraij, nescaya dia akan ditimpa balasan buruk tersebut.”
(HR Muslim)
Imam al-Nawawi menyebutkan di dalam Kitabnya Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim bahawa para ulamak menetapkan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Juraij ialah menyahut seruan ibunya. Ini adalah kerana, solat yang didirikan adalah sunat. Ulamak juga menetapkan, meneruskan solat sunat hukumnya sunat bukan wajib, sedangkan menjawab panggilan ibu adalah wajib, dan perbuatan tidak menyahut panggilan ibu adalah derhaka sehingga jatuh pada hukum haram.
Berbalik kepada soalan Puan, kita mestilah mengetahui jenis solat yang didirikan.
1. Sekiranya solat yang didirikan adalah solat fardhu, maka tidak boleh untuk membatalkan solat tersebut.
2. Manakala sekiranya solat yang didirikan adalah solat sunat, maka boleh diberhentikan solat dan menyahut panggilan ibu. Namun jika keadaan jika ibu boleh menunggu tanpa menimbulkan rasa marah dan kecewa, maka meneruskan juga dibenarkan.
Wallahua’lam.
Sumber : Asma’ binti Harun
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau sudah namanya kreatif, buat apapun nampak menarik kan. Ditambah dengan bakat serta kerajinan, maka semuanya menjadi.
Demikian lah bagi pemilik kediaman rumah teres kos sederhana ini. Menurut Ainul Zehraa, kediaman yang dibeli empat tahun lalu adalah rumah second hand. Namun atas kreativitinya bersama suami, pasangan ini mahu menampakkan kelainan, dipecahkan bilik depan jadikan ruang tamu.
“Saya sebenarnya mmg teringin sangat sangat nak ada rumah berkonsepkan english style moden. Rasa mcm lambat lagi nak dapat buat sebab saving pun sikit lagi.. then alhamdulillah saya cuba loan sikit pastu topup duit saving.. dipermudahkan lulus dan saya terus buat design rumah yang saya nak..
“saya lukis sendiri bentuk yang nak untuk tandas sampai ke porch kereta dan tunjuk dekat tukang rumah. Hujung bulan 3 kami start renovation dan baru siap seminggu lepas raya, sebab banyak detailing jugak sambung pula bulan puasa,” jelas Ain Dalam pada itu, Ain turut memberitahu memberitahu kos keseluruhan RM80 Ribu termasuklah ubah suai dari extend dapur, pindah bilik air sampai la ke porch kereta dalam RM60 ribu. Manakala kos beli lampu, plaster siling, aircond semua dalam RM20 ribu. kiranya total dalam 80k. Ain atau nama penuhnya Siti Nurain yang bekerja sebagai guru manakala suaminya mengusahakan bisnes online dengan menjahit pakaian pengantin muslimah.
“Rumah ini biasa jer… rumah second hand saya beli empat tahun lalu.. klu ikut usia dia dah dekat 10 tahun lebih. Selain ruang tamu, kami juga pasang sendiri wainscotting. Gigih sebab nak jimat kos, ni pun masih tak siap lagi pasang keseluruhan rumah. “semua pasang sendiri sebab nak jimat.. perabot pun saya tengah cat semula warna silver untuk dapat efek moden.. semua barang lama. Selain itu, kami juga tambah bilik satu lagi dekat tepi porch kereta,’ ujar Ain lagi.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...