Tak Payah Tunggu Pergi Restoran, Kat Rumah Pun Boleh Makan Siakap Sweet Sour Dengan Resipi Mudah Ni!

Share

Kalau pergi pasar, tengok barang basah sambil beli sambil fikir menu. Ada pula jenis ambil dulu, nanti baru fikir nak masak apa. Betul tak?

Sesekali tengok ikan kat pasar murah, especially ikan siakap. Rasa nak beli tapi selalu makan kat kedai, tak masak sendiri kat rumah. Tak mengapa, lepas ni beli je, buat sendiri ikan siakap masak sweet sour ala kat restoran. Confirm husband tak ajak beli kat kedai dah, buat kat rumah sendiri ja!

Jom cuba resipi dari Nur Hairiyah Hassim ini, senang betul cara nak buatnya. Paling best, tah payah nak perasa  dengan garam gula pun dah cukup rasa. Tak percaya? Kena lah cuba!

RESEPI SIAKAP SWEET SOUR PALING SIMPLE & SEDAP

Bahan-bahannya :-

5 sudu besar sos Thai
5 sudu besar sos cili biasa
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
6 biji cili
Daun ketumbar (untuk ditabur)
Timun – dipotong dadu
Tomato – dipotong dadu
Nanas (jika suka) – dipotong dadu
Ikan siakap
resepi siakap sweet sour

Cara-caranya:-

1. Mulakan dengan goreng ikan terlebih dahulu. Dah siap siang dan cuci bersih ikannya, salutkan dengan garam sedikit dan bedakkan dengan tepung jagung. Fungsinya supaya ikan yang digoreng nanti akan garing di luar, lembut dan juicy di dalam.

2. Dah siap lumurkan dengan tpung, boleh mula goreng. Kalau boleh biar minyaknya banyak supaya ikan masak sekata. Dah agak garing, angkat dan toskan. Boleh mula buat kuahnya pula.

3. Untuk kuah, panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cili yang telah dihiris.

4. Setelah naik bau & garing, masukkan sos cili, sos thai dan bahan-bahan lain ke dalam kuali. Masak hingga sebati. Rasa dahulu sebelum tambah gula dan garam kerana sos yang digunakan sudah lengkap rasa manis dan masinnya.

5. Bila rasanya sudah sekata,curahkan kuah pada ikan siakap yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidang!