Tak Payah Susah-Susah Pergi Johor, Buat Sendiri Je Laksa Johor Guna Resipi Ni, Confirm Jadi!

Share

Zaman maju sekarang ni, nak apa semua kat hujung jari! Kalau jenis tak berapa nak rajin especially tang nak masak, buka je apps yang ada sekarang, click order tuppp sampai makanan depan rumah.

Yang jenis tak suka makan makanan luar, apa lagi masak lah sendiri jawabnya! Kalau teringin makanan itu ini, cari je resipi, sediakan barang, ketung ketang dah siap boleh makan dah!

Sama juga dengan resipi Laksa Johor ni, tak payah nak pergi Johor ke, cari orang Johor nak makan, masak sendiri je ikut resipi dari Nuryusra Ibrahim Kutty di laman Facebook miliknya.

RESEPI LAKSA JOHOR
(make sure makan pakai tangan okay)
——-
BAHAN-BAHAN

2 bungkus spaghetti
2 biji bwg besar
6 biji bwg merah
6 biji bwg putih
2 batang serai
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit
(Blend kesemuanya kecuali serai ketuk)
——-
4 senduk lada kisar/cili kisar (lada/cili kering)
4 sudu besar rempah Kari ikan
4 sudu besar kerisik Akasa Malaysia
2 kotak santan
4 Asam keping
——-
4-5 ekor ikan kembung/selar/selayang/parang) -apa sahaja jenis ikan
5-6 ekor Udang basah
Udang kering (blend)
Ikan masin kurau (blend)

 

Rebus buang tulang dan blender isinya guna air rebusan.Tulang ikan blend asing dan tapis ambil airnya buat kuah.


————–

CARA-CARANYA

1. Tumis bahan kisar dan serai hingga keluar minyak.
2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dan lada kisar.
3. Kemudian, masukkan isi ikan, udang basah, udang kering dan ikan masin yang telah dikisar, biarkan seketika sehingga mendidih.
4. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
5. Masukkan asam keping, kerisik dan santan.
6. Masukkan garam dan gula perang/melaka.

——–
BAHAN HIASAN

Timun
Kacang panjang
Daun kesum/Daun selasih
Bunga kantan
Bawang holland
Limau kasturi
Sambal belacan

 

SELAMAT MENCUBA

#laksajohor #laksajohorviral #laksajohorsedap #resepilaksajohor #akasamalaysia

SUMBER : Nuryusra Ibrahim Kutty