Menghadapi hari-hari dengan usia yang semakin meningkat buat ramai yang takut. Jangan takut bila usia kita makin bertambah. Apa yang kita perlu buat adalah mengekalkan kesihatan tubuh dan selebihnya yakinlah dengan diri sendiri.
Namun nak pastikan awet muda kenalah pilih makanan yang sihat dan berkhasiat. Tak payah pilih makanan yang mahal lagi mewah untuk sihat. Daun-daunan herba kita seperti ulam-ulaman adalah rahsia nak kekalkan awet muda sentiasa. Rugi siapa tak makan!
10 ulam-ulaman ni antara rahsia awet muda. Jom makan!
1. Ulam raja
2. Selom
Daun selom antara yang mudah didapati. Malah harganya pun murah saja. Daun selom tinggi kalsium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan. Rugilah siapa tak makan!
3. Jantung pisang
Jantung pisang sangat tinggi serat malah boleh elakkan masalah sembelit. Tapi nak makan kenalah rebus dulu ya. Jangan makan mentah pulak ya. Lain pulak jadinya nanti.
4. Kacang Kelisa
Setengah orang suka masak dan ditumis sebagai sayur. Tak kurang juga yang nak jadikan ulam sahaja. Tak kisah walau macam mana nak ambil. Yang pasti kacang unik ini kaya protein dan mineral. Hebat!
5. Petai
6. Pegaga
Boleh dikatakan sebagai ulam-ulaman paling popular. Rahsia pegaga dalam mengekalkan awet muda diketahui sejak lama dahulu. Rugi siapa tak makan. Selain baik untuk kulit, pegaga juga dikatakan mampu menaikkan seri wajah.
7. Pucuk ubi
Pucuk ubi paling enak dimakan ketika masih panas. Khasiat pucuk ubi antaranya dapat mengurangkan sakit kepala manakala air rebusannya pula dapat meredakan masalah cirit-birit.
8. Kaduk
Daun kaduk antara rahsia cantik bagi kaum ibu. Daun kaduk dikatakan baik untuk sakit pinggang, legakan selsema serta baik untuk melawas kencing. Jika tak mahu makan mentah, rebus dahulu dan kemudian barulah dimakan.
9. Jering
Adik beradik petai ini cukup tinggi khasiatnya. Walaupun ada bau yang kurang enak tapi khasiatnya cukup tinggi. Antaranya dapat mengawal kadar gula dalam darah, mengurangkan masalah tulang dan tak kurang membantu kurangkan masalah anemia.
10. Cekur
Cekur baik diamalkan oleh ibu yang sedang berpantang. Baik untuk mengecutkan rahim dan membuang angin. Selain rangup, cekur juga memberi aroma harum pada masakan.
Wow hebatkan? Jadi setiap kali makan dikedai, janganlah lupa ambil ulam-ulaman ini sebagai menu tambahan. Sedap!