Tak Perlu Beli Seterika Baru, Guna 4 Petua Ni Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika, Murah Aje Bahannya!

Share

Apabila dekat nak raya ni, tentu seminggu awal kita akan menggosok pakaian raya. Biarpuna ramai antara kita tidak dapat merentas negeri, namun raya tetap raya.

Bagi yang mempunyai masalah sterika yang mempunyai kesan kehitaman atau hangus tak perlu risau atau nak beli baru. Apa kata cuba dulu petua ni.

Hanya menggunakan empat petua ni sudah cukup membuatkan seterika kembali bersih dan kelihatan baru. Baju pun confirm tak rosak!

Cara 1: Garam halus


Bahannya: Garam halus dan 2 helai kertas surat khabar

Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.

Cara 2: Ubat gigi


Bahannya
1. Sterika yang melekat tu
2. Ubat gigi
3. Kain (saya gosok jer kat kain alas kelabu tu…tgk gambar)

Cara-caranya
1. Sapukan ubat gigi kat atas permukaan sterika tu.
2. Panaskan sterika (suhu tu medium shj..jgn terlampau tinggi sbb boleh cairkan ubat gigi dengan cepat). Biar suhu start medium supaya ubat gigi tu boleh salut kesan hitam kain yg melekat tu.
Part ni penting, bila dia dah salut, akan keluar bunyik macam merecik2..(ni tandanya sterika / iron tu dah sedia untuk digosok dengan cepat.
3. Pegang sterika tu (jangan pegang permukaan nye pulak..panas tu). Dengan sepenuh tenaga gosokkan laju2 pada kain tadi..sampai la terkeluar baki kesan hitam yang melekat tu

Cara 3: Daun pisang

Caranya:
1. Ambil sehelai daun pisang muda.
2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.

Cara 4: Lilin

Caranya:
1.Gunakan sebatang lilin
2. Gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair.
3. Cuci permukaan seterika pada kain buruk / kain yang tak digunakan lagi hingga jadi bersih.

Selamat mencuba!