Sebenarnya merangsang motor halus anak tidaklah sesukar mana. Dengan menggunakan barang dan perkakasan dalam rumah sahaja sudah mampu mendorong kemahiran motor halus anak.
Pilih dan berkreatiflah dengan apa yang ada di dalam rumah sahaja. Anak jadi lebih tertarik dan bijak menggunakan apa yang ada disekelilingnya. Nak tahu barang apa dan bagaimana nak rangsang anak?
Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi turut berkongsi kelebihan dan antara aktiviti mudah boleh dilakukan dengan anak-anak di rumah sambil merangsang motor halus mereka.
Kalau kita kreatif, banyak barang-barang dalam rumah boleh dijadikan mainan untuk asah Fine Motor Skill anak.
Anak yang power fine motor skill nya, akan suka menulis. Seronok buat kerja sekolah. Cepat siapkan kerja rumah. Tangkas guna peralatan. Cekap bermain. Tajam daya tumpuan.
Ads
Sebab tu kita sangat galakkan ibu ayah latih skil ni pada anak sedari kecil lagi.
Komponen Fine Motor Skill :
1️⃣ Pincer grasp: Keupayaan menyepit menggunakan jari telunjuk dan ibu jari.
Ads
2️⃣ Finger isolation: Mengasing dan aktifkan satu jari dalam satu masa.
Kredit foto: Mr. Diy
3️⃣ Thumb opposition: Menyelaraskan ibu jari dengan jari lain untuk membantu memegang, memicit dan mengukuhkan ruang antara ibu jari dan jari telunjuk.
4️⃣ Tripod grasp: Mencubit dengan ibu jari dan jari telunjuk sambil meletakkan objek pada jari tengah, sama seperti anda memegang pensel.
5️⃣ Hand-eye coordination: Menyelaraskan pergerakan tangan berdasarkan apa yang dilihat oleh mata. Juga dikenali sebagai integrasi visual-motor.
Ads
6️⃣ Bilateral coordination: Menyelaraskan penggunaan tangan kanan dan kiri untuk sesuatu tugas. Seperti menstabilkan objek dengan satu tangan semasa bekerja dengan tangan yang satu lagi.
7️⃣ Midline integration: Contohnya, tangan kanan mampu melintasi badan kiri. Skil ni membantu anak menjangkau seluruh badan dan membantu buat pelbagai aktiviti yang memerlukan pergerakan badan.
Siapa boleh teka, apa aktiviti yang kita boleh buat melalui barang-barang rumah yang saya kongsikan ni?
Saya kongsikan antara barang rumah dan aktiviti yang anak selalu guna untuk bermain di ruang komen.
Main tepung. Gaul tepung, uli tepung, acu tepung. Dapat tactile sensory stimulation lagi!
Botol air ni ‘mainan’ wajib anak-anak saya.
Punca barang dapur selalu lesap. Paling geram, sayur dalam peti ais pun kadang diorang buat main. Buntot sawi paling pantang. Boleh buat gaduh berebutkan itu.
Main cucuk-cucuk speghetti.
Pengepit ni ‘alat’ wajib untuk latih motor skill anak.
Aktiviti finger isolation guna gula.
Selamat beraktiviti dengan anak!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak kena belajar susah, barulah dia jadi lebih kuat. Sebagai ibu bapa, adalah naluri semula jadi untuk ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Namun, dalam usaha memastikan mereka hidup selesa, ada risiko anak-anak menjadi terlalu bergantung atau kurang memahami erti susah dan usaha.
Anak Kena Belajar Susah, Barulah Dia Jadi Lebih Kuat
Oleh itu, penting bagi kita mendidik mereka untuk merasai kesusahan, agar mereka membesar sebagai individu yang lebih berdikari, kuat, dan matang.
Berikut perkongsian Mohd Zulkifli Shafie
Kena belajar rasa susah, supaya dia lebih kuat.Pagi tadi anak saya nak ke Balai Seni di KL. Dia nak siapkan assignment universiti katanya.
Dia cek Grab, tambang sehala RM90.00. Itu belum masuk tol. Kos pergi balik boleh cecah RM200.
Jadi saya suruh dia naik MRT dan naik bas sahaja. Lebih jimat.
Dia keluar dua beradik (adik lelaki dia sebagai bodyguard) tak habis pun RM20.00. Kos sebenar cuma RM15.20 untuk dua orang.
