Tak Perlu Beli, ini Cara Buat Sendiri Aiskrim Homemade, Guna 4 bahan Je. Mudah & Sedap!

Share

Cuaca panas begini kalau dapat makan aiskrim memang lah enak kan. Anak-anak paling suka ni. Memandangkan sekarang ini tengah PKP dan tidak dapat keluar rumah, apa kata ibu-ibu buat sendiri aiskrikm homemade.

Lagi seronok kalau ajak anak-anak buat bersama, lebih meriah dan ini juga salah satu pembelajaran baru buat mereka. tidaklah asyik mengadap tv atau gajet sahaja sepanjang masa kan. Pasti anak-anak akan suka ni bila dapat rasa air tangan sendiri.

Jom cuba resipi aiskrim homemade yang dikongsikan oleh puan Eyta Mazlie  menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Selamat mencuba!


Sepanjang PKP ni macam² masakan dah try, kalau blur nk masak apa.. Tengok group ni, jadi inspirasi & ada idea nak masak apa..😍
Nak tahu x cara nak buat aiskrim homemade? Buat malam tadi, sekarang dah boleh ngap.. Baru boleh share..😁

Resepi simple.. Bahan² pun memang ada kat dapur.
Resepi dari group ni jugak tapi saya olah sikit.
Saya share kot² ada yang nak try.. 😊

Aiskrim Homemade

Bahan2 :-
1 tin susu cair/susu kotak              Belian online DI SINI

*(saya guna susu tepung anak ja dibancuh dengan setin air masak)😅
¼ tin susu pekat @ ikut kemanisan Belian online DI SINI
1 penutup esen vanila                    Belian online DI SINI
1 sb ovallet (Saya lebihkan 2sb)      Belian online DI SINI

Cara membuat:
– Mix semua bahan sampai gebu
– Masuk dalam bekas
– Bekukan dalam freezer
*Kalau nak buat banyak cuma gandakan ja bahan2 tu.

Ni base untuk aiskrim vanila. Kalau suka perisa lain boleh letak apa2 perisa yang anda suka..

Untuk aiskrim ni saya warnakan untuk nampak lebih menarik..

P/S – Susu anak tu saya guna susu everyday, jadi orngg dewasa pun boleh minum.. Nak lebih sedap gunakan susu kotak fullcream@lowfat. Tapi PKP ni kita guna ja bahan apa ada kat dapur.. 😊

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club