
Pening kepala fikirkan lesen memandu dah nak tamat tempoh, waktu PKP begini susah nak renew kan. Tak perlu fikir panjang, cuba tip yang dikongsikan ini, sekarang kan semua dihujung jari je.
CARA RENEW LESEN MEMANDU SECARA ONLINE
Tadi singgah JPJ kejap , ada kerja. Polis datang sebelum tu sebab ramai sangat orang kat JPJ.
Nak bagitahulah kepada pemilik kenderaan persendirian, sekarang ni roadtax kerajaan kasi free sampai 30/6/2021. Yang hangpa mengigal nak jugak roadtax pasaipaaaaa????
Saman JPJ yang boleh dikompaun pun tengah ada diskaun sampai 70% sehingga 30/6/2021.
Tu belum lagi yang beratur untuk lesen memandu sedangkan dah boleh renew lesen memandu secara dalam talian (online). Gi kat website JPJ, register MySikap untuk orang awam.
Takpelah kalau tak dapat lesen fizikal, ambik later lah, yang penting print siap-siap bukti dah renew. Polis pun dah ada device lah nak check lesen hangpa valid lagi ke tak.
Kalau polis banyak cekadak, boleh semak lesen kat website(www.jpj.gov.my), tunjuk bukti dalam tu lesen hangpa sampai bila. Semua di hujung jari ye.
Nanti cheq free , cheq ajar cara-cara nak register ID MySikap JPJ.
P/S : Actually MySikap ni bukan hanya boleh renew lesen, nak tukarhakmilik kenderaan pun sekarang kena online (untuk kenderaan persendirian), ada macam-macam lagi dalam tu.
Link www.jpj.gov.my
Sumber : Ani Azizah
“She’s Sleep Nak Juga Main. Tak Mau Turun.” Mata Kuyu Mengantuk, Gelagat Anak Izara Aishah Raih Perhatian. Comel!

Baru-baru ini berlangsungnya Majlis 2 Legasi serta sambutan hari lahir, Siti Aafiyah Mohd Khalid yakni anak kesayangan penyanyi nombor satu negara.
Majlis yang berlangsung sehari lebih awal itu turut disertai oleh kedua-dua ahli keluarga pasangan berkenaan.
Walaupun dalam norma baharu, namun majlis tetap berlangsung lancar dan meriah.
Tidak ketinggalan hadir meraikan majlis tersebut adalah Izara Aishah bersama suami dan anak perempuan mereka, Irisa Alaia yang cukup comel dengan gaun cantik rona merah jambu.
Menerusi laman instagramnya, Izara berkongsi gambar dan video akan gelagat anaknya itu yang tampak excited bermain dengan beberapa permainan kanak-kanak yang disediakan di dalam majlis tersebut.
Salah satunya mini carousel yang menjadi tumpuan anak-anak. Apa yang melucukan adalah momen di mana Alaia dilihat mengantuk namun tetap mahu meneruskan permainan tersebut dan enggan turun. Dengan matanya kuyu menahan rasa mengantuk namun tetap comel.
“She’s sleepy tapi nak jugak main takmau turun.” Demikian kata Izara mengenai gelagat anaknya itu.
Rata-rata warganet melahirkan rasa lucu dan geram dengan kecomelan anak kesayangan Izara ini.

Sumber: izaraaishahofficial
“Walaupun OKU Tapi Mampu Hafal Al-Quran.” Dulu Rahsiakan, Kini Ibu Lain Agama Temani Mualaf ‘Istimewa’ Nak Jadi Hafiz Ini Daftar Tahfiz.

Isi Kandungan
ToggleKasih sayang ibu tiada batasan.Biarpun berbeza agama, namun itu tidak membuatkan hubungan antara anak dan ibu terputus. Malah wanita ini membuktikan ikatan ibu-anak cukup utuh biarpun si anak memilih untuk menjadi saudara baru dalam Islam.
Beberapa hari lepas tular di media sosial mengenai sepasang suami isteri berbangsa Cina menghantar anaknya yang mempunyai masalah penglihatan ke Darul Quran. Anaknya yang sudah pun bergelar mualaf telah menyambung pengajian dalam peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat di sana.

