Tak Payah Guna Hampas Kelapa! Ni Petua Lain Cuci Siput Sedut, Boleh Hilangkan Lendir & Hanyir

Share

Siapa boleh menolak kalau ada siput sedut masak lomak, kan? Makan dengan nasi panas ada lauk telur dadar sebagai tambahan pun dah cukup membangkitkan selera!

Bab nak makan semestinya no 1, tapi tak semua rajin nak siang siput sedut atau juga dikenali sebagai siput belitung ni. Nak potong hujungnya satu hal, nak basuh bagi bersih sebersihnya tu pun satu hal…

Pengguna Facebook Estos Felica berkongsi cara mudah dan menjimatkan mencuci haiwan ini yang diwarisi turun temurun daripada keluarga.

Tidak seperti kebanyakan petua, tip kali ini hanya menggunakan satu bahan dan pastinya bukan hampas kelapa.

PETUA MENCUCI SIPUT SEDUT/ SIPUT BELITUNG

Bahan-bahannya :-
Serai
Air paip

Langkah penyediaan :-

1. Bersihkan siput terlebih dahulu dan potong dua ruas dari belakang untuk memudahkan proses menyedut ketika makan nanti. Bilas ia beberapa kali.

2. Ambil serai dan ketuk ia menggunakan lesung.

3. Kemudian ramaskan serai di dalam air rendaman berisi siput siput tadi.

4. Biarkan siput terendam di dalam air berkenaan selama 15 hingga 30 minit sebelum dibersihkan.

“Cuba lihat gambar yang dikongsikan. gambar sebelum direndam ia berlendir. selepas direndam bau hanyir pun hilang. ini adalah petua turun-temurun keluarga saya,” kongsinya.

Siput ini bukan sahaja enak, malah ia juga kaya dengan pelbagai nutrien. Berikut adalah kelebihannya:

a)Ia adalah sumber protein yang baik dan kaya dengan asid amino. Sumber protein yang murah berbanding daging.

b)Tinggi kandungan vitamin A dan C yang berupaya meningkatkan sistem imun.
c)Ia mengandungi folat yang sangat baik diambil ibu hamil dan bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

Sumber: Estos Felica