Selalu kalau masak sesuatu yang ada kerak, nak menunggu kerak tu kembang dek rendam dengan air memang lambat lah! Kalau nak tonyoh dengan besi basuh pinggan tu pula, rosak plus sakit tangan dibuatnya.
Alamatnya, kena lah cari cara lain kan? Haaa apa kata cuba cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok ini, nampak macam senang je caranya. Yang pasti tak perlu tunggu lama nak basuh kuali nanti. Jom cuba!
Dah tak payah menyakitkan tangan menyental kuali. Jamin kilat ✨ 😍 Siapa pakai nonstick tu silakan.. ni untuk kuali kampung ye 🙈
1. Letak air ikut berapa banyak kerak yang ada.
2. Letak 1 sudu besar serbuk sabun baju.
Ads
3. Nyalakan api dan biarkan ia merebus.
4. Selepas beberapa minit, tapiskan air tersebut. Anda akan lihat kerak yang banyak telah hilang dan hanya tinggal sedikit sisa kerak itu.
Ads
5. Cuci macam biasa menggunakan span basuh pinggan dan kuali anda kelihatan berkilat seperti baru dibeli.
Ads
Mudah sajakan. Jadi lepas ni tak payah pening-pening untuk hilangkan kerak tersebut. Selamat mencuba.
Rak dapur kecil yang selalunya kita letakkan disini dapur sebenarnya besar kegunaannya buat dapur comel kita. Ia sebagai pelengkap untuk meletakkan beberapa barangan kecil yang berselerak di atas kabinet.
Rak bagi meletakkan periuk nasi, pembakar roti atau microwave mungkin sudah biasa kita lihat. Bagaimana pula dengan rak kecil lagi comel yang super mewah kualitinya.
Ia dihasilkan oleh Jeffry Jefisz di facebooknya. Buatannya nampak kukuh dan cukup berkualiti. Paling menarik bukan hanya tahan lasak tetapi juga boleh digerakkan dan mudah alih. Kalau hendak memasak, tarik sahaja rak comel ini dan memasaklah dengan penuh yakin.
Bagaimana Nak Hasilkannya?
Enam langkah mudah untuk buat rak dapur mudah alih pelbagai guna dari kayu pallet, mengikut cara saya. Terpulang kepada idea masing-masing.
1. Dapatkan kayu pallet ( saya guna pine wood).
2. Potong mengikut bentuk kotak-kotak dan paku.
3. Gosok dengan kertas pasir atau mesin ke atas permukaan kayu serta varnis jika mahu.
Pernah tak alami kalau buka peti sejuk je, ada bau yang tak menyenangkan? Punya lah cari punca, rupanya dari makanan yang tak habis kita simpan. Bukan takat makanan tu, tetapi makanan lain juga yang elok mengeluarkan bau dan semuanya berkumpul sekali.
Bila dah keluarkan punca bau bermasalah tu, baunya tetap ada! Nak cuci satu peti sejuk dah makan masa dah. Nak tahu cara mudah untuk hilangkan bau busuk tadi tanpa perlu bersusah payah keluarkan semua barang dalam peti sejuk? Ini caranya yang mudah dari seorang pengguna TikTok @jason_jezi telah berkongsi bagaimana nak buangkan bau busuk.
CARA HILANGKAN BAU BUSUK DALAM PETI AIS
Tak perlu risau, sebenarnya ada cara menghilangkan bau peti sejuk ini dengan hanya menggunakan bahan semulajadi tanpa menjejaskan bau dan rasa pada makanan yang disimpan. Caranya adalah dengan membeli tisu gulung dan letakkan ke dalam peti sejuk!
Kenapa pula nak guna tisu? Tisu di percayai menjadi agen yang boleh menyerap bau busuk dalam peti ais yang berbau. Oleh itu, walaupun bau sudah tiada, jangan lupa pula nak cuci peti ais. Jangan biarkan peti ais kita dicemari dengan kuman.