Anak sulung daripada tiga beradik, Tan Mike Foong , 23, merupakan pelajar mualaf yang berjaya menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun di Darul Quran Jabatan Agama Islam (JAKIM) Kuala Kubu.
Mike Foong membuktikan keupayaan menghafaz 10 juzuk al-Quran walaupun orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejak dilahirkan.Kini dia meneruskan pengajian peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang ditetapkan syarat menghafaz kesemua 30 juzuk dalam tempoh tiga tahun.
Sudah hafal 10 juzuk
Menerusi Sinar Harian, mualaf yang berasal dari Selangor ini sudah pun bergelar Muslim sejak tahun 2015. Tan Mike Foong, 23 sebenarnya telah menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun di Darul Quran Jabatan Agama Islam (JAKIM) Kuala Kubu.
Dia yang sudah menghafal 10 juzuk al-Quran telah mendaftarkan diri bagi peringkat diploma untuk menghabiskan hafalan sebanyak 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 3 tahun.
Terdedah dengan Islam sejak kecil
Bercerita lanjut mengenai pengislamannya itu, Mike memberitahu telah terdedah dengan agama Islam dan azan sejak kecil lagi. Kemuncaknya apabila selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia telah mengikuti latihan kemahiran pengurusan pejabat di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).
Persatuan tersebut rajin mengadakan ceramah dan dari situ dia tertarik mendalami Islam dan akhirnya memeluk agama tersebut tanpa pengetahuan ibu dan ayah.
Mike Foong memeluk Islam pada 2015 yang ketika itu tanpa pengetahuan ibu bapanya. Dia yang menerima pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kubu Bharu dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setapak, Kuala Lumpur pernah meniru suara azan di rumah kerana seringkali mendengar laungan tersebut dari surau berdekatan kediamannya di Batang kali.
Menurutnya, terdapat sebuah tentera di belakang sekolah menengah yang akan memasang bacaan al-Quran sebelum masuk solat.
“Bila dengar azan saya tak rasa ia satu muzik, tapi kalimah. Sampailah masa berada di tingkatan empat, saya akan buka radio untuk dengar bacaan solat terawih.
“Lepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya ikut latihan kemahiran pengurusan pejabat di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).
“Ramai yang beragama Islam dan bila mereka ada kuliah agama yang dikendalikan Ustaz Mat Noor, saya bersama dua rakan bukan Islam akan dengar,” katanya.
Mike Foong berkata, pada satu hari, pihak persatuan menjemput seorang pendakwah mualaf kerana ada di antara mereka yang ingin tahu tentang Islam.
Menurutnya, dia turut serta dalam perbincangan tersebut sebelum diajukan beberapa soalan berkaitan fitrah kejadian penciptaan dan pencipta.
“Pada hari itulah saya lafaz dua kalimah Syahadah dan sekali lagi seminggu kemudian ketika daftar secara rasmi di pejabat agama.
“Saya rahsiakan dari pengetahuan ibu bapa dan lepas setahun setengah, baru mereka tahu.
“Saya ajak ibu pergi makan kedai makan mualaf cina dan pemilik kedai tanya adakah saya muslim di hadapan ibu,” katanya.
Tamat pengajian Diploma Kemahiran Malaysia, Mike Fong menyertai Interactive Dakwah Training (IDK) sebagai sukarelawan dan belajar cara pendakwah menyantuni golongan mualaf.
Dia mula mempelajari dan membaca buku Iqra selain menghafaz surah serta berjaya memenangi pertandingan hafazan mualaf di peringkat negeri Melaka. Dia membaca Al-Quran menggunakan kaedah braille
“Atas cadangan seorang rakan, saya mengikuti Kursus Asas Tahfiz di Darul Quran Jakim selama setahun bermula Januari tahun lepas,” katanya.
Terkejut anak peluk Islam
Ibunya memberi reaksi terkejut apabila Mike Fong membuat pengakuan memeluk Islam. Menurut Bee Cheng, dia bertanya lanjut mengenai tersebut kepada anaknya selepas mereka pulang ke rumah. Jelasnya, walaupun terkilan dan mengambil masa hampir setahun untuk menerima hakikat namun dia akur dengan keputusan anak sulungnya itu.
“Saya takut kehilangan Mike sebab ramai yang kata, orang Islam tak boleh tinggal dengan bukan Islam dan saya takut Mike tak boleh uruskan diri.
“Lepas Mike terangkan segalanya, baru saya boleh terima dan gembira tengok perubahan dia yang semakin baik.
“Saya sendiri teman dia daftar sebagai pelajar tahfiz dan mula-mula dulu, hari-hari saya datang jenguk Mike sebab rumah kami di Kampung Asam Kumbang tak jauh, dalam 10 minit saja,” katanya.
Lahir tak cukup bulan
Bee Cheng berkata, Mike Foong dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat 900 gram dan ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur selama tiga bulan. Bapa Mike Foong, Tan Ang Chong, 54, mengusahakan bengkel sendiri manakala dua lagi anak masing-masing berusia 20 dan tujuh tahun.
“Kami semua bukan Islam dan hanya Mike saja Islam tapi hidup bahagia malah anak bongsu suka tengok Mike solat,” katanya.
Sementara itu Mike Foong berkata, dia tidak mempunyai keluarga angkat beragama Islam kerana ibu bapa dan dua adiknya adalah harta dunia akhirat yang tiada pengganti.
Menurutnya, nama asal dikekalkan kerana tiada keperluan berbuat demikian walaupun sudah menganuti Islam.
Kisah yang memberi inspirasi
Cerita mengenai Tan Mike Foong ini benar-benar memberi inspirasi kepada warganet. Mereka telah menurunkan komen di ruangan Facebook sumber dengan menyertakan kata-kata positif kepada insan istimewa ini.
Sejuk perut ibu mengandung
Walaupun OKU tapi mampu hafal al-Quran
Sumber : Sinar Harian
Suami Isteri Hilang Kerja Serentak Bangkit Semula. Kini Jana Pendapatan Hingga 7 Ribu Sebulan Jual Tayar Terpakai. Inspirasi!

