Bila bercakap tentang pemanis mulut waktu raya, mesti dodol yang pertama terlintas di fikiran. Tapi, tahukah anda wajik juga merupakan salah satu menu raya yang digemari ramai. Wajik juga mempunyai tekstur yang sedikit kenyal dan rasanya yang manis dan berlemak.
Tak susah pun nak buat wajik ni, hanya ikut sahaja cara yang dikongsikan oleh Seri Ibrahim ini. Katanya ini resipi asli daripada ibunya dan sedikit berbeza dengan wajik yang biasa.
“Wajik pulut ni resipi tradisi dari bonda saya. Guna gula melaka asli. Untuk makluman, wajik ni jenis pulut keras ye.
Ads
“Kalau kita makan pulut dia keras rangup dan tak kembang. Kita orang melaka memang tak suka makan wajik kembang,” tulisnya.
Wajik Pulut Gula Melaka
Ads
Bahan-Bahan:
Ads
Beras pulut 1kg
Gula melaka asli 900gm (gula melaka asli boleh beli kat melaka. Guna gula melaka fake confirm tak jadi. Seriously)
Gula pasir tebu / gula merah 3 sudu
Gula pasir 1 cawan..
Santan 1kg (guna santan asli ye.. tak mau santan kotak.. Nanti kurang aslinya)
Daun pandan 2 helai
Cara-Cara:
Rendam beras pulut sehingga kembang dalam 2-3 jam bolehla.
Lepastu kukus pulut sehingga masak. Jangan lama sangat nanti wajik kembang.
Lepastu sejukkan pulut dan buang bahagian tepi yang kembang tu. Tak mahu masukkan pulut yg kembang.
Kemudian masukkan santan, gula melaka, gula merah dan gula pasir ke dalam kuali.
Masukkan sekali daun pandan. Siatkan daun pandan dan simpulkan. Kacau sehingga pekat dan buih membuak (mak saya guna istilah sehingga air gula dah tangkap betuk).
Keluarkan daun pandan, kemudian masukkan pulut tadi. Kacau sehingga pekat dan beras pulut bertukar jd keputihan. Kena kacau je dgn api perlahan sbb takut hangit..
Bila dah masak, keluarkan wajik dan letak dalam bekas yang dialas daun pisang yang sudah dilayur. Tujuan dia untuk menaikkan lagi aroma dia.
Kalau nak tahan lama org kata kacau sehingga naik gula.
Menikmati pulut kuning yang lembut dan cukup rasa lemaknya memang sedap terasa. Namun tidak semua mahir memasaknya, terkadang lembik, keras, malah lebih menyedihkan bila dimasak tebal keraknya dan menyebabkan akan terbuang dek kerana tidak enak dimakan.
Tapi semua ini tidak berlaku jika anda mengukus pulut tersebut.
Kebiasaanya untuk memasak pulut, terdapat dua cara boleh dilakukan iaitu sama ada ditanak atau dimasak di dalam periuk atau pun dengan kaedah kukus.
Bila pulut dikukus dikatakan rasanya lebih berlemak dan enak. Bahkan menurut Nur Baheeta, pulut yang dikukus dijamin tiada lagi pulut melekat di dasar periuk bahkan cara memasaknya juga cukup mudah.
Nak tahu resipinya, ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nur Baheeta daripada resipi asal Umie Qut .
“Cara masak pulut kuning style mak saya. Senang dan mudah. Pulut pun cantik je kejadian nya. Tak lembik dan tak terlalu keras. Dijamin tiada lagi kes pulut hangit/melekat di dasar periuk,” ujarnya ringkas.
Jadi bolehlah dicuba memasak pulut kuning yang elok kejadiannya dengan cara dan resipi yang dikongsikan di sini. Selamat mencuba.
Langkah 1 : Basuh dan rendam beras pulut dengan serbuk kunyit. Rendam dari pagi hingga petang lagi elok.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Lontong adalah salah satu menu hidangan yang dulunya popular sewaktu musim perayaan. Namun kini, sajian ini menjadi hidangan seisi keluarga tanpa mengira masa.
Melalui perkongsian Mizs Mieyza via Masak Apa Hari Ni mendapat perhatian ramai ekoran cara penyediaan yang ringkas.
Jom lihat perkongsiannya.
Melontong.Mak dulu niaga lontong ni kat kem askar. Kami adik bradik puas haa dok tolong mak…dulu gaji ayh x sebesar gaji askar skarang ni…jd kena cari alternatif lain ntk mak n ayh besarkn anak2….hujung mggu paling best kami 4 bradik dok kat kantin niaga…akak jadi ketua…dtemani pekerja mak sorang…haa time tu mak ade bagi upah… dh dpt upah kumpul duit….beli kropok twisties sebungkus n air berkarbonat sebotol…wahh rasa suke yg amat masa tu dpt beli twisties sebgkus…mkn 4 bradik masa tu…sush payah tolong mak berniaga…..kenangn2 ni kdg2 buat kiter rndu nak ulang zmn dulu2…skarang masing2 dh kerja…..lontong ni slh satu menu yg ade kat kantin RSAT kem penrissen BATU 8 SWK.
Resipi ade kat gmbar yersaya halalkn resepi. resepi ni d combine dgn resepi mak mertua akak sy yg dok d batu pahat jb…mak mertua untuk sy belum ade…jodoh sy masih hilang dr radar..doakn kami sekeluarga sihat dan dmurahkn rezeki.
CARA PENYEDIAAN
b
Menarik resipi ni. Boleh cuba buat masa raya haji ni.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memasak ini sudah tentu kena ada ilmu untuk memastikan hidangan jadi enak dan tidak mudah basi.
Nak tahu lanjut petuanya ikuti perkongsian oleh tukang masak Ayue Jalal yang berkongsi pengalaman memasak.
Pada masa yang sama, beliau juga turut membuat penghantaran makanan di kawasan sekitar Usj dan Subang Jaya.
Bagusnya tidak lokek berkongsi ilmu memasak. Patulah viral petua yang dikongsi lebih 9.6K share. Sesuai sangat petua ni dipraktiks kan terutama petua nak buat rendang raya nanti. Moga manfaat bersama.
Petua masakan daripada mykitchen
Nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih
2.Nak elak ikan goreng melekat kat kuali; panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik
3.Nak sambal merah sedap cantik; masak lada lama + gunakan gula merah
4.Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi
Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masin nya.. tak caya cuba lah
6.Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu tau…nak masak br basuh
7.Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik.
8.Merangup kan timun untuk buat jelatah timun, potong siap2 timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lps tu bilas…kesan nya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun
Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih2, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam… nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik2 kan nasi tu dan tutup sampak berwap
Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dlm pt ais
11.Nak kopek telur selepas direbus, lps rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc..
12.Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih utk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit… masak sampai garing, ayam grg lebih sedap/garing
13.Nak merangup kan ayam goreng hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam
14.Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.
15.Nak simpan tauhu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari2 masih elok lagi tahu tu… so anda pun baru tahu hari ini
16.Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. kureng lah..nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek… sup lebih sedap/pekat tau
17.Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. buat setiap bulan. mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...