Tak Pening Kepala Nak Beraya Di Rumah Baru, Bila Dekor Dengan Bajet Rendah Tapi Nampak Hebat!

Share

Pastinya raya tahun ini akan lebih istimewa bila rumah yang dibeli setahun yang lalu sedia untuk didiami. Kata orang, dapatlah beraya serba baru tahun ni! Akan ada langsir baru, sofa baru dan senang cakap serba serbi baharulah, maklumlah beraya di rumah barulah katakan.

Tapi sebelum semuanya serba sempurna di dalam kediaman tersebut menjelang Hari Raya, mungkin ada yang tengah pening kepala memikirkan bajet dan konsep dekorasi rumah tersebut.

Untuk itu, apa kata anda cedok idea dekorasi yang diilhamkan oleh Fatin Amierah Zabri untuk kediaman abang kesayangannya yang baru berpindah di berek polis. Modal yang digunakan pun tidak terlalu mahal namun impaknya cukup luas biasa! Ikuti  perkongsiannya.


“Ni rumah abang Fatin, berek polis di pekan, Pahang. Masa mula-mula dapat tau dia dapat pindah masuk ke berek. Fatin mintak gambar seluruh rumah tu. Tak puas hati lagi terus video call sebab nak plan barang apa nak kena beli . Nak datang jenguk takleh . Sebab perjalanan dari Taiping ke sana amik masa 6 jam. Jauh wehhh.Jadi dengan daya imaginasi yang jitu Fatin terpaksa bayangkan susun atur rumah tu.  Abang cakap dia nak ‘deco cantik tapi bajet’. Okay , kita cuba penuhi permintaan dia.”

sebelum & selepas

Cat Kelabu : Sancora RM38
Langsir : Fatin jahit + Kaison
Carpet : Prima , dua carpet RM180
Sofa : Lazada RM450

 

IKEA :
Rak tv RM55, Coffee table RM29 , Cermin RM60 , meja makan RM299 , rak hiasan tak sampai RM100 , lampu RM39.

KAISON :
Wallpaper dua roll RM40 , gambar hiasan total +-RM35 .

Yang lain MR DIY dengan kedai ECO .

Bawak semua barang-barang ni dalam kereta. Dan projek deco dari pukul 2 petang sampai tengah malam . Alhamdulillah siap ! Simple simple untuk orang bujang atau baru kawin.

 

sumber :Fatin Amierah Zabri