Gelombang Covid-19 telah memberi kesan yang besar kepada dunia, termasuk Malaysia. Virus paling bahaya di dunia ini bukan sahaja meragut nyawa tetapi turut memberi kesan kepada taraf ekomoni keluarga.
Lebih menyedihkan lagi, sejak akhir-akhir di media sosial tular beberapa kejadian bunuh diri yang didakwa akibat tiada sumber pendapatan. Bukan itu sahaja, ada juga dikalangan kita yang mengalami tekanan perasaaan akibat tiada punca pendapatan lagi.
Bagi yang masih berpeluang menghidangkan makanan di atas meja buat keluarga, seharusnya bersyukur masih diberikan rezeki untuk membahagiakan keluarga.
Namun bagaimana pula sebaliknya. Sudah tentu ia memberi tekanan. Lebih menyedihkan memikirkan hutang yang terpaksa ditanggung dan tiada wang sara hidup yang mencukupi.
Realiti yang harus kita semua sedar, inilah yang berlaku dalam masyarakat. Bagaimanapun, hidup tetap harus diteruskan. Tenangkan diri dan berdoa pasti ada rezeki datang asalkan berusaha.
Sebagaimana laporan yang dipaparkan oleh Harian Metro ini, begitulah yang dialami oleh pasangan suami isteri ini yang serentak kehilangan pekerjaaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu.
Lebih sebak keluarga ini terpaksa mendapatkan bantuan makanan daripada masjid. Namun mereka bangkit demi mengubah kehidupan demi membesarkan lapan anak masih bersekolah.
Benarlah, rezeki itu sentiasa ada buat keluarga lambat dan cepat je. Terus berdoa dan yakin ia pasti datang!
Sebelum ini, Che Rosmadi Che Othman, 41, bekerja sebagai juru elektrik manakala dan isterinya, Nor Shamsaimah Salleh, 42, bekerja sebagai pembantu kedai makan.
“Saya dan isteri hilang kerja secara serentak ketika PKP, Mac tahun lalu dan pandemik Covid-19 sangat memberi kesan kepada kehidupan kami sekeluarga, mujur pada waktu itu anak tidak perlu ke sekolah,
“Saya terpaksa pergi mendapatkan makanan di masjid demi kelangsungan hidup kami anak beranak.
“Ketika itu perasaan saya hanya Tuhan saja yang tahu, memang sedih sehingga duit untuk beli makanan pun tak ada.”
Buat pasu dari tayar terbuang sumber pendapatan.
Menurut Che Rosmadi, beliau mendapat idea menerusi YouTube dan mula menerima tempahan daripada rakan dan jiran.
“Pada hujung April tahun lalu saya mula menerima tempahan secara kecil-kecilan dan Alhamdulillah, hasil kerja saya turut mendapat tempahan dari sekolah, balai polis dan daerah lain hasil promosi di media sosial.
“Ini kerana ramai mengisi masa mereka ketika PKP untuk menghias laman rumah, sekolah dan pejabat masing-masing dan saya jual dengan harga mampu milik antara RM10 hingga RM50 bagi setiap unit pasu tayar itu.”
Jana pendapatan
Jauh di sudut hati,beliau melahirkan rasa syukur apabila tempahan pasu itu tidak pernah putus sehingga menjadi sumber pendapatan utama keluarganya dengan jualan antara RM6,000 hingga RM7,000 sebulan.
Nasihat kepada yang hilang pekerjaan
Dalam pada itu, beliau menasihati buat mereka yang kehilangan pekerjaan ketika Covid-19 supaya tidak putus asa dan mencuba bidang baharu.
Katanya, mereka boleh bermula secara kecil-kecilan dan membuat perniagaan dengan modal rendah dahulu kerana boleh berjaya jika ada kemahuan.
Sumber: Harian Metro Online
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club