Tak Perlu Beza Anak Hitam Anak Putih! Boleh Calar Emosi Anak, Henti Kritik Fizikal Mereka

Share

Dah menjadi satu kebiasaan, apa yang kita tengok di sekeliling kita, pasti kita akan menilai dan mengkritik. Betul tak?

Ah min ni, mana ada, saya tak!

Aipp jangan tipu! Pasti akan ada punya habit tu, cuma secara nyata atau tidak je. Kan? Kalau tak cakap dalam hati, mesti akan dijadikan topik bualan tiba-tiba bersama rakan sebelah. Kalau tak, manakan muncul tittle ‘makcik bawang kan’?!

Tak menjadi masalah kalau nak bercakap sebagai peringatan sesama sendiri atau tujuan baik, tapi menjadi buruknya bila makcik bawang ni pantang lihat, mulut main lepas je bercakap dah macam buat popcorn kejadiannya, pop pop pop!

Menjadi lagi buruk, bila hujah-hujah yang nak disampaikan tu dikritiknya depan-depan orang berkenaan atau ahli keluarga/teman rapat orang tu. Itu baru depan-depan, belum lagi dibelakangnya, dijaja satu kawasan. Tak ke malu mangsa kritik tu!

Lagi satu, kalau kritikan tu diberikan untuk orang dewasa masih boleh terima, sekali dibidasnya makcik bawang tu, terus terduduk dibuatnya! Tapi kalau terjadi pada kanak-kanak, tak ke mereka telah meragut emosi dan menyebabkan mereka rendah diri?

Macam yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia ini, jom hentikan kritikan fizikal pada kanak-kanak. Apa salah mereka sehingga mereka menjadi mangsa kepada ‘jentera makcik bawang’ ni. Sama-sama kita ambil ikhtibar!

Ia mungkin telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat setempat. Tidak sah kunjungan jika makcik- makcik tidak memberi ulasan dan kritikan mengenai penampilan fizikal kanak kanak.

Apa yang menyedihkan, ada kanak kanak yang dibandingkan penampilan dikalangan sepupu dan adik beradik sendiri. Selalunya, yang berkulit gelap dan berbadan gempal sering menjadi bahan ejekan dan bahan gurauan.

Kini, anak lelaki dan perempuan tidak terkecuali. Kedua duanya menjadi perhatian. Bagi anda, ia mungkin sesuatu yang melucukan, namun hakikatnya ia memberi satu tamparan emosi kepada mereka.

Ia menyebabkan kanak kanak hilang keyakinan diri dan boleh akibatkan mereka lebih inferior berbanding rakan sebaya.

Hentikan tabiat ini. Hentikan mengkritik penampilan fizikal kanak kanak. Jangan robohkan keyakinan diri mereka. Sesungguhnya nilai diri seseorang lebih besar dari penampilan luaran sahaja.