Tak Payah Mop! Guna Je Teknik Ini Jika Tertumpah Minyak. Bersih & Tak Tinggalkan Kesan Langsung

Share

Bila tengah sibuk memasak, tiba-tiba ada pula kemalangan kecil itu ini nak jatuh. Mula laa mak-mak ni rasa stress nak mengemas pula!

Nak-nak lagi yang melibatkan cecair seperti minyak, segala jenis kicap ke sos ke dan sebagainya yang kalau nak kemasnya tu renyah, fuhh tengok pun rasa tak larat!

Mana tidaknya, kepala waktu tu mula la berhubung fikir nak kena pergi toilet, basahkan mop, lap kesan tumpah, bilas balik, kemudian mop tu pun kena cuci semula dek kesan tumpahan tu. Haaa mula la keluar ayat ‘ingat ada masa nak pening kepala?’ hehehe.

Lupakan semua tu! Ikut cara paling mudah yang boleh mak-mak praktikkan kat dapur kalau perkara sebegini berlaku. No more mop no more air ke apa-apa lah! Hanya guna tepung sahaja. Nak tahu macam mana? Jom tengok perkongsian kat bawah ni!

Teknik yang dikongsikan oleh Chef As – As Homemade ini boleh anda cuba. Berikut antara langkah-langkahnya.

1) Sekiranya kicap, minyak, sos, atau sebarang jenis cecair tumpah di lantai jangan terus mop. Cara ini boleh menyebabkan kotoran makin merebak ke bahagian lain.

2) Teknik paling berkesan untuk bersihkan tumpahan jenis cecair ini adalah dengan menggunakan tepung gandum.

3) Taburkan di atas tumpahan dengan rata lalu biarkan seketika supaya tepung dapat menyerap tumpahan.

4) Selepas itu, menggunakan sarung tangan, kaut semua kesan kotoran yang sudah pun bergumpal dengan tepung.

5) Ketika ini kerja pembersihan akan jadi lebih senang, cuma perlu kaut gumpalan tepung tadi untuk dibuang.

6) Selepas itu, boleh dilap atau dimop lantai jika mahu. Untuk lebih mudah, lihat video yang dikongsikan Chef As.

Sumber: Chef As – As Homemade 

Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.

Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.

 

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!