Bila dah duduk rumah ni, macam-macam benda teringin nak makan, cuma rajin ke malas je nak buat!

Haaa yang mana tengah rajin tu, jom cuba buat takoyaki sendiri kat rumah! Senang je uolss, tak payah guna acuan bulat-bulat tu pun! Buat bulat sendiri je. Haaa tunggu apa lagi, jom cuba buat makan petang ni guna resipi dari  Wan Muhammad Hafiz Satar ni!

Bekal anak pagi ni baba buatkan TAKOYAKI versi MELAYU 😂😂😂. Memandangkan baba takde acuan utk masak tako ni.. jadi kenalah kreatif. So baba buat ikut resepi CUCUR VIRAL. Alhamdulillah menjadi jugak. bleh makan sepuas²nya.

RESIPI TAKOYAKI VERSI MELAYU

Bahan-bahan adunan :-

1 cawan air panas didih
1 cawan tepung gandum
1 sudu gula
Secubit garam

Bahan-bahan sos :-

IKLAN

Kicap
Gula
Air
Tepung jagung

*Panaskan Kicap manis + gula & air.. pastu tambah tempung jagung utk pekatkan sos. sos kena manis baru sedap.

Bahan-bahan tambahan :-

Kobis (cincang halus)
Daun sup (cincang halus)
Cili merah (cincang halus)
Sosej (potong kecil)
Sotong (potong kecil)
Isi ketam (potong kecil)

Cara-caranya :-

1. Campurkan semua bahan adunan ke dalam bekas, gaul sebati.

2. Kemudian, masukkan sekali bersama bahan tambahan kobis, daun sup dan cili. Gaul sebati bahan tersebut.

3. Ambil adunan tadi dalam portion yang kita inginkan, letakkan isi sotong, sosej atau ketam yang telah kita potong kecil di bahagian tengah. Bulatkan.

4. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Sedia untuk dihidang!

Untuk hiasan:
saya tabur daun sup dgn bawang goreng.. bonito xde kat rumah. hehehe

Sumber : Wan Muhammad Hafiz Satar