Hidup berumahtangga banyak pasang surutnya, namun tempoh dan usia perkahwinan bukan ukuran untuk kita mencari kelemahan dan kesilapan pasangan kita. Jangan sekali-kali.
Menurut perkongsian Penulis Kekeluargaan, Firdaus Shakirin, tidak perlu mencari silap pasangan sebaliknya cubalah melengkapi kekurangan pasangan kita seadanya. Itu sudah cukup baik untuk keharmonian dalam rumah tangga.
Menjengah ke usia 11 tahun perkahwinan, masih tak jumpa lagi kelemahan. Takkan kot.
Sebenarnya, bukan tugas dan kerja kita untuk mencari kelemahan pasangan. Tugas dan kerja kita adalah menutupi kelemahan dan kekurangan pasangan dengan kelebihan yang ada pada diri kita.
Buat apa nak highlight kelemahan dan kekurangan pasangan, kita berkahwin bukan nak main blame game. Senang la kalau semua kelemahan dan kekurangan dia, kita jadikan sebagai isu untuk pointing finger untuk apa yang berlaku dalam rumahtangga.
Look at the mirror gais. Apa yang kita boleh buat untuk improvekan pasangan kita. Apa yang kita boleh buat untuk jadikan dia lebih baik.
Apa yang kita boleh buat untuk kurangkan certain area yang dia ada gap. Then do lah.
Syaratnya, si dia perlu ada keinginan untuk berubah ke arah lebih baik lagi. Ada kelemahan dan kekurangan yang mungkin akan ambik masa untuk diperbaiki, tapi trust the process. Setiap manusia tu tak sempurna, tapi mampu menyempurnakan each other.
The time will come. Kita pun ada kelemahan dan kekurangan. Kalau kita keep on highlighting kelemahan dan kekurangan pasangan sendiri, maka kita sebenarnya sedang mengelak daripada mengakui kelemahan dan kekurangan diri sendiri.
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club