Tak Payah Beria Nak Anyam Ketupat, Balut Je Guna Daun Pisang Macam Ni! Lebih Cepat & Mudah

Share

Berbeza sedikit cara penyediaan dan bahan-bahan seperti ketupat nasi atau nasi impit, ketupat palas menggunakan beras pulut dan rasanya lebih manis dan sedap.

Jadi, untuk anda yang masih baru dalam penyediaan dan cara memasak ketupat palas ini, jom cuba cara mudah seperti gambar di bawah.

 

Ketupat pulut cara saya 😊

Bahan-bahan:

  • 1 Beras pulut – 4 cawan
  • 2 Santan – 2 biji kelapa
  • 3 Daun pandan – 1 helai
  • 4 Daun pisang – 1
  • 5 Garam – Secukup rasa

Cara penyediaan:

  • Rendam beras pulut 2 jam
  • Kukuskan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan.
  • Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.

  • Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.
  • Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.
  • Ok siap dah.
  • Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu 😅
  • Selamat mencuba.

Sumber : hairul hamid

Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.

 

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!