Wang dan masa yang terhad selalu menjadi punca utama kita untuk membawa anak-anak merehatkan minda. Namun perkongsian seorang bapa yang juga penulis kekeluargaan, Firdaus Syakirin ini membuka mata semua.
Benar wang yang banyak bukanlah kunci utama untuk membuka peluang membawa anak bercuti. Berehat, healing dan bercutilah mengikut kewangan kita. Yang penting kita rehat dan mencipta memori dengan anak dan keluarga.
Kalau tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah. Ada sikit, kita seronok la cara sikit.
Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh, masam muka, hang kata aku, aku kata hang. Jadi tak seronok jugak.
Si suami pergi balik kerja hari-hari, si isteri uruskan hal rumah hari-hari. Si anak p belajar hari-hari. Mental dan emosi setiap penghuni rumah tu, berlainan ikut apa yang dilalui.
Tapi kalau kena tunggu “ada duit” baru boleh ambik suasana baru, baru boleh keluar release tension, me time, family time, maka lambat.
Duit ni, kita guna ka, kita tak guna ka, tetap habis serupa tu jugak, tak lekat jugak kat tangan walaupun tak keluar mana-mana, dok saja dalam rumah.
Duit sikit, kita belanja cara sikit. Duit banyak, kita belanja cara banyak…takat mana yang ada, sesuaikan saja apa aktiviti yang kita boleh buat.
Nowadays, bukan isteri saja yang sakit otak, suami dan anak-anak pun sakit otak gak kalau tak ke mana-mana untuk reset balik otak tu.
Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan. Isi minyak kereta, jalan. Letak tikar, bawak lauk dari rumah, makan tepi laut. Balik semua happy.