
Mungkin selama ini ada yang tidak membelek kad debit Maybank yang ada di dalam dompet duit, hingga ada yang tidak perasan bahawa tarikh tamat tempoh kad tersebut. Sedar-sedar tinggal beberapa hari lagi akan tamat tempoh!
Jika ini berlaku pada anda,apa yang perlu anda lakukan?
Baiklah buat yang belum tahu, sebenarnya proses untuk menukar kad tersebut amat mudah tanpa perlu anda beratur panjang pun di kaunter bank. Nak tahu detail, ini sebagaimana yang dikongsikan oleh pemilik akuan TikTok @ejal.asv.
Dapat dilihat di dalam video tersebut, ditunjukkan langkah demi langkah yang cukup mudah boleh dilakukan untuk menukat kad debit card lama kepada baharu dalam tempuh masa yang cukup singkat.
Rupanya senang je nak tukar Debit Card tu kalau dah expired atau rosak. Lepas ni dah tak payah beratur lama. Kurang 5 minit dah dapat kad debit baru! Percuma pulak tu.
Langkah-langkah nak tukar kad debit baru guna kiosk:
- Masukkan kad debit
2. Tekan nombor pin
3. Masukkan MyKad / IC pada slot yang disediakan
4. Letakkan ibu jari untuk ThumbPrint
5. Tunggu kad debit baru anda siap.
Selesai!
Sumber :@ejal.asv
ARTIKEL MENARIK : Simpan Bawang Elak Rosak, Lagi Terjamin Bila Buat Cara Ni. Mudah Sangat!
Beli Bawang DI SINI
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Risau Paras Gula Tinggi Dalam Darah, Begini Dr Ni Sarankan Untuk Turunkan!

Pastinya buat ahli keluarga yang ada mengalami masalah kandungan paras gula yang tinggi dalam darah atau juga dikenali dengan penyakit kencing manis, berdepan dengan kesukaran untuk mengawal dan apatah lagi untuk menurunkan bacaan paras gula dalam darah.
Selain perlu mengambil ubat mengikut saranan doktor, perlu juga melakukan beberapa Perkara yang disarankan oleh doktor ini.
Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat memberi pencerahan buat kita semua memantau tahap kesihatan ahli keluarga agar kekal sihat.
TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH
1. Melakukan senaman
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
2. Kawal pengambilan karbohidrat
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
3. Meningkatkan pengambilan serat
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
4. Minum banyak air dan kekal hidrasi
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing. Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
5. Kawal pengambilan makanan
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
6. Pilih makanan yang kurang Glycemic Index
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Kawal stress dan dapatkan tidur yang mencukupi
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
8. Pantau tahap gula dalam darah
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
9. Mengamalkan makanan yang kaya magnesium dan kromium
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
10. Turunkan berat badan
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
a) Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes
• Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
b) Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan
• Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
c) Makanan yang boleh diambil secara bebas
• Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Sebelum Bercuti Balik Kampung, Ini Keperluan Travel Kit Anak Yang Perlu Ada. Wanita Ini Kongsikan Caranya. Mudah & Sistematik!

Excited nak balik kampung, maklumlah hampir dua tahun tak dapat menjengah insan tersayang kan. Selain membuat pemeriksaan kendiri bagi bebas dari wabak covid-19, ibu-ibu jangan lupa keperluan keluarga. Terutama nNak bawak anak anak berjalan jauh.
Barangan keperluan yang paling penting adalah ubat. Mana tahu berlaku kecemasan tiba-tiba anak demam atau tak sihat kan.
Sebelum ini admin pernah kongsikan cara puan Hazirah Maulana ini. Mungkin dapat membantu ibu-ibu yang lain supaya memastikan barangan ini mesti ada dalam medical kit anak anak.
Pernah pengalaman time travel, anak demam panas tapi satu pun tak prepare. Sejak tu terus belajar dari pengalaman. Bukan ape, kadang kadang kita ni tak boleh nak elak dan tak expect anak tetibe demam, batuk, selsema dan sebagainya.
.
Nak nak kalau insiden tu berlaku tengah-tengah malam, atau pun time kita pergi travel jauh-jauh. Nak cari ubat-ubat ni, bukan boleh main beli je, especially bayi.
.
Kalau ade yang nak tgk checklist boleh refer gambar. Ade description untuk setiap gambar. Boleh share untuk panduan ibu ibu nak nak tgh musim musim cuti cuti ni.
















