Raya hampir tiba. Sudah tentu ada yang mula merancang menukar duit raya.
Bagi yang sibuk dengan rutin harian, tak perlu bimbang, pergi je buat di ATM. Tak perlu beratur lama-lama di kaunter. Hanya ke ATM terpilih, selesai masalah. Boleh keluar duit raya bila-bila, waktu malam pun boleh!
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian saudara Mohd Syukor ini. Mudah dan cepat!
Mudahnya tukar duit raya di Maybank sekarang. Hanya di ATM Machine
Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya share cara tukar duit raya baru :
1. Pergi ke Maybank yg besar sket ( selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yg boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.
2. Pilih ATM yg ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu ( seperti gambar ).
3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.
4. Maximum amount per transaction ialah RM 300. So jika anda nak 60 keping note RM 10 yg baru, kena buat dua kali.
5. OK mudahkan. Sarung angpow boleh minta kat brother yang jaga kaunter depan tu. Mula2 dia kata dah habis. Biasalah. Lepas tu apa lagi….cakaplah, Saya faham dah dekat nak raya ni memang sarung angpau banyak dah habis…..tapi bang, Saya ni nak gunakan sarung angpau tu untuk………. ( haa..sambung sendiri la…takkan itu pun nak ajar, nampak sangat tak datang training letew )
Kredit: FB Mohd Shukur
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz