Tak Percaya Dijangkiti Covid 19. Coretan Wartawan Ini Boleh Dijadikan Iktibar.

Share

Hari sahaja pada 5 oktober rekod kadar jangkitan meningkat kepada 432 kes. Kadar yang agak membimbangkan.

Dalam tempoh kita menjaga SOP dan mengelak jangkitan, siapa sangka kita dijangkiti wabak yang bahaya ini.

Begitulah situasi yang dilalu oleh saudara Azrul Affandi Sobry HM yang disahkan positif dijangkiti virus ini. Beliau yang merupakan wartawan berkongsi coretan bergelar pesakit covid-19.

Moga kisahnya menjadi pengajaran buat kita semua tentang penularan wabak ini.

5/10/2020
Pagi pertama di wad Covid, Sungai Buloh.
Serius aku masih macam tak percaya. Selama ini aku yang paling lantang berbicara mengenai Covid dan hari ini aku menjadi mangsa tentera virus ini. Tapi aku redha kerana mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan pada aku.

Wad Isolasi
Ward isolasi ini bukan macam ward biasa. Ia lebih kepada satu bilik yang mengasingkan pesakit covid sebelum dipastikan samada perlu dipindahkan ke wad rawatan jika sangat memerlukan. Ramai dalam wad ni. Adalah lebih 50 orang. Muda-muda semuanya. Adalah sorang dua yang aku rasa berusia 50an. Mungkin warga emas diletak di wad lain.
Ada juga adik beradik dalam wad yang sama. Budak tu mungkin dalam 10 tahun usianya. Mujur abangnya ada sekali. Dapatlah juga dia berteman. Abangnya selalu mengusiknya, mungkin nak hilangkan kebosanan mereka. Aku pun tak tau macamana nak habiskan 14 hari di sini kerana memang tiada apa yang boleh dibuat kecuali baring, ke tandas, surau dan baring semula.
Pagi ini darah diambil. Petang ni xray pula. Semoga tak ada apa2 masalah besar. Kalian doakan saya ya. Orang dalam wad ni pun baik2 belaka.

5 Oktober 2020
2 petang
Katil 33, wad 43

Baru beberapa jam dalam wad ini, banyak sekali kisah menarik rakan senasib, mangsa tentera Covid yang dapat aku kutip. Ramai juga sebenarnya senasib denganku yang mana dijangkiti C19 ketika berada di Sabah. Boleh dikatakan, daripada 5 kes yang aku dengar, 4 dari Sabah.

Paling sadis, ada yang tidak sedar mereka dijangkiti, sudah masuk kerja sebab swab test negatif tapi tiba-tiba bergejala dan selepas saringan semula, positif pula. Tuan badan bercerita dengan sedikit kecewa kerana dia risau apa pula nasib rakan sekerja. Tapi bukan salah dia. Keputusan awal memang negatif.

Ada pula yang hanya sehari di Sabah, cover event Menteri, dah dijangkiti. Sempat lagi dia bergurau dengan aku. Katanya, kalau abang tak kena, tak aci sebab abang dekat sabah 20 hari. Saya ni sehari je di Sabah pun dah positif. Ketawa saja aku mendengarnya.

Ada pula satu keluarga kena. Pulang dari bercuti di Sampoerna. Ada sebahagian ahli keluarga di ward lain kerana bergejala.

Apapun cerita mereka, aku respek dengan pesakit covid ni. Mereka memahami setiap masalah rakan dalam wad yang sama sebab mereka pernah laluinya. Antaranya, ramai yang tegur aku masa makan tadi.

“Sedap tak makanannya? Sure abang rasa tak sedap kan? Tapi untuk makluman abang, makanan di sini sangat sedap tapi abang tak rasa sebab awal-awal kena covid memang deria rasa abang akan hilang.”

Ya memang betul. Aku tak rasa apa-apa. Tawar dan payau. Tapi mereka kata, tunggu lagi 3 hari, aku akan rasa sedap sangat. Mungkin juga sebab aku tengok mereka makan dengan sangat berselera.

Di wad Covid ni, tak boleh sombong sebab inilah saja keluarga yang kami ada untuk 2 minggu ini. Kami tak terkurung. Masih boleh keluar tengok matahari sebab ada ruang kecil sebelah bilik air yang menjadi tempat ramai pesakit di sini lepaskan rindu buat videocall dengan keluarga. Aku pun sama.

Stop dulu. Nanti aku update lagi. Petang ni aku kena xray. Kalau ada masalah, aku kena masuk wad lain. Sebab nafas aku masih lemah. Masih mengah. Doakan aku…

Kredit: Azrul Affandi Sobry HM