Walaupun mampu untuk benarkan dia naik Grab, tapi kena biasakan diri hidup macam mahasiswa yang lain. Yang ibubapa mereka tak mampu sediakan segalanya.
Dia pun kena belajar susah.
Bila dah terbiasa susah, kita tak akan rasa susah lagi bila susah sebenar tu datang.
Hari ni dia anak orang yang ada duit. Yang boleh sediakan segalanya untuk dia belajar dengan selesa. InsyaAllah.
Tapi masa depan dia belum pasti.
Dia kena belajar rasa susah sama macam mahasiswa lain supaya lebih mudah dia bina kejayaan dia sendiri.
Kesenangan yang berpanjangan boleh menjadikan kita lemah. Ibarat hidup tanpa exercise, badan makin lama makin lemah.
Tekanan ketika exercise tu menjadikan otot dan tulang kita makin kuat. Tekanan tu menjadikan tubuh kita lebih kuat.
Daya tahan hadapi tekanan itulah menjadikan diamond sebagai batu pertama yang paling kuat.
Mengapa Anak Perlu Belajar Rasa Susah?
Membangunkan Ketahanan Diri
Kesusahan mengajar anak untuk menghadapi cabaran hidup dengan tenang dan berani. Mereka belajar bahawa hidup ini tidak selalu mudah, dan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ini membantu mereka mengembangkan daya tahan (resilience) yang penting untuk berjaya dalam kehidupan.
Menghargai Usaha Dan Pengorbanan
Apabila anak mengalami kesusahan, mereka akan lebih memahami nilai usaha dan pengorbanan. Contohnya, jika mereka terlibat membantu kerja rumah atau menabung untuk membeli sesuatu, mereka akan lebih menghargai barang tersebut kerana mereka tahu usaha yang diperlukan untuk mendapatkannya.
Mengelakkan Sikap Manja Atau Bergantung
Anak yang tidak pernah merasai kesusahan cenderung menjadi manja dan kurang berdikari. Mereka mungkin sukar membuat keputusan atau menangani masalah apabila berhadapan dengan realiti kehidupan yang mencabar. Belajar menghadapi kesusahan membantu mereka berdikari dan lebih yakin pada diri sendiri.
Mengajar Nilai Kesyukuran
Kesusahan mengajar anak-anak untuk mensyukuri apa yang mereka miliki. Mereka akan memahami bahawa bukan semua orang bernasib baik, dan ini akan membentuk sifat empati serta keinginan untuk membantu orang lain.
Bagaimana Ibu Bapa Boleh Mengajar Anak Untuk Menghadapi Kesusahan?
Berikan Tanggungjawab
Libatkan anak-anak dalam tugasan harian seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, atau memasak. Tanggungjawab ini akan mengajar mereka bahawa hidup memerlukan usaha dan kerjasama.
Ajarkan Pengurusan Kewangan
Berikan peluang kepada anak untuk mengurus wang mereka sendiri, contohnya dengan memberi wang saku dan menggalakkan mereka menabung. Apabila mereka perlu menyimpan untuk sesuatu yang mereka inginkan, mereka akan belajar bahawa wang tidak datang dengan mudah.
Jangan Terlalu Cepat Membantu
Biarkan anak-anak menghadapi masalah mereka sendiri sebelum campur tangan. Contohnya, jika mereka tertinggal kerja sekolah, biarkan mereka bertanggungjawab mencari cara untuk menyelesaikannya. Ini akan mengajar mereka menyelesaikan masalah secara sendiri.
Libatkan Mereka Dalam Aktiviti Sukarela
Bawa anak-anak menyertai aktiviti sukarela seperti membantu golongan kurang bernasib baik. Ini akan membuka mata mereka tentang kesusahan orang lain dan mengajar mereka untuk lebih bersyukur.
Beri Galakan, Bukan Kemanjaan
Walaupun menghadapi kesusahan, anak-anak tetap memerlukan sokongan emosi daripada ibu bapa. Berikan galakan untuk mereka terus berusaha, tetapi elakkan memberikan keselesaan berlebihan yang boleh melemahkan semangat mereka.
Kesimpulannya mendidik anak untuk merasai kesusahan bukan bermaksud kita tidak menyayangi mereka. Sebaliknya, ia adalah langkah penting untuk membantu mereka memahami realiti kehidupan dan membentuk keperibadian yang lebih kuat dan berdikari.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan sekadar memberikan kemewahan atau keselesaan, tetapi juga memastikan anak-anak kita bersedia menghadapi cabaran masa depan dengan yakin. Ingatlah, anak yang pernah merasai kesusahan akan lebih menghargai apa yang dimilikinya dan mampu menjadi individu yang tabah dan berjaya.
Lain orang lain caranya dalam mendidik anak-anak. Sama juga dalam mengerjakan ibadah puasa, pada peringkat awal dan umur anak-anak masih kecil pelbagai cara ibu bapa melatih anak puasa. Bila mereka dah faham nanti, senang la mereka mengerjakan ibadah tersebut tanpa dipaksa.
Sama juga bagi penyanyi Ayu Damit, dia ada cara yang tersendiri dalam mengajar anak-anaknya untuk menunaikan rukun Islam ketiga itu.
Untuk memastikan anak-anaknya berjaya berpuasa penuh pada hari tersebut, dia akan ‘memancing’ merek dengan memperuntukkan ganjaran RM10.
Menurutnya, sebagai ibu kepada tiga cahaya mata yang semakin membesar, dia mahu melatih anaknya supaya lebih bersemangat menjalani ibadah puasa.
“Tahun ini anak bongsu saya dah mula belajar berpuasa. Jadi untuk support dia, saya berikan ganjaran RM10 untuk satu hari dia berpuasa penuh.
“Hari pertama puasa Alhamdulillah dia puasa penuh tapi masuk hari kedua mungkin sebab dia bersekolah, dia berpuasa separuh hari sahaja
“Kalau separuh hari, saya bagi separuh untuk dia dan disebabkan dia rasa sikit. jadi dia cuba bersungguh-sungguh untuk terus berpuasa penuh hari-hari berikutnya.
“Saya memang train anak-anak macam itu supaya mereka rasa bersemangat nak berpuasa dan ganjaran’ wang itu saya akan beri pada malam raya nanti,” kata Ayu.
Terdahulu, hasil perkahwinan dengan suami, Syed Fauzi, Ayu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syed Nashrul Haikal, 13, Sharifah Alya Aryana, 10, dan Syed Aqif Najmi yang kini berusia tujuh tahun.
Bersempena Hari Raya Korban ni, ada macam-macam kisah juga kita dengar. Ada kes lembu korban terlepaslah, ternakan korban menangislah dan macam lagi.
Malah kes lebih serius tentang agihan daging korban yang tidak telus hingga menyebabkan timbul rasa tidak puas hati.
Memberi lebih kesedaran dan penerangan berkaitan agihan daging korban, mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin di akaun fbnya berkongsi info. Jom semak.
AWAS! PENCURIAN DAGING KORBAN
Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.
Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban tersebut. Kadang-kala mereka merasa mereka berhak kerana menolong atau kerana AJK masjid. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.
Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan untuk mereka ambil apabila selesai urusan pelapahan haiwan korban. Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika pembahagian dibuat, anggota atau bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih dahulu. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan. Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging korban tanpa terlebih dahulu diizinkan oleh empunya, merupakan perbuatan yang haram.
(maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).
Ingatlah, dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid (martyrdom). Namun Nabi s.a.w menyebut:
كلا، الذي نَفْسِي بيَدِهِ، إنَّ الشَّمْلَةَ الَّتي أخَذَها يَومَ خَيْبَرَ مِنَ المَغانِمِ، لَمْ تُصِبْها المَقاسِمُ، لَتَشْتَعِلُ عليه نارًا فَلَمّا سَمِعَ ذلكَ النّاسُ جاءَ رَجُلٌ بشِراكٍ – أوْ شِراكَيْنِ – إلى النبيِّ ﷺ، فَقالَ: شِراكٌ مِن نارٍ – أوْ: شِراكانِ مِن نارٍ -.
“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”. Apabila orang ramai mendengar kenyataan tersebut, maka seorang lelaki datang membawa seutas atau dua utas tali (yang diambil tanpa pembahagian yang diizin) kepada Nabi s. a. w . Baginda bersama: Seutas atau dua utas tali juga (menyebabkan masuk) dalam neraka.
Bayangkan, jika mengambil seutas tali atau sehelai selendang tanpa pembahagian yang diizinkan, masuk neraka. Walaupun individu itu menyertai jihad bersama Nabi s.a.w. Bagaimanakah jika seketul atau satu kilo atau lebih daging?