
Cakoi merupakan makanan yang berasaskan tepung dan bahan yang digunakan juga tidak banyak. Menu ini juga sangat sesuai dimakan ketika panas-panas selepas dimasak.
Dengan resipi yang dikongsikan oleh Suraya Yaacob ini, anda hanya perlu ikut sahaja step-step berikut untuk membuat cakoi yang gebu dan enak. Bukan itu sahaja, cakoi ini juga sangat sedap dimakan bersama sos karamel atau coklat.
Cakoi
Bahan-Bahan:
- 300gm/1 mangkuk /⅓ peket tepung gandum
- 2 sudu makan gula
- ½ peket yis mauripan
- 1 sudu teh baking powder
- 1 biji telur
- 1 cawan air
- ⅓ cawan minyak masak
Cara-Cara:
– Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata.
– Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh.
– Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut.
– Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang.
– Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang.
– Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
Sumber: Suraya Yaacob
Peniaga Ini Kongsi Resipi Masak Nasi Kandar, Siap Bagi Petua Nak Kari Jadi Pekat. Patutlah Ramai Share, Memang Padu Masakan Ni!

Biasanya makan di kedai berbanding bungkus ni, nikmat makan panas-panas tu memang power!
Namun buat yang teringin nak masak sendiri nasi kandar, ikuti resipi viral ni oleh peniaga, puan Ella Hussain memang padu masakannya siap bagi petua nak kuah jadi lebih pekat dan sedap!
haii hampaa…mai nk share resepi nasi kandaq padu cara ella buat..lama dah duk nk bg…tp tak dan nak edit bg…
ni resepi ella duk niaga..in sya Allah paduu…😁
*ella guna serbuk kari jenama babas na..
*masak kari guna belanga jgn guna periuk…rasa dia tak kaw
* kari yg sedap kena bg likat n masak kena 3 4 kali kering air(maksud bila kering tambah air…kering tambah air) 100% serbuk kari tk dak santan
*kicap mudim merah ella guna
AYAM GORENG MAMAK-resepi 1 ekor ayam)
-blend bawang putih 1 labu+ halia 1inchi+1 kiub pati ayam mgge+telur sebiji
-ayam cuci bersih n toskan…jgn berair ..ikot laa nk ptong berapa tapi kelar skit isi2 ayam to0 untuk bg masuk bahan perap dlm isi ayam to0 nnt..
-dah blend semua…masukkan dlam ayam yg di letak kan dlm besen, masukkan juga serbuk kari dging 2 sudu mnggunung,1 sudu serbuk kari ikan mnggunung,1sdu srbuk cabai,2 sudu mnggunung tepung jagung, satu sudu kecil serbuk lada putih, serbuk kunyit skit,garam,gula,aji,pasti sedap(yang ni agak2 laa yea…sya pakai letak ja..tk dak sukatan…garam jgn bnyk ..sbb serbuk kari dah masin..n daun kari.._rujuk kt pic ella bg_
-gaul semua n sebatikan…perap dlu 4@5 jam…then goreng..api kena panas n ayam kena tggelam..dah masuk ayam to0..slow kan semula api…jgn kecil sgt ..sedang2 jaa..
KARI MAMAK
-blend sebiji bawng besar+bwng putih 3 ulas
-masuk mnyak masak 1@2 senduk dlm belanga,tumis 3 sekawan,kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,halia 2 3 hiris ketuk…
masuk yg blend td…haru2 kejap then tuang terus serbuk kari daging 2 senduk+serbuk kari ikan 1 senduk
(ella tk bancuh dah..terus tuang..n ella tak reti agak2..tp ella bg sukatan too0 nnt adjust laa sndri nah..)
-tuang air n tggu kering n tambah air lg pasto0 masuk garam+aji+gula+1 kiub ayam mgge.. (adjust sndri..tk dak sukatan..sesedap mulut hampa la nah…)
masak api sedang ja…nnt dia naik myak to0 rasa laa..then tutup api siap
nak masuk ayam ka dging ka, masuk masa buh air td na,supaya empuk n masak elok,nak masuk kacang ka kentang ka terung ka..boleh ja klu kari yg ni…
KARI PEDAS SOTONG
-rincik bawang putih, bawang merah tumis mnyak 1 @2 senduk + halba cambur 1 sudu kfc+daun kari..
-tuang serbuk kari babas daging pedas 2 senduk+ 1senduk kari pedas ikan+1 senduk serbuk cabai
-tuang air n perasakan garam gula aji n pasti sedap mgge(tk dak sukatan,sendiri adjust rasa)
masak mcm kari versi 1..kering air masuk air lgi..ulang la 2 3 kali…pasto0 dekat nk masak letak sotong..n siappp (klu nk letak udang ka apa tk kesah tp klu sotong lgi la sedap)
DAGING MASAK HITAM@KICAP SIMPLE
-blend bawang merah sebiji+ bawang putih
-tumis dlu 3 sekawan +halia stngah inchi ketuk,daun kari..then masuk yg blend td..haru2 masuk 1 sudu serbuk cabai,masak kejap pasto0 masuk kicap bg bnyk skit na..pasto0 masuk daging n masuk air…masak dlu smpai dging empuk dah to0 baru perasa kan gula aji n pasti sedap…garam tk yah sbb kicap dah masin…n bg manis skit na masakan ni…ok settle…
KOBIS GORENG
-rincik kobis halus memanjang
-tumis bawang merah+ bawng putih(rincik halus)+halba cmpur secubit+ daun kari
-masuk kobis+kunyit serbuk secubit+perasa garam,aji,pasti sedap..siap
nasi ella buat nasi mnyak ja..dlm nasi letak kas kas skit..hujung sudu ja..jgn bnyk😁😁( x suka jgn letak)
boleh laa rebus telur asin n bendi…nak sedap bungkus dlm surat khabar n perap semua kuah dlm 5 ke 10 minit…ella jual open order dalam kem tentera..tk dak kedai..😁habaq siap
try laa nah..in sya Allah sedap mcm mamak…
Sumber: Ella Hussain
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Resepi Homemade Nugget Ayam Stick Lebih Sihat, Sedap & Menjimatkan. Anak Pasti Suka Ni!

Isi Kandungan
ToggleNugget antara makanan yang menjadi pilihan dan kegemaran anak-naka. Baik waktu pagi ketika sarapan atau minum petang.
Jika ibu-ibu biasa membeli nugget di luar dan hanya goreng di rumah, apa kata kali ini cuba buat sendiri. Lebih terjamin kebersihannya selain menjimatkan. Paling penting air tangan ibu pasti lebih disukai anak-anak kan.
Okey, jom kita cuba resepi chicken nugget stick yang diolah oleh Puan Nurul Natasya Abidin ini. Nampak sedap sangat kan? Anda juga boleh jadikan ia menu untuk Memang parti kanak-kanak.
- Ayam bahagian dada – blend
- Daun sup – cincang halus
- Carrot – cincang halus
- Tepung ubi – 2 sudu
- Tepung gandum – 5 sudu
- Garam secukup rasa
- Lada sulah
Cara membuat:
1. REBUS / KUKUS
Mula-mula, rebuskan atau kukus semua bahan.
Kalau nak senang melekat pada batang aiskrim / chopstick / lidi, rebus bulat dulu kemudian baru cucuk.
2. BEKUKAN
Seterusnya bila dah elok dibentuk, bolehlah bekukan dalam freezer.
Tujuan kita bekukan ni supaya testurnya lebih cantik, tak berderai dan kurang serap minyak bila digoreng.
3. GORENG
Bila dah agak beku dalam freezer, bolehlah goreng dengan minyak panas macam kita goreng nugget biasa.
Masa nak goreng, gaul dengan telur dan salut dengan tepung untuk bagi rangup.
Saya gunakan 5 sudu tepung gandum + 3 sudu tepung jagung.
Bila dah goreng, macam nilah hasilnya.
Menarik kan? Budak-budak mesti suka sebab senang pegang.
Macam bebola yang biasa orang jual di gerai-gerai makan. Tapi, kalau buat sendiri ni tentulah lebih sihat dan diyakini kebersihannya. Jimat pun jimat.
Yang penting, lagi sedap sebab guna bahan segar. Insha Allah anak-anak suka.
Jadi, apa tunggu lagi. Bahan semua senang je nak dapat.
Selamat mencuba!
Sumber: Siraplimau
Resipi Puding Roti Karamel Ni Superb! Boleh Cuba!

Jika ada roti tak sempat nak habiskan, apa kata buat puding roti karemel. Selain tak membazir, anak-anak tentu suka dapat makan puding ini.
Ikuti resipi oleh Nyda Syuhada yang berkongsi resipi.
Boleh cuba
Biasanya kalo ade roti extra mst menu puding roti kuah kastard je yg bersarang kt kepala kan
Bosan menu sama, Sis bt menu lain pulak which is Puding Roti Karemel
Bahan-bahan
Roti putih 6keping
Tepung kastard 4sb
Susu cair 1tin
Gula 4sb
Gula 4sb(Karemel)
Air 1cawan
Cara membuat
1.Untuk karemel,masakn 4sb gula dgn api yg plg perlahan sekali..Kacau sampai cair & bertkr warna kuning keperangan.Dh hmpir bertkr warna cpt2 tuang dlm loyang kuih & pastikn tuang rata tau!
2)Potong bhgian tepi roti n blend kering bhgian body putih roti shj – Letak tepi dlu ye
3)Satukan tepung kastard bersama air & kacau sedang2 saja tauu jgn smpai tergeliat
4)Part body puding,masukn susu cair dlm periuk bersama 4sb gula..Masak dgn api yg perlahan n kacau rata..Kemudian tuang bancuhan air kastard td & last skali tuang sedikit demi sedikit serbuk roti yg sdh diblend td smpai hbis.Kacau sebati mereka sekeluarga yer
5)Agak2 pekat bancuhan tu blh close api ye n tuang semua dlm loyang tau!
6)Kukus puding dlm 30min guna api sedang2 jerr
7)Dh msk ttp api ,keluarkn puding utk suhu normal dlm 20min..Lps tu blh msk dlm peti ais tau kasi cooolll dlm sejam cmtu
8)Puding dh sejuk so sesi telangkupkn dia n sila hati2 tkt tertumpah karemel tu..syg tau!
Siap & selamat makan!