Semoga bermanfaat ?
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mahu Beraya Dengan Tenang, Pasangan Ini Sanggup Sewakan Homestay Untuk 3 Kucing Kesayangan, Memang Superb!

Menyewa sebuah homestay setiap kali pulang menyambut hari raya di kampung halaman memang tidak mustahil bagi kita. Namun menyewa homestay khusus untuk meletakkan kucing-kucing kesayangan jarang-jarang sekali kita dengar. Pasangan muda yang baru memiliki anak ini seharusnya di puji.
Bagi Shahlin Shahirea Makhtar, 29 dan suaminya, Ahmad Azhar Saidin, 31 tahun, inilah rutin tahunan mereka ketika bercuti di kampung halaman.
Mahu Beraya Dengan Tenang
Bagi Shahlin yang lebih mesra disapa Lynn, dia dan suaminya sepakat untuk menyewa homestay berdekatan rumah ibu bapa mereka untuk beraya dengan lebih tenang.
“ Setiap kali balik beraya, saya bawa ke semua kucing-kucing saya, Betty, Milo, Shasha dan yang terbaru Sajat, balik ke kampung halaman. Kami bercuti biasanya sampai dua minggu, jadi pilihan tepat adalah bawa balik kesemuanya bersama-sama kami.
Saya tak berapa gemar tinggalkan mereka di asrama kucing. Saya bimbang mereka dijangkiti virus. Maklumlah banyak kucing lain, kita sendiri tak tahu bagaimana kondisi kesihatan mereka. Lagi pula kami balik kampung pada tempoh yang agak lama.
Bila dah bawa balik kami kena fikirkan juga anak-anak kucing. Dulu kami hanya letakkan sahaja dalam sanggar sepanjang masa, bimbang mereka keluar rumah. Maklumlah masa raya orang keluar masuk takkanlah nak tutup pintu saja. Kesian pula letakkan mereka dalam sanggar dan tak bebas.
Lagi satu, ketiga-tiga mereka mesti jadi tumpuan kenalan dan sanak-saudara yang datang beraya. Adakalanya nampak mereka tidak selesa dan ketakutan. Memikirkan rasa tak selesa inilah saya dan suami terfikir untuk mencari homestay dan letakkan kesemua mereka di situ.
Setiap hari saya atau suami akan ulang alik ke sana untuk beri makanan dan bersihkan najis. Paling penting mereka dapat bergerak bebas. Jadi dapatlah kami suami isteri beraya dengan tenang,” kata anak kelahiran Jerantut ini lagi.
Tak hanya seronok meraikan lebaran dan hati pun tenang dengan membawa kesemua anak-anak kucing balik, pasangan ini juga merasakan momen balik kampung dengan anak-anak kucing mereka adalah momen yang cukup istimewa dalam hidup mereka.
“Perjalanan balik ke kampung halaman kami langsung tak terganggu dengan adanya Betty, Milo dan Shasha. Betty awal-awal lagi sudah ambil tempatnya iaitu di kawasan handbreak kereta. Manakala Milo pula setiap tidur di kaki sepanjang perjalanan. Shasha pula jenis gayat, jadi dia selesa ditempatkan di dalam sangkar sepanjang perjalanan.
Kesemua mereka masuk sahaja kereta, ambil tempat masing-masing dan terus tidur hingga sampai di kampung halaman. Cuma sesekali jika berhenti, ketiga-tiga mereka akan bangun dan kemudian menyambung tidur semula. Jadi kami langsung tak ada masalah,” kata Lynn yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama.
Sumber: Majalah Keluarga Isu Jun 2018