
Keseimbangan dalam pemakanan sangatlah perlu dijaga terutamanya pengambilan sayur. Sayur hijau juga antara sayur yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan.
Menu sayur kailan ikan masin merupakan menu yang agak popular dan sering dijual oleh kebanyakan restoran di Malaysia ini. Sekadar info tambahan, sayur kailan dikatakan kaya dengan nutrisi dan kandungan vitamin A, C, E dan K.
Lebih menarik lagi, resipi yang dikongsikan oleh Ameera, sangat selamat terutama kepada yang mempunyai resdung kerana tidak menggunakan belacan sebagai bahan dalam masakan ini. Walaupun begitu, rasanya tetap sama seperti yang dijual di luar dan sememangnya sedap.
Kailan Ikan Masin
Bahan-Bahan:
- Ikan masin
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Sayur kailan
- Sos tiram 1 sudu makan
- Cili padi
- Cili besar
Cara-Cara:
– Goreng ikan masin dulu ye. Garingkan. Pakai ikan masin tenggiri.
– Bawang besar 1 biji. Bawang putih 3 ulas.
– Sos tiram 1 sudu makan. Masukkan sayur, cili padi, cili besar merah 1 biji. Siap.
Sumber: Ameera
Makan Ulam Untuk Kesihatan, Nak Pastikan Betul Caranya Begini Saintis Ni Kongsikan!

Bagi keluarga yang suka makan ulam tentu setiap kali makan nasi pasti dihidangkan menu nan satu ini sebagai pelengkap juadah.
Selain dimakan untuk memenuhi selera, tidak dinafikan juga dengan makan ulam-ulaman ini banyak khasiat dan kebaikannya.
Antara yang sering kita dengar, orang kata kalau rajin amal makan ulam pegaga atau dijadikan jus minuman boleh awet muda. Malah macam-macam lagilah kebaikan ulam ini dan bukannya pegaga sahaja untuk membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan.
Namun betul ke begitu?
Mengukuhkan lagi info berkenaan ulam-ulaman ini secara berfakta dan kajian, ayuh kita baca perkongsian dari saintis Dr Suri Roowi ini.
ULAM BERKHASIAT, SEJAUH MANA IA MEMBERI KESAN?
Masyarakat kita gemar memakan ulam-ulaman bersama nasi berserta lauk pauk ketika menikmati hidangan makan tengahari dan makan malam. Soalnya sekarang adalah sejauh manakah ianya bena-benar memberi kesan.
Ulam-ulaman seperti salad, pegaga, ulam raja, selom, tomato ceri, petai, jering dan sebagainya adalah antara ulam yang biasa di ambil bersama lauk pauk lain.

Tomato adalah antara sayuran yang biasa dimakan sebagai ulam. Tomato kaya dengan bahan antioksidan likopene. Bahan berkhasiat jenis ini biasa didapati juga dalam lobak merah dan tembikai. Dalam tomato, bahan khasiat ini hadir pada kuantiti tinggi dalam kulit dan biji tomato. Justeru, jika kita asingkan kulit dan biji tomato semasa memasak atau menggambilnya sebagai ulam, ini akan menyebabkan kehilangan banyak khasiat utama.
Walaubagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan pengambilan tomato pada kuantiti tinggi boleh meningkatkan risiko pendarahan jika bersama ubat cair darah.
Selain dari itu, warna kulit kita juga boleh berubah kepada warna kemerahan jika kita memakan tomato pada kuantiti tinggi. Kuantiti bahan berkhasiat dalam sesuatu jenis sumber berkhasiat juga berbeza mengikut jenisnya.
Contohnya kajian yang dilakukan oleh UPM mendapati tomato ceri lebih tinggi antioksidan berbanding tomato biasa.
Salad juga merupakan antara ulam kegemaran ketika menikmati makan tengahari. Kajian oleh pensyarah UPM ke atas pelbagai jenis salad, salad berwarna merah lebih tinggi kandungan antioksidan berbanding salad biasa.
Walaubagaimanapun, sayuran hijau seperti salad, bayam, brokoli dan ‘brussel sprout’ tinggi vitamin K. Justeru, penggambilan jenis sayuran ini sebagai ulam akan mengurangkan keberkesanan ubat cair darah di kalangan pesakit jantung.
Ulaman tempatan juga tidak kurang hebatnya. Kajian oleh saintis tempatan mendapati daun kari, ulam raja dan selom sebagai sumber antioksidan yang kuat.
Terdapat pelbagai jenis ulam yang bertindak sebagai antibakteria dan antikanser semulajadi. Antaranya adalah sumber tinggi sulfur seperti bawang merah, petai dan jering.
Jering tidak boleh dimakan pada kuantiti tinggi dan sebaiknya perlu direbus atau dibiarkan bercambah terlebih dahulu. Ini kerana jering tinggi kandungan asid djenkolic dan akan memudaratkan buah pinggang jika diambil pada kuantiti tinggi.
Teknik pengambilan ulam yang betul sangat mempengaruhi penyerapan bahan berkhasiat dalam tubuh.
Contohnya, kajian mendapati memakan buah tomato secara terus (dalam keadaan mentah) kurang memberi kesan berbanding memakan tomato yang dimasak bersama minyak. Ini kerana likopene adalah sejenis bahan berkhasiat larut lemak, jadi penggunaan minyak ketika memasak tomato boleh meningkatkan penyerapan dalam darah.
Pengambilan lobak merah pula seeloknya diambil bersama susu segar (contohnya ‘carrot’ susu) berbanding lobak mentah sebagai ulam.
Biasanya masyarakat kita gemar memakan ulam-ulaman bersama nasi dan lauk pauk lain. Sebenarnya teknik ini kurang tepat.
Kajian yang diterbitkan pada tahun 2017 mendapati makan sayur-sayuran sebelum memakan nasi lebih berkesan kurangkan kadar gula darah di kalangan pesakit diabetes jenis 2.
Dapatan kajian ini menunjukkan “Meminum jus pegaga sebenarnya lebih bagus berbanding berbanding memakannya bersama nasi”.

