Tak Payah Jahit, Hanya Tampal Saja Lencana Sekolah Anak. Lega Rasa, Bila Tahu Ada Cara Ni!

Share

Walau pun cuti sekolah akan bermula minggu depan, tapi kalau dilihat di pasar raya seakan sudah berpesta menjual pakaian seragam kepada pengguna. Di sana sini ada sahaja promosi yang ditawarkan.

Hal ini ada baiknya, jadi dapatlah ibu bapa membuat perbandingan harga dan sekali gus merancang perbelanjaan lebih awal untuk persiapan anak ke sekolah. Satu lagi kebaikan bila mana membeli pakaian seragam awal, secara tidak langsung akan memudahkan kaum ibu untuk membuat persiapan menjahit lencana sekolah. Maklumlah kerja-kerja menjahit ini bukan mudah dan harus dilakukan dengan teliti. Jika dilakukan dengan tergesa-gesa, bimbang juga lencana yang dijahit senget pula peletakannya.

Gambar hiasan

Itu jika ibunya tahu menjahit, jika tiada kemahiran menjahit mesti pakaian tersebut akan dihantar kepada tukang jahit pula. Dan ini bukan sahaja akan memakan masa malah kos juga harus diperuntukkan untuk membayar upah.

Misalnya caj menjahit satu lencana adalah RM2 dan lagi RM2 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.

Tapi kini, tahukah anda sebenarnya lencana baju tidak perlu pun dijahit.  Ada cara yang lebih mudah dan sesiapa pun boleh lakukannya. Menariknya juga hasil tampalan nampak kemas dan terletak sempurna. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian daripada puan Akmar Laily ini.

Bahan yang diperlukan:

Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika

Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambil kain basah tadi dan letak di atas lencana.
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.

“Berdasarkan pengalaman, lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dicuci dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.”

Selamat mencuba!

Sumber : Akmar Laily