Ini adalah perkongsian resepi paling mudah dan ekspres untuk anda buat sos spaghetti menggunakan tomato segar.
Tak payah nak guna sos tomato dalam tin lagi, Jimat dan juga dapat elak dari makanan yang diproses. ini cara buat sos tomato yang dikongsikan oleh puan Zurina Zulkefli.
Selamat mencuba!
Ads
Saya kongsi di sini ya kot ada yg teringin nak makan spaghetti tapi tak guna sos dalam tin. Saya guna tomato segar untuk dimakan bersama spaghetti. Walaupun rasa dia tak sepekat dan semasam Prego tapi masih sedap dimakan.
Resepi boleh rujuk setiap gambar ya.
Cara membuat:
Ads
Lima biji tomato segar dan merah ranum. Bahagian luar dihiris nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.
Kemudian rebus sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.Kemudian tomato tadi ditapis untuk mendapat pes tanpa biji.Okay, ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti.Jadi, masak macam biasa. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.Akhir sekali boleh masukkan spaghetti yg telah direbus. Kacau sebati.
Sebak di hati seorang ibu hanya Tuhan yang tahu tatkala melihat anak yang masih kecil menderita sedemikian rupa. Tiada daya untuk dirinya sebagai ibu melindungi, jika diri boleh ditukar ganti pasti dia mahu penyakit itu terkena padanya dan bukan anak kecilnya.
Lebih memilukan saat tiub dimasukkan melalui rongga hidung terus ke usus menyebabkan kanak-kanak berusia dua tahun ini tidak punya daya untuk menangis lagi dan hanya terbaring sepanjang masa.
Diserang sawan 7 hingga 9 kali sehari
Nur Iman Fitriah Abdullah disahkan menghidap penyakit sawan saraf yang menyebabkan dia diserang sawan antara 7 hingga 9 kali sehari dan perlu bergantung hidup dengan mesin bantuan oksigen.
Malah, kanak-kanak ini pernah koma selama dua minggu gara-gara tidak mendapat oksigen yang cukup, selain ruang pada mulutnya yang tertutup memerlukan dia makan dan minum melalui ‘feeding tube’ yang disalurkan melalui hidung ke ususnya.
Disebabkan itu, ibunya, Nurul Ashafiqah Azlan, 23, dan bapanya, Azhar Ali, 36, terpaksa berulang-alik ke hospital setiap minggu bagi mendapatkan rawatan dan memenuhi temujanji dengan pelbagai pakar bagi mengubati Nur Iman Fitriah.
Dibuang kerja sering ambil cuti kecemasan
Memburukkan lagi keadaan, Nurul Ashafiqah dan Azhar dibuang kerja pada pertengahan tahun lalu memandangkan kedua-duanya terlalu banyak cuti kecemasan untuk menguruskan Nur Iman Fitriah.
Nurul Ashafiqah berkata, anaknya mula mengalami penyakit sawan kronik sejak berusia tiga bulan yang mana anak sulung daripada dua beradik itu kerap mengalami kekejangan selain muka akan kebiruan.
“Dengan pendapatan sebagai pekerja sebuah kedai serbaneka sebelum ini kami berusaha untuk mendapatkan rawatan Nur Iman. Namun, kami berdua dibuang kerja kerana selalu cuti kecemasan bagi menguruskannya.
“Bagi menampung perbelanjaan hidup dan membayar kos rawatan Nur Iman, kami menjual tauhu begedil dan popia. Namun, untuk permulaan kami tidak mempunyai modal.
“Saya dan suami mengutip tin, kotak dan pelbagai barang terbuang yang boleh dijual untuk dijadikan modal perniagaan sebelum berjaya memulakan perniagaan makanan berkenaan yang mampu memperolehi pulangan antara RM500 hingga RM900 sebulan,” katanya ketika ditemui.
Perlukan susu khas
Nurul Ashafiqah berkata, bagaimanapun pendapatan itu tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian dan kos merawat Nur Iman memandangkan anaknya itu perlu minum susu khas yang memerlukan kos sebanyak kira-kira RM500 sebulan.
“Nur Iman tidak boleh makan dan minum kerana rongga mulutnya tertutup. Dia makan dan minum melalui tiub yang disalurkan melalui hidung, selain perlu minum susu khas.