Meninjau di ruangan komen, ada yang baru tahu tentang cara mudah hilangkan bau ini. Malah, ada juga yang berkongsi cara lain juga yang berkesan untuk hilangkan bau tak menyenangkan ini.
Nampak senang aje nak tanam serai. Tapi jika salah teknik, bukan aje tak merimbun tapi pokok jadi mudah kering dan tak subur.
Jika ada ilmu cara yang betul menanam serai ini, dapatlah jimat duit belanja dapur. Maklumlah serai adalah antara bahan masakan yang wajib dibeli setiap minggu.
Kali ini ikuti perkongsian cikgu Mohd Amriyang sudi memberikan tip untuk tanam serai dengan cara mudah dan elak serangan perosak.
Serai ini merupakan “senjata” utama bagi kaum wanita sewaktu berada di dapur. Kalau takda serai, rasa bagi sesuatu masakan tu tak best. Setuju ke?
Setiap kali beli di kedai atau pasar, balik-balik nanti kering dan kecut. Apa kata kali ini, sahabat beli lebih sedikit untuk masak dan cuba tanam sendiri. Cukup sekadar satu pasu pun dah ok sangat untuk kegunaan sendiri.
Antara tips yang saya boleh kongsi ialah; PERINGKAT SEMAIAN, TANAM DAN BAJA. 1. Dapatkan serai yang lebihan anda beli di kedai atau pasaraya. Biasanya, akar sudah tiada sebab dibuang oleh pembekal. Tiada masalah, sahabat tetap boleh rendamkan ke dalam air kosong. Proses ini bertujuan untuk menggalakkan akar baru tumbuh atau bertunas. Kebiasaanya, mengambil masa 4 sehingga 5 hari.
2. Setelah akar keluar, bolehlah ambil beberapa batang dan tanam terus ke dalam tanah. Kaedahnya, saya selalu tanam secara SERONG atau lebih tepatnya pada sudut 45 darjah. Tujuan, untuk lebih cepatkan pokok membesar. 3. Kedalaman tanam ke tanah tidak perlu dalam. Sekadar menutup akar dan tidak perlu sampai menutup perut serai.
4. Jenis tanah pula, jangan guna yang terlalu poros. Pada peringkat awal, saya akan siram sehari dua kali. Sehingga stabil dan mula menampakkan daun-daun baru. 5. Pembajaan tidak perlu terlalu kerap, sekadar dua minggi sekali sama ada menggunakan baja berbentuk serbuk seperti tahi ayam, kambing, baja butiran seperti baja NPK 15:15:15 atau baja berbentuk cecair seperti baja ab. 6. Pokok serai yang matang, biasanya mengambil masa selama 5-6 bulan. Tapi, saya punya tanam dalam mac haritu, dah boleh guna untuk masak tak sampai 5 bulan pun lagi, hehe.
PERINGKAT KAWALAN SERANGGA. 1. Pokok serai pun ada serangan mahkluk perosak seperti bena putih dan kulat. Justeru, boleh gunakan semburan organik seperti cuka kayu sambil diselikan dengan semburan yang telah dipelajari dari group ini. Iaitu menggunakan air rebusan cengkih, taburan kunyit atau sebagainya. 2. Selain itu, dalam 3-4 bulan sekali saya akan buat pemangkasan daub secara “ringan”bertujuan memastikan cahaya matahari sampai ke tengah rumpun. Ianya bagi mengelakkan rumpun serai terlalu lembab disebabkan daunnya terlalu lebat sehingga menutup pangkal. Apabila pangkal terlindung dari cahaya matahari, pokok mudah menjadi lembab dan serangga seperti pengorek batang menyerang dan bena putih boleh bersarang. Itu sahaja perkongsian ringkas tentang semaian, tanaman, pembajaan, dan penjagaan pokok serai. Diharap dapat membantu sahabat diluar sana.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...