Terdapat juga kajian menunjukkan memotong ulam boleh meningkatkan bahan berkhasiat. Kajian yang dilakukan oleh Department of Vegetable Crops, University of California dan diterbitkan dalam Jurnal Agric. Food Chem. mendapati bahan berkhasiat antioksidan meningkat sehingga 140% jika ulam dipotong-potong terlebih dahulu sebelum dimakan berbanding ulam tanpa dipotong.
Sumber : Dr Suri Roowi
Baca juga ini : Sediakan Makanan Sihat Untuk Keluarga, Begini Cara Masaknya!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Hasilkan Sum Sum Sagu Yang Lembut & Manis, Menjadi Ikut Resipi Ni!

Puas menikmati hidangan utama terasa tidak sempurna pula jika tidak disudahi dengan menikmati kemanisan hidangan pencuci mulut.
Jadi apa kata anda sediakan menu ini iaitu Som Som Sagu yang boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Tentu nikmat menjamahnya dengan rasa manis, berlemak dan lembut teksturnya memberi kepuasan berganda buat anda seisi keluarga.
Apatah lagi untuk sediakannya tidaklah sukar, jadi usah tunggu lagi jom kita sediakan menu ini sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Mas Cotek untuk panduan semua.
SOM SOM SAGU /KANJI SOM ~SOM
BAHAN SAGU
1 cawan sagu
3 cawan air
2 helai pandan
sedikit pewarna hijau
CARANYA
1.Masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau
2.Keluarkan pandan
3.Kemudian masukkan sagu
4.Kacau hingga pekat/masa ni sagu masih bermata ikan
5.Tuang sagu ke dalam bekas kecil
6.Kukus selama 15 minit sehingga sagu jernih
7.Sejukkan
*** boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus dengan menambah sukatan air opah tak nak lembik sangat jadi opah kukus.
BAHAN KANJI SOM-SOM
1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa
CARANYA
1.Satukan kesemua bahan di dalam periuk/sebatikan
2.Masak hingga hingga pekat dan meletup-meletup dengan api sederhana
3.Pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan berketul
4.Tuang adunan ke atas sagu
5.Sejukkan
BAHAN AIR GULA
1 1/2 cawan air
4 keping gula melaka
*boleh guna gula merah
1/4 cawan gula pasir
2 helai pandan-disimpul
CARANYA
1.Satukan semua bahan
2.Masak api sederhana hingga mendidih
3.Tapis dan sejukkan
4.Siap
24 Jam Menjeruk Cili, Dah Boleh Makan. Rasanya Ranggup & Enak Bila Buat Begini!

Selain jeruk cili padi, ada juga antara kita gemarkan rasa jeruk cili hijau untuk dimakan bersama bihun goreng mahu pun cukup popular untuk melengkapkan lagi sajian cha kiew tiaw yang dijamah. Rasa jeruk cili yang pedas-pedas manis, masam dan menyengat serta ditambah keranggupan rasa ketika mengunyah cili jeruk menjadikan ianya cukup sempurnan.
Untuk itu, mungkin ada yang tercari-cari cara dan bagaimana untuk menyediakan cili jeruk yang enak dan ranggup. Dan bertuahnya, resipi tersebut banyak di kongsikan oleh rakan kita di media sosial dan tanpa lokek berkong tip dan petua bagi menghasilkan cili jeruk yang terbaik.
Ini sebagaimana perkongsian Nurul Nadia di akaun fbnya. Jom semak.
“Saya nak share cara saya buat cili jeruk…Biasa kalau ada tempahan mee goreng atau mee kari,saya akan sertakan cili jeruk ni sekali..Alhamdulillah setakat hari ni tak mengecewakan & mendapat pujian..Cili jeruk yang biasa saya buat,boleh tahan berbulan-bulan dan masih rangup tau…”–Nurul
Bahan-bahan:
Cili hijau (ambil yang segar/keras)
Gula
Garam
Cuka
cara buat :
LANGKAH PERTAMA: Pastikan cili hijau kering. Kalau lepas basuh dan tak larat nak tunggu lama,lap pakai tisu, yang penting kering.
LANGKAH KEDUA : Bila dah kering,potong ikut suke ye. Nak cantik, pakai pisau yg betul2 tajam. Lepas dah siap potong. Buang biji-bijinya.
LANGKAH KE TIGA : Masukkan dalam botol kaca, kalau botol lain saya tak jamin fresh. Masukkan 2 sudu gula dan 2 camca kecik garam..dalam kes saya ni,saya bubuh 5/6 cili,buh gula dan garam,kemudian bubuh lagi balance cili (sebenarnya sbb tak nk bagi gula dan garam tumpah. Kemudian masukkan cuka sehinga 2/3 botol…takyah buh penuh cukanya,nanti susah nak ceduk..membazir pun ado).
LANGKAH KE EMPAT : Dah siap,tutupkan botol kaca tu,tunggang terbalikkan botol untuk sebatikan garam, gula dan cuka.
AKHIRNYA : Siap,esok dah boleh makan. InsyaAllah tahan lama dan rangup.
Tips: Botol dan cili perlu dipastikan betul-betul kering. Kalau tak ,cili jeruk akan cepat diselaputi lapisan putih (kulat).
sumber : Nurul Nadia Dan Azhar Via MAHN