“Dia hanya mampu terbaring sepanjang masa dan tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak lain, malah tidak lagi menangis ketika memasukkan tiub melalui hidung selain dia kini tidak boleh melihat kerana mengalami rabun kronik.
“Setiap bulan kami juga perlu membelikan tiub yang berharga RM100 selain perlu menanggung kos pengangkutan ulang-alik ke hospital memandangkan suami hanya memiliki motosikal.
“Ketika ini sewa rumah kami juga sudah tertunggak sejak kira-kira setahun lalu,” katanya yang tinggal di Pangsapuri Seri Perdana, Paroi di Seremban.
Terima tempahan tauhu begedil
Menurut Nurul Ashafiqah, dia ada menerima tempahan tauhu begedil daripada tiga kedai, namun tidak boleh membuat makanan itu dalam kuantiti banyak kerana peti sejuk bekunya yang bersaiz kecil.
“Saya berharap ada pihak atau agensi yang mahu membantu kami untuk menyumbang sama ada dari segi kewangan atau barangan seperti peti sejuk beku yang lebih besar bagi melebarkan perniagaan kami,” katanya.
Orang ramai atau pihak tertentu yang mahu menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun BSN Nurul Ashafiqah 0511241000206952 atau boleh menghubunginya di talian 0176796954.
Sudah pastinya sekarang laman media sosial dibajiri posting daripada bekas calon SPM 2020 yang mempamerkan slip keputusan masing-masing bagi berkongsi kegembiraan.
Penat lelah berjuang demi kejayaan berbaloi akhirnya apabila mendapat keputusan yang cemerlang. Malah dapat membanggakan ibu bapa dan keluarga.
Apa yang menarik salah satu posting menerusi tiktok menarik perhatian ramai apabila sebuah keluarga menyaksikan penuh debar keputusan SPM. Namun akhirnya bersorak bagaikan menyaksikan ‘game’ bola apabila keputusan diketahui.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 308.3K tontonan dan 44.8K tanda suka perkongsian di TikTok
Perkongsian video daripada Amir Ashman, ia memaparkan ahli keluarganya sedang menunggu keputusan SPM adik perempuannya yang terpampang di skrin TV.
Meluahkan kata tidak percaya kecemerlangan adiknya yang mendapat straight A’s.
“Omg am I even her brother, pandai bongok,” .
Kelihatan ibu dan ayahnya memeluk adik perempuannya tanda bersyukur atas kecemerlangan adik perempuannya.
“Dah macam tengok bola.”
Meninjau di ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah atas kejayaan. Namun apa yang mencuit hati ada yang menyifatkan cara keluarga ini melihat keputusan peperiksaan SPM ahli keluarganya bagaikan melihat permainan bola sepak. Bahkan ada yang memuji melihat keharmonian keluarga bahagia.
Jika anda imbau kembali zaman beraya sekitar tahun 80an dan 90an, ada satu menu biskut ini boleh dikatakan ditunggu-tunggu untuk dijamah setiap kali bertandang ke rumah sanak saudara dan jiran tetangga. Lain tidak bukan adalah biskut sampan. Kiranya biskut ini sangat istimewa dan digemari ramai, jika dihidang sebalang sekejap sahaja licin dimakan!
Bentuknya yang seakan sampan, rangup digigit dengan rasa kelapa kering dan kemanisan ceri memberi kesempurnaan rasa biskut. Dan buat anda yang teringin atau rindu untuk menikmati biskut sampan ini, apa kata anda sediakan sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh YangAtie Ramli ini. Selamat mencuba.
Cara
-Satukan butter dan gula.Pukul sebati.sis guna senduk jer.ada yang pakai mixer.
-Masukkan kuning telur,putih telur dan esen vanila. Gaul sebati.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang lembut.
Bahan Inti
-100gm butter@1/4 cwn butter
-130 gm kelapa kering@1 cwn kelapa kering
-6sb gula aising
-50gm badam cincang@1/4 cwn (sangai dulu)
-50 gm ceri cincang (merah dan hijau)
Cara (Inti)
-pukul butter dan gula hingga sebati.
-masukkan kelapa kering, badam. Gaul rata.
-ambik sedikit doh. Tekap dalam acuan. Jangan nipis dan jangan tebal. Masukkan inti dan hias dengan ceri.
Bakar 160° selama 20 minit