Nama Azwan Omar atau lebih dikenali Abang Viva tular usai membantu mangsa banjir di Selangor sebelum ini.
Apa tidaknya, dengan hanya berbekalkan duit RM50, sebuah kereta viva dan bot, dia sanggup turun padang untuk membantu mana-mana individu yang memerlukan bantuannya. Sejak itu, dia dianggap ‘hero’ dalam kalangan rakyat Malaysia.
Terbaru, Abang Viva sekali lagi meraih perhatian apabila melamar teman wanitanya secara siaran langsung di aplikasi TikTok.
Ads
Dalam video yang dikongsikan itu, anak kelahiran Melaka itu dengan santai melamar sambil menunjukan cincin di kamera secara tiba-tiba sehingga membuatkan wanita itu terkejut.
Walau bagaimanapun, selepas beberapa kali lamarannya dianggap seperti ‘main-main’, pemuda tersebut terus memanggil nama penuh wanita itu yang dikenali sebagai Evanoza dan bertanyakan semula sama ada dia sudi menerima ataupun tidak.
Lamaran ikut SOP ke bang? Betul jaga jarak. Itu antara jomen warganet usai menonton video siaran langsung Abang Viva di TikTok yang kemudiannya dikongsikan semula oleh pengguna media sosial dikenali sebagai @arianaevee.
Cukup memilukan dan sebak melihat seorang wanita bersama tiga orang si kecil hanya tidur beralaskan tikar yang dihamparkan di atas rumput. Namun anak-anaknya tetap nyenyak tidur berselimut, di luar sebuah kereta uzur.
Anak-beranak ini sebenarnya menumpang tidur di tempat parkir kereta di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Pulau Pinang di Lebuhraya Utara-Selatan.
“Ya Allah, ya Tuhanku, kasihan kat anak-anakku along, angah dan adik. Mama minta maaf sebab tak dapat nak bagi anak-anak mama tidur dengan selesa,” menurut keterangan seorang ibu menerusi video yang dikongsinya di laman sosial.
Bercakap kepada mStar, Nurulhafifa Mohd Sabri berkata, dia tidak menyangka video kenang-kenangannya menempuh kesusahan bersama anak-anak menjadi tular.
Wanita berusia 32 tahun itu bagaimanapun mengakui menjadikan R&R sebagai tempat berteduh mereka anak-beranak sejak keluar dari rumah sewa di Kepala Batas, Seberang Perai.
“Sudah empat bulan kami tidur di kawasan R&R, berhujan dan berpanas selepas tak dapat bayar tunggakan rumah sewa selama lima bulan serta tunggakan bil air dan elektrik selama setahun berjumlah kira-kira RM4,000.
“Merata-rata tempat kami bermalam, kadang-kadang di R&R Juru dan R&R Gurun. Anak-anak lebih selesa tidur atas tikar di luar kereta, saya dan suami pula tidur di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi.
Bergelar ibu tunggal selama 11 tahun, dia kemudiannya berkahwin pada 9 februari lalu dengan seorang mekanik berusia 38 tahun dengan pendapatan tidak tetap.
“Bengkel tempat kerja suami ditutup sementara sebab kes Covid-19. Jadi, kami jual tisu.
“Kadang-kadang kami sampai ke R&R Sungai Buloh di Selangor sebab lebih ‘laku’ di sana. Kami pergi ke kereta-kereta, minta tolong mereka beli tisu sebab nak isi minyak dan top up duit tol,” ujarnya yang berasal dari Permatang Pauh di Seberang Prai Tengah.
Penerima zakat sebanyak RM400 sebulan daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) itu perlu berusaha lebih untuk membesarkan tiga anak lelakinya berusia 16, 13 dan 11 tahun, dengan dua daripadanya merupakan orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran.
Hafifa berkata, dia sebelum ini berniaga gerai menjual air balang dan buah potong, namun bisnesnya terjejas ekoran pandemik Covid-19.
“Sejak pertengahan tahun lalu, saya mula jadi runner hantar makanan dan barang-barang. Tapi tak banyak dapat kerana bayaran ikut sedekah pelanggan.
Kadang-kadang kami sampai ke R&R Sungai Buloh di Selangor sebab lebih ‘laku’ di sana. Kami pergi ke kereta-kereta, minta tolong mereka beli tisu sebab nak isi minyak dan top up duit tol.
“Kadang-kadang ada upah, kadang-kadang tak ada job runner. Saya jadi runner pun guna kereta Proton Wira dipinjam daripada abang ipar.
“Pernah sekali enjin kereta rosak. Saya terpaksa guna duit zakat dan jualan tisu untuk baiki kereta,” katanya sambil menambah ketiga-tiga anaknya tidak bersekolah sejak mereka keluar dari rumah sewa.
