Siapa peminat sushi kat sini? Cer angkat tangan sikit!
Selalu kalau pergi mall, pantang kalau tak singgah beli sushi, rasa tak lengkap rasanya! Ye la, bukan selalu pun nak jumpa kan? Tapi kalau beli, rasa tak puas pula kena beli banyak sebab banyak ‘mulut’ nak makan!
Dari bersusah beli kat mall, lepas tu kena beli banyak-banyak sampai tak perasan dah over bajet, apa kata buat je sendiri. Mudah je tau sebenarnya, lagi-lagi kalau cuba resipi dari Anie Anie
ni. Nak tahu buat macam mana? Jom tengok!Anak saya umur 15 tahun yang buat sushi ni…anak2 saya memang penggemar sushi…saya memang tak minat sangat sebab baunya..dia kata kalau beli kecil2..tak puas makan…haaa saya belikan bahan2nya..dialah yang buat dari A sampai Z…😊 ikut suka dialah nak letak apa… saya memang tak pernah umur buat benda ni 😁…abaikanlah bentuk yang pelbagai rupa tu ye…😄 ada ke penggemar sushi dalam group ni…
Bahan yang diperlukan :-
Beras Cap Sumo (beras khas untuk sushi)
Bahan untuk inti sushi ( sosej, telur dadar, isi ketam, timun jepun, dsb)
Peggulung sushi
Seaweed
Mayonis (Optional)
Cuka (untuk masak nasinya)
Air
garam/gula (optional kalau nak beri rasa pada nasi)
Cara-caranya :-
1) Masak nasi untuk sushi
1 mangkuk beras
2 mangkuk air
Masak macam biasa dalam rice cooker..jika tak nak terlalu lembik boleh kurangkan sedikit air…semua cara2 memasak ada di belakang sampul beras..
Dah masak sejukkan sekejap kemudian letak cuka ikut citarasa masing2..tak letak pun tak apa sebab takut ada yang perut tak tahan cuka..
2) Sosej di celur sekejap ye..dan isi ketam di sangan dengan sedikit minyak untuk elak melekat pada kuali. Potong bahan untuk inti sushi ikut kesesuaian.
3) Hamparkan penggulung sushi, letakkan seaweed, ratakan nasi di seluruh seaweed dan letakkan isi.
4) Gulung bahan tadi, kalau boleh pastikan semua bahan tersebut mampat supaya sushi tak mudah relai.
5) Dah siap! Sedia untuk dipotong. Tip penting, pastikan pisau yang digunakan tajam untuk dapatkan potongan yang cantik.
Bagi yang suka makan sushi bersama kicap, boleh ikut resipi di ini :-
Ni sosnya
Kicap manis
Sos cili
Bawang putih
Halia
Gula
Air
Masak atas api sekejap bagi gula larut…siap
Selamat mencuba!