Beberapa pihak tampil memberi bantuan, susulan video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok pada Jumaat malam, meraih lebih 1.4 juta tontonan.
Salah seorang daripada mereka adalah pemilik butik, Nazuha M Ariffin, 31, yang menemui Hafifa di R&R Bagan Ajam di Butterworth, Pulau Pinang pada Sabtu lalu, sebelum membawa keluarga itu membeli barang keperluan.
Hafifa berkata, seorang lagi turut membantu dari segi bayaran tunggakan rumah sewa sekali gus membolehkan dia bersama keluarga kembali tinggal di rumah berkenaan.
“Alhamdulillah ada yang baik hati. Sekarang ni kami dah tak jual tisu cuma pergi cari kotak dan tin buruk untuk jual di kedai besi buruk.
“Sekarang ni saya, suami dan anak sulung yang ke sana ke sini cari kotak dan tin buruk untuk dijual. Alhamdulillah, dua lagi anak dah masuk ke sekolah tahfiz atas bantuan seorang ustaz.
“Saya nak berniaga balik tapi tak ada modal. Teringin nak berniaga air balang dan buah potong macam dulu, dan mungkin juga jual nasi tomato. Harap dipermudahkan,” katanya lagi.
Pasangan kembar Siam, Ahmad dan Muhammad Rosli yang pernah tular pada 2001 apabila kisah mereka yang menjalani pembedahan pembahagian hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum kedua-dua mereka dipisahkan dalam pembedahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.
Walaupun terpaksa mengharungi kehidupan tanpa anggota badan yang sempurna, pasangan yang kini berusia 23 tahun ini dikatakan sudahpun memiliki kerjaya yang bagus dalam bidang teknologi maklumat.
Muhammad Rosli telah berjaya menggenggam segulung ijazah dalam satu istiadat konvokesyen Management & Science University (MSU) pada tahun 2021 dahulu bersama rakan-rakannya.
Kini, bekas pasangan kembar siam ini sekali lagi tular di laman TikTok, apabila dikatakan sudah berjaya memilik kereta sendiri setelah berjaya menggenggam segulung Ijazah.
Status terbaharu merekaini telahpun ditinggalkan oleh kenalan mereka di sebuah hantaran yang menampilkn kisah mereka.
Menjengah ke ruangan komen video yang tular itu, rata-rata yang mengenali kedua-dua individu ini sangat kagum dengan ketabahan dan kegigihan untuk berjaya meskipun menggunakan kerusi roda.
Kejayan mereka ini memberi inspirasi kepada semua bahawa kejayaan tidak datang bergolek namun, usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil!
Oleh itu, orang ramai diharapkan dapat mengambil ikhtibar kekuatan kedua-dua bekas pasangan kembar ini berjuang sehingga berjaya.
Daun kesum adalah antara pokok yang mesti ada untuk memasak hidangan setiap minggu. Daunnya sering digunakan untuk memasak hidangan seperti asam pedas, laksa atau sebagai ulaman nasi kerabu.
Biasanya jangka hayat daun kesum ini tidak lama dan cepat kering jika tidak betul cara penyimpanannya. Tambahan pula, harga daun kesum ini agak mahal di pasaran.
Untuk mengurangkan bajet membeli daun kesum di pasaran apa kata kita cuba tanam sendiri daun kesum di rumah.
Menerusi perkongsian lelaki ini dilihat mudah apabila beliau menyediakan gambar langkah demi langkah menanam pokok ini menggunakan cara keratan batang. Biarpun nampak mudah tetapi ada juga yang masih tidak berjaya menanam pokok ini.
Jom kita ikuti perkongsian ini.
Sebelum suka bertani, ingatkan susah nak tanam Pokok Kesum ni.
Rupanya mudah sangat nak semai Pokok Kesum melalui keratan batang. Nah saya share cara saya ye.
1.Ambil beberapa batang kesum yang sudah matang
2.Buang daun dekat bahagian batang bawah. Biarkan beberapa helai sahaja ke atas tu.
3.Rendam batang kesum tadi dalam bekas berisi air. Nak bagi akarnya aktif.
4. Ini yang dah direndam selama 5 hari, tengok akarnya dah banyak kan.
5. Sedia untuk ditanam dalam pasu. Tanah tu saya guna yang di kedai Eco je.
6.Cucuk saya sampai tenggelam akarnya. Siram 2 kali sehari sebab pokok kesum ini suka tanah yang lembab.
7.Inilah hasil selepas dua bulan. Selalu siram dengan air basuhan beras.
8. Meriahnya subur naik. Boleh lah guna masak laksa atau asam